Amalkan Wirid Ya Latif Dan Usap Kepala Semasa Tidur. Kesannya Hebat Untuk Peribadi Anak

Share

Sebagai ibu dan ayah, tanggungjawab kita bukan sekadar memberi makan dan minum kepada anak-anak tapi lebih dari itu.

Sehinggakan semasa tidur pun kita digalakkan melakukan beberapa perkara untuk merangsang minda separa sedar mereka. Ini sangat penting kerana minda separa sedarlah yang akan membentuk emosi dan peribadi mereka secara keseluruhannya.

Amalan Ketika Anak Sedang Tidur

  1. Setiap malam apabila anak tidur kita hendaklah wiridkan Ya Latif ( Yang Maha Melembutkan) ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali.
  2. Membaca surah Al-Fatihah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali. Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru nama penuhnya.
  3. Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita semasa anak tengah tidur tu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya. Kalau boleh usaplah tangan atau rambutnya agar anak berada dalam keadaan separuh sedar.
  4. Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita, contohnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak-anak kita.

Sentiasalah berdoa agar anak-anak kita menjadi anak soleh/solehah yang menyejukkan hati dan pemandangan.

Semoga menjadi amalan seharian kita, dan anak-anak menjadi saham Akhirat kita kelak.

Sumber: ibuzarith

Published by
Wan Amy