Amalkan Sedekah Subuh. Walaupun RM1 Sehari, Malaikat Mendoakan Keluarga Kita

Share

Dalam rezeki kita terdapat hak orang lain yang harus diinfakkan atau disedekahkan. Apa lagi kalau kita sedekah subuh, banyak keistimewaan yang akan kita terima.

Jika anda tahu keistimewaan sedekah subuh, dijamin kita tidak akan mensia-siakan waktu berharga ini selain untuk beribadah.

Harta yang disedekahkan sebenarnya tidak akan berkurang, kerana Allah SWT yang akan menganugerahkan kepada orang tersebut kemuliaan, keberkatan dan rezeki yang tiada disangka-sangka.

Begitu juga jika kita ada anak sakit atau ahli keluarga sakit, bersedekahlah. Di sebalik sedekah itu, Allah akan memberi rahmat yang kita tak jangka pun.

Seperti yang dikongsikan oleh Puan Mawaddah MN di facebooknya, ini ganjaran besar yang ramai tak tahu keberkatan sedekah subuh untuk diri sendiri dan ahli keluarga.

Ganjaran Besar Sedekah Subuh

Dari jauh kedengaran abah memanggil nama saya.

Cepat-cepat saya meninggalkan makanan di atas meja. Saya meluru ke ruang tamu tempat abah berada.

“Mari abah nak share ni. Kotlah boleh amal lepas ni.”

Saya mengangguk.

Lalu, abah mengeluarkan sebuah balang. Penuh berisi duit seringgit. Dan ada juga lima ringgit. Semuanya dilipat dua dan disusun dengan rapi dalam balang lutsinar itu.

“Setiap kali lepas Solat Subuh, letak duit niat untuk SEDEKAH SUBUH dalam tabung ni. Tiap-tiap hari, buat. Nanti, cukup masa pergi hantar ke mana-mana tempat yang memerlukan,” abah memulakan sesi perkongsiannya.

Saya mengangguk lagi kemudian memberi sedikit respond.

“Ada kawan fb buat NGO SEDEKAH SUBUH.”

“Haa, bagus tu!”

Kemudian abah menyambung lagi,

“Malam tu selesai buat tahajjud, solat sunat sebelum Subuh, Solat Subuh berjemaah, wirid dan baca Quran. Apabila buat amalan tambahan SEDEKAH SUBUH satu lagi, Insya-Allah akan completelah amalan kita sebelum matahari pagi mula menyinsing.”

“Masya-Allah, Aziiim!”

Saya menuturkan kalimah penuh rasa kehebatan terhadap amalan-amalan soleh sebegitu. Semoga Allah memberikan ganjaran pahala yang besar kepada mereka yang bermujahadah melakukannya. Dan memberikan kita juga kekuatan untuk mengamalkannya.

Ini motivasi daripada abah saya saat pulang ke kampung halaman selama dua hari. Abah saya memang orang yang tidak lokek dengan nasihat dan idea. Rugilah jika saya perap sendirian. Jika berkongsi, dapatlah juga saya menumpang pahala kebaikan sahabat-sahabat yang turut mengamalkannya.

Siapa yang belum memulakan amalan ini, bolehlah mula mencari sebuah bekas bertutup yang selamat untuk dijadikan tabung SEDEKAH SUBUH.

RM1 Sehari Pun Memadai

Dah setelah ada, mulakan! Jangan lengahkan.

Seringgit sehari pun sudah memadai. Atau boleh juga dipenuhi mengikut rezeki serta kemampuan yang ada. Apa yang jauh lebih penting adalah amalan soleh yang istiqamah dan konsisten diamalkan.

Dalam sebuah hadits Nabi SAW menggambarkan keuntungan yang bakal diraih seseorang yang rajin berinfaq di subuh hari sekaligus kerugian yang bakal dideritanya bilamana ia tidak mempedulikan amalan berinfaq di pagi hari.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلَانِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا
وَيَقُولُ الْآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا (البخاري)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu sesungguhnya Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Tidak ada satu subuh pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdoa: “Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya)” (Hadis Riwayat Bukhari 5/270)

Jom, sama-sama pasang niat memulakan amalan SEDEKAH SUBUH ini. Rugilah jika kita membiarkan Subuh yang kita lalui setiap hari berlalu tanpa SEDEKAH. Sesungguhnya, ada malaikat yang sentiasa mendoakan orang-orang yang berinfaq di waktu Subuh. Setiap hari

Sumber: Mawaddah MN

Published by
Wan Amy