Bila disahkan mengandung, perasaan teruja itu pasti ada. Syukurlah Allah masih memberikan peluang untuk zuriat kecil menghuni rahim kita. Bayangkan pasangan yang dah lama berkahwin dan menanti zuriat mereka masih sabar menanti dan mengharapkan ada peluang bergelar seorang ibu atau ayah.
Justeru itu, semasa mengandung, dinasihatkan agar mengamalkan perkara-perkara yang digalakkan dalam Islam. Antaranya adalah membaca al-Quran. Sebagai umat Islam, membaca ayat suci al-Quran merupakan satu ibadah yang sangat dituntut.
Walaupun tiada dalil dalam Islam yang menyuruh ibu hamil mengamalkan mana-mana surah dalam al-Quran, tetapi tidak salah sekiranya ibu hamil membaca surah-surah dalam al-Quran dengan harapan agar Allah SWT mengurniakan kesihatan, kebaikan, kemudahan serta rahmat Allah buat ibu dan anak yang dikandungnya.
Sebagaimana janji Allah dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.” (Surah Al-Isra, ayat 82)
Berikut adalah surah-surah untuk ibu mengandung amalkan sepanjang proses kehamilan supaya mendapat bayi yang seperti kita inginkan. Doanya ringkas dan mudah dihafal, InsyaAllah. Surah-surah untuk ibu mengandung ini juga boleh dibaca oleh si bapa, lebih baik supaya ikatan antara anak dan ibu bapa sentiasa utuh terjalin.
1. Surah Al-Fatihah
Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan.
Ads
2. Surah Maryam
Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
3. Surah At-Taubah
Untuk membersihkan jiwa dan memelihara daripada maksiat.
4. Surah Yusuf
Agar anak yang dilahirkan cantik rupa dan cantik akhlaknya.
5. Surah Al-Fatihah, 3 Qul Iaitu Surah Al-Ikhlas, An-Nas dan Al-Falaq, Ayat Kursi
Bacakan kepada kandungan setiap malam sebelum tidur agar kandungan dilindungi.
6. Surah Yaasin
Untuk ketenangan jiwa dan semoga anak tak mudah terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Ads
7. Surah Al-Hujurat
Sebagai doa untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
8. Surah Luqman
Agar memperolehi anak yang cerdik akal dan terang hati.
9. Surah Al-Nahl (Ayat 78)
Agar anak yang dilahirkan bersikap rajin dan berdisiplin.
10. Surah Al-Imran (Ayat 38)
Doa agar mendapat zuriat yang soleh dan solehah.
Ads
11. Surah Al-Imran (Ayat 8-9)
Doa memohon rahmat.
12. Surah Al-Imran (Ayat 192-194)
Doa memohon keampunan Allah.
13. Surah Ibrahim (Ayat 40-41)
Doa agar anak tetap mengerjakan solat.
14. Surah Al-Baqarah (Ayat 128)
Doa agar anak patuh kepada perintah Allah.
15. Surah Al-Furqan (Ayat 74)
Doa agar diberikan zuriat yang menyenangkan hati.
Tapi apa-apa pun, jangan hanya amalkan bacaan ayat-ayat suci ini ketika hamil sahaja sebaliknya jadikanlah ia sebagai amalan harian supaya hidup sentiasa mendapat keberkatanNya. Suami pun elok sama-sama amalkan untuk isteri dan bayi dalam kandungan. Semoga semua urusan ibu dipermudahkan sebelum, semasa dan selepas bersalin ya.
Baru-baru ini, usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi detik cemas apabila isterinya, Datin Seri Nur Shahida dilaporkan mengalami pendarahan sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.
Menerusi perkongsian di Instagramnya, Aliff berkata, isterinya mengadu sakit dan mengalami pendarahan yang banyak secara tiba-tiba ketika dia sedang bersiaran langsung di Instagram.
“Masa ni semua jadi kelam kabut.. sepanjang perjalanan isteri saya mengalami pendarahan teruk,” katanya.
Sementara itu, terbaru dalam perkongsian Aliff dia berkongsi perkembangan Shahida yang kini terpaksa menaiki kerusi roda dan perlu hadkan pergerakan bagi mengelakkan pendarahan berlaku lagi.
“Isteri saya jadi macam ni sebab uri ke bawah sangat doktor cakap. Bahaya boleh berlaku pendarahan dan bahaya untuk baby dan ibu. Tengok kerusi roda ini teringat pula dengan arwah nenek palong. Inilah kerusi roda peninggalan yang digunakan oleh nenek saya. Terima kasih yang doakan untuk isteri saya dan anak-anak saya.
Bagaimanapun, Aliff memaklumkan, keadaan isteri dan bayi kini berada dalam keadaan stabil, namun Shahida perlu berehat untuk tempoh tiga hingga enam bulan.
Dalam posting tersebut juga, Aliff turut memberi pesanan hargailah pengorbanan ibu melahirkan kita.
“Kesiankan jadi orang perempuan ni macam-macam dugaan tak sanggup saya tengok tak boleh berjalan sampailah bersalin kalau masih tak sembuh,” tulisnya.
Dalam posting sebelum ini, Aliff memberitahu doktor dah scan kata baby masih okay, denyutan jantung pun okay. Cuma isteri saya kena baring dan berehat,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Aliff menitipkan ucapan doa dan berharap agar Shahida dan bayi berada dalam keadaan baik dan sihat.
Pasangan suami isteri yang juga pelakon dan penyanyi, Harris Alif, 23, dan isterinya, Intan Ladyana, 38, sepakat membuat keputusan untuk tidak mendedahkan jantina bayinya yang kini memasuki usia 7 bulan.
Menurut Harris, pihaknya bukanlah mahu berahsia namun mengaku mahu memberi kejutan buat semua terutama keluarga masing-masing yang juga sedang teruja untuk mengetahui perkara tersebut.
“Nak kongsikan apa yang tentang hal kehamilan. Saya pun tak tahu nak cakap apa. Buat masa ini, ya, Intan sedang sarat mengandung. Tetapi tentang hal jantina, kami sepakat tak nak beritahu lagi.
“Dengan keluarga pun kami belum kongsikan hal ini. Memang nak buat kejutan untuk semua,” katanya.
Selain itu, menurut Harris, dia dan Intan mengharapkan doa-doa yang baik daripada semua pihak berhubung kehamilan ini.
“InsyaAllah, Intan dijangka akan bersalin pada hujung Februari ini. Kami adalah juga beli barang untuk persiapan menyambut kedatangan anak pertama ini sikit-sikit.
“Kami pergi beli sama-sama. Tapi tidaklah terlalu lengkap barang-barangnya. Cuma, kami berdua ini mengharapkan doa-doa yang baik daripada semua pihak, agar urusan kehamilan dan bersalin nanti dipermudahkan, itu lebih penting,”katanya.
Dalam pada itu, Harris juga berterima kasih kepada peminat dan mana-mana pihak yang memberi perhatian dan mendoakan kesihatan mereka setelah sebelum ini dilaporkan terkena jangkitan wabak Covid-19.
Harris memaklumkan bahawa dirinya, isteri serta bayi dalam kandungan Intan berada dalam keadaan sihat.
“Alhamdulillah, Intan pun sudah dibenarkan pulang ke rumah. Kami semua berada dalam keadaan sihat. Intan pun tidak adalah lemah sangat, cuma adalah batuk-batuk.
“Selera makannya ada. Pendek kata, perlahan-lahan dia dan saya semakin membaik dan perlukan masa untuk berehat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada penyanyi Fuad Rahman dan Tom yang bakal menimang cahaya mata sulung mereka selepas mengumumkan kehamilan itu.
Tom yang sebelum ini pernah mengalami keguguran kini disahkan hamil lagi dan ia pastinya perkhabaran yang paling menggembirakan buat mereka.
Fuad berkata, dia dan Tom mengambil keputusan untuk melakukan pemeriksaan beberapa hari lalu selepas penyanyi itu mengalami alahan.
“Tiga bulan lepas isteri saya keguguran dan alhamdulillah selepas buat pemeriksaan doktor sebab asyik mengalami alahan, Tom disahkan sedang hamil.
“Usia kandungan sudah memasuki usia sebulan,” katanya berkongsi.
Akui Tom lagi, dia pada mulanya mahu merahsiakan terlebih dahulu kerana kandungan masih diperingkat awal.
Namun terpaksa berkongsi selepas suaminya itu mula buka cerita kepada umum. Sementara itu Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram turut memohon doa orang ramai agar kandungannya itu selamat dan dipermudahkan urusan.
“Alang-alang suami dah beritahu, saya minta doakan anak dalam kandungan ini sihat dan saya dapat melahirkan anak kami dengan selamat,” ujarnya.
Terdahulu pada awal April lalu Tom berkongsi khabar duka apabila mengalami keguguran ketika usia kandungan tiga minggu.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Sepanjang tempoh KPK ini ramai pakar...