Selepas bersalin, anda bukan lagi makan untuk dua orang. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna yang anda boleh kembali makan makanan ringan kerana bayi anda masih perlu mendapat nutrien daripada anda, melalui susu badan.
Jika anda mahu si manja membesar dengan sihat, anda perlu mengambil berat akan pemakanan anda. Sekiranya anda masih belum pasti makanan apa yang boleh dimakan selepas bersalin, teruskan membaca artikel ini.
Makanan untuk ibu selepas bersalin:
1. Oatmeal
Oatmeal adalah kaya dengan zat besi, yang melindungi anda daripada mendapat anemia kekurangan zat besi, yang boleh meninggalkan kesan buruk pada penghasilan susu anda.
Oatmeal juga boleh memastikan perut anda kenyang untuk masa yang lama, selain boleh meningkatkan penghasilan susu badan anda.
2. Kacang badam
Kacang badam kaya dengan protein dan kalsium.
Ibu yang menyusukan bayi perlu mengambil kira-kira 1000 mg kalsium setiap hari untuk memastikan bahawa melalui susu ibu, si manja mendapat cukup kalsium untuk membesar dengan baik.
Ads
3. Aprikot
Aprikot penuh dengan serat pemakanan, vitamin A, vitamin C, dan potassium, yang kesemuanya merupakan nutrien penting.
Dengan memakan aprikot dapat membantu meningkatkan penghasilan susu badan anda kerana buah ini mengandungi prolaktin, yang merupakan hormon yang mengawal selia penghasilan susu badan.
Ikan berlemak yang lazat ini amat baik untuk wanita yang menyusukan bayi, kerana salmon mengandungi tinggi protein dan banyak DHA, sejenis lemak yang penting untuk perkembangan sistem saraf bayi.
5. Yogurt
Yogurt ialah sumber terbaik protein dan kalsium. Yogurt juga mudah dimakan dan mengandungi pelbagai perisa untuk anda pilih.
Ads
Walau bagaimanapun, berhati-hati jika bayi anda didiagnosis dengan alahan protein susu, jadi anda tidak boleh makan yogurt.
6. Sayur kacang
Sayur kacang adalah baik untuk sistem penghadaman anda. Sayur ini juga kaya dengan zat besi dan protein.
Oleh itu, keraplah makan sayur kacang untuk menambah pengambilan protein dan zat besi anda.
7. Bayam
Bayam ialah nutrien-tumpat dan tinggi kalsium, yang membantu pembentukan penuh tulang bayi. Tambahan pula, bayam juga mudah dimasak dengan pelbagai cara.
8. Kurma
Ads
Kurma ialah satu lagi sumber lain makanan kaya-kalsium. Kurma dipercayai boleh meningkatkan penghasilan susu badan anda memandangkan ia menyediakan prolaktin pada tubuh anda, sama seperti aprikot.
Kurma juga ialah buah yang manis yang dapat memenuhi rasa ‘mengidam’ anda.
9. Biji bijan
Bijan adalah makanan yang penuh kalsium, serat, zat besi, magnesium, fosforus, mangan, dan kupur.
10. Telur
Telur bukan sahaja mengandungi lebih daripada 12 vitamin dan mineral, tetapi juga penuh protein berkualiti, kolin, lemak omega-3 dan DHA, yang memastikan tumbesaran dan perkembangan bayi anda, baik fizikal mahupun mental.
11. Beras perang
Beras perang mempunyai banyak serat dan nutrien. Selain itu, beras perang juga adalah karbo kompleks yang akan memastikan anda kenyang dan mengekalkan paras glukosa darah anda.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hebatnya Datin Sri Shahida selain menyusukan Yusof Alqardawi, dia turut berusaha untuk memberikan susu ibu yang diperah kepada anak angkatnya, Ameena & Qayyum.
USAHAKAN UNTUK BERI SEHINGGA 5 KALI KENYANG
Beliau yang berusaha memberikan susu ibu kepada angkatnya dalam usaha untuk menjadikan kedua-duanya sebagai anak susuan dengan memberikan susu ibu perahan sehingga 5 kali kenyang.
Tetapi beliau sedikit tertekan kerana ramai netizen yang kerap memintanya memberikan susu ibu kepada Qayyum & Ameena pad ahari pertama melahirkan Yusof sedangkan ketika itu ramai yang sedia susu ibu yang dihasilkan tentunya masih sedikit. Berikut ialah perkongsian beliau;
BERIKAN SUSU IBU KEPADA QAYYUM
Semalam dah try bagi sebotol susu ibu dekat Qayyum sebotol utk bg cuba dia nak ke x ? ..Nasib baik dia minum dengan seronoknya sehinggalah habis sebotol…Hari ni kita bg lagi 2 botol dan esok lagi 2 sampai cukup 5 kali kenyang.
KEMUDIAN AMEENA PULA
Lepas settle Qayyum kita settle Ameena pula sbb Ameena ni sejenis minum susu main-main….jadi susah sikit.
TERTEKAN DENGAN SIKAP NETIZEN YANG MENEKAN
Lepas ni minta jangan tanya saya soalan-soalan tentang ibu susuan lagi saya penat dah…dari hari pertama saya bersalin dah ramai netizen-netizen push terus susukan…Dia ingat apa lepas bersalin mmg keluar susu memancut-mancut mcm air terjun ke?
Sebelum ini Ashraf Muslim ada berkongsi di media sosial tentang dirinya yang disahkan positif Covid-19 dan sehingga kini dia masih dirawat di Hospital Sungai Buloh.
Memandangkan pada hari Jumaat 24 April umat Islam di Malaysia mula berpuasa, pada malam Khamis suami kepada Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Wan Subari ini sempat menunaikan solat sunat terawih berjemaah di dalam wad pesakit Covid.
Menurut Ashraf Muslim malam itu adalah paling bersejarah dalam hidupnya apabila dia melakukan solat terawih berjemaah di wad pesakit Covid. Namun apa yang lebih mengujakan hatinya apabila mendapat kejutan kiriman video dari isteri-isteri dan anak-anaknya.
Sempat menonton video yang dikongsikan di akaun Instagram miliknya. Cukup membuatkan hati ayah kepada 4 orang cahaya mata ini meruntun hati tatkala ucapan ‘I Love You Ayah, “Stay Strong” dan “Get Well Soon Ayah” diungkapkan oleh anak-anaknya.
Dalam kapsyen video tersebut, Ashraf meminta isteri-isteri dan anak-anaknya untuk terus bersabar menunggunya pulang tak lama lagi.
“Malam ini.. adalah malam paling bersejarah dalam hidup AM.
“Pertama Solat terawikh berjemaah di Wad Pesakit Covid dan kedua dapat surprise video dr mama dan ibu nih…
“Ni lah nak cerita skit. Lepas solat terawikh kul 10.30 mlm td.. AM nk makan malam yerlah tgh laparlah kn sbb tak mkn ptg td. So.. tgh makan nih tangan kiri pun capai handpone nak tgk message.
“So bila buka jer dpat video nih.. Allahuakbar.. sambil makan nih, AM tak sedar air mata dah mengalir.. Aduhai.. sedih aaarr.. tak baiklah buat mcm ni.. dah lah ayah kat wad.
“Makan pun tak habis terus basuh tgn… waaa 😭! Mama ibu dan anak-anak..Sabar yer.. tunggu ayah skit lagi.. insyAllah bila semua dah selesai ayah balik k.. love and miss all of u!,” kongsinya di Instagram.
Ramai yang tidak tahu tentang penyakit PCOS. Apa itu PCOS? PCOS adalah sindrom ovari polisistik atau polycystic ovarian syndrome. Kebanyakan wanita yang menghidapi PCOS boleh juga ada masalah obesiti dan kesan kepada tahap kesuburan.
Secara klinikalnya. Diagnosis PCOS diberi apabila seorang wanita ada 2 daripada 3 kriteria ini:
1. haid tidak teratur/jarang atau tiada haid.
2. tinggi hormon androgen / hyperandrogenism : fizikal ada bulu badan/muka > biasa, tinggi hormon testosterone.
3. imbasan ultrasound = ovari polisistik 20% wanita yang normal boleh ada PCOS. Bezakan antara sindrom ovari polisistik dan ovari polisistik. Bukan semua yang ada ovari polisistik ada sindrom PCOS ini.
Apa komplikasi PCOS? Jangka masa panjang, kita boleh lihat komplikasi seperti :
1. diabetes : 10-20% boleh dapat diabetis, risiko lebih tinggi jika obese dan ada sejarah keluarga diabetis.
2. tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh diabetis dan obese.
3. penyakit jantung koronari kerana menhidapi diabetis dan darah tinggi.
4. kanser yang disebabkan oleh penebalan lapisan endometrium , membawa kepada hyperplasia, berisiko jadi kanser rahim.
5. kemurungan yang berpunca dari kegemukan dan kurang keyakinan diri.
6. kesuburan. Wanita yang obese akan mengalami tahap kesuburan yang rendah. Lebih tinggi tahap obesiti, lebih rendah tahap kesuburan.
Wanita-wanita perlu sentiasa melakukan saringan kesihatan setiap tahun untuk mengetahui risiko atau jika sudah ada tanda-tanda penyakit. Rawatan untuk PCOS ini diberikan mengikut simptom wanita itu dan apa kehendaknya pada masa rawatan kerana ia melibatkan haid, kesuburan dan masalah kesihatan juga.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.