Sudah tentu ibu ayah mencari tip mudah bagaimana untuk meningkatkan IQ anak. Memang risau apabila anak, masih belum pandai membaca atau mengenal huruf. Rakan-rakan satu kelas kebanyakannya sudah boleh membaca. Tahun depan pula, sudah darjah satu. Sudah tentu kita tidak mahu anak duduk di kelas belakang.
Sebenarnya anak kita tak bodoh! Tentu ada kesilapan yang kita tak sedari yang menjadi pencetus kepada kekurangan itu. Masih belum terlambat untuk membentulkan keadaan itu. Bagi yang ada anak kecil yang masih belum ke tadika, sudah tentu ibu ayah kena ketahui tip ini untuk melakukan persediaan awal untuk mendidik anak. Siapa yang tak nak IQ anak meroket tinggi! Ikuti perkongsian tip Pendidik Ilmu Keibubapaan, Dr Taufiq Razif semoga menjadi panduan berguna.
Bila anak tak pandai akademik sikit je dah tuduh anak tak pandai, anak IQ rendah, salahkan cikgu kat sekolah, salahkan keturunan pasangan dan lain-lain.
Jangan!
Tengok dulu diri kita
1. Mungkin sumber rezeki kita selama ni syubhah ataupun haram. Cuba check balik status pekerjaan kita selama ni samada halal ke haram. Rezeki haram mungkin tak turunkan IQ anak tapi boleh menggelapkan hati si anak untuk terima ilham kebaikan dan kepandaian.
2. Mungkin selama ni kita lupa nak buka minda separa sedar ( subconscious mind ) anak kita untuk belajar. Cara nak buka minda separa sedar adalah dengan ajak anak kita minat pada subjek yang dipelajari. Nak anak power dalam Matematik, jangan paksa dia belajar darab dan kali tapi cuba cerita ( storytelling ) kehebatan orang yang pakar dalam Matematik dan cuba jugak bagi dia main game Matematik yang memerlukan dia menguasai kepantasan mengira.
3. Mungkin selama ni kita yang buatkan anak kita putus asa untuk jadi pandai. Bila dia tunjuk result exam je kita kecam dia, kita kritik dia dan kita marah dia. Dalam menegur anak, gunakan teknik 70-30. Tegur kena 30% tapi kena pastikan diselit dengan 70% pujian. Baru la emosi anak tu tak cedera.
4. Mungkin selama ni kita tak pernah doakan anak-anak kita sendiri. Kita selalu doa murah rezeki tapi kita lupa nak doakan anak-anak kita sendiri. Bila doa depan anak-anak tu sebut je nama anak kita satu persatu. Anak yang dengar namanya disebut di dalam doa ibu bapanya akan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
5. Mungkin juga kita lupa yang tak semestinya skor dalam akademik adalah segala galanya. Mungkin kekuatan anak kita tu bukan dalam akademiknya. Mungkin EQ anak kita melebihi IQ nya. Mungkin AQ nya melebihi IQ nya. Ingat, orang yang tinggi EQ nya boleh menguasai orang yang tinggi IQ nya.
Cuba je amalkan tips yang saya bagi ni dan jangan terkejut kalau tiba-tiba keputusan akademik anak korang meroket tinggi!
p/s : Tolong simpan tips ni dalam handphone korang ye. InsyaAllah akan sangat berguna suatu hari nanti.
Follow ? Taufiq Razif & set SEE FIRST kalau taknak terlepas ilmu parenting yang lebih penting
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI