
Angka kematian akibat Covid-19 dari sehari ke sehari semakin bertambah dan bilangan kes juga turut menunjukkan peningkatan.
Melihat kepada peningkatan jumlah kematian akibat Covid-19, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah bersiap sedia dengan pasukan khas pengurusan jenazah.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata, pasukan ini ditubuhkan sejak wabak melanda negara dan diberi taklimat serta penerangan mengenai kaedah pengurusan jenazah secara khas.
Menurutnya, ia berpandukan pandangan hukum diputuskan oleh Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) pada 15 Mac lalu.
“Pengurusan jenazah mangsa Covid-19 mengguna pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Kali ke-107 mengenai Hukum Pengurusan Jenazah Orang Islam yang disyaki atau disahkan dijangkiti Virus Ebola (Ebola Virus Diseases: EVD) di Malaysia.
“Pandangan ini telah mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,” katanya.
18 petugas khas dilantik untuk urus jenazah
Katanya, seramai 18 petugas khas pengurusan jenazah sudah diarah bersiap sedia terdiri daripada pegawai dari Jakim, masjid utama di bawah Jakim dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terdiri daripada 12 lelaki dan lima perempuan.
Berperang dengan virus meragut banyak nyawa
Sementara itu, menerusi perkongsian di Facebook Rossi Bro, yang turut menjadi barisan hadapan untuk mengekang wabak ini, dia ada menjelaskan bagaimana cabaran setiap kumpulan yang terbabit bekerja dalam saat genting ini.
Bukan mudah untuk berdepan dengan keadaan hari ini
Terima kasih buat semua petugas yang bertungkus lumus tanpa mengira penat lelah. Pengorbanan anda pasti akan mendapat ganjaran setimpal. Ini bukan sesuatu yang mudah kerana tanpa semua barisan hadapan ini, negara boleh lumpuh.
Sumber: Metro & Facebook Rossi Bro
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Risau Anak Makin ‘Jauh’, Ibu Ni Nekad Tinggal Kerjaya Hebat & Jual Nasi Lemak!

Bagi menyediakan yang terbaik untuk anak-anak, seorang ibu sanggup melakukan apa sahaja. Kadang-kadang demi menyediakan keperluan yang lengkap untuk anak tersayang, kita mungkin tidak ada masa yang cukup bersama mereka.
Artikel Menarik: [Asyik Kena Marah, Tak Elok. Doktor Kongsi Apa Jadi Pada Anak Bila Dia Dah Besar]
Ibu bekerjaya khususnya akan menghantar anak-anak sama ada ke rumah pengasuh mahupun taska sementara kita keluar ke pejabat. Kita biasanya tersepit antara impian untuk mengejar cita-cita dan tanggung jawab untuk menguruskan keluarga.
Begitulah kisah Puteri Azie yang sanggup melepaskan jawatan sebagai Pengurus Eksekutif Kewangan demi kasih sayangnya terhadap anak-anak. Untuk membesarkan anak-anaknya sendiri, dia berhenti kerja dan menjual nasi lemak dan nasi kerabu di tepi jalan.

Ceritanya kepada mStar, wanita ini yang berusia 44 tahun berkata dia tidak berfikir dua kali untuk meletakkan jawatan ketika itu kerana salah seorang anaknya tidak sihat. Pada waktu itu anak keduanya demam dan dirinya juga sedang hamil bayi ketiga.
Artikel Menarik: [Selalu Belai & Peluk Anak, Itulah Erti Superhero Sebenar. Ayah Paling Macho!]
Anaknya juga tidak mahu dengan dirinya kecuali dengan pembantu rumah. Ketika itulah terdetik di dalam hati wanita ini sekiranya keadaan begitu berterusan mungkin anaknya akan hantar dia ke rumah orang tua bila dah besar nanti.
Tonton video ini;
Oleh itu, Puteri Azie nekad untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan di sekitar kawasan rumahnya sahaja. Pada usia 26 tahun dia mula berniaga dan untuk mempromosikan perniagaannya, Puteri Azie membuat flyers untuk diedarkan dari pintu ke pintu.
Artikel Menarik: [Anak Sulung Perempuan Ikut Stail Ibu. Dengar Dia Membebel, Sama Sebiji!]
“Saya berniaga selepas suami meninggal dunia. Saya buat apa saja kerja yang boleh membantu untuk saya besarkan anak-anak. Jadi saya buat flyers dan edarkan di kawasan tempat tinggal saya.”
Bermula dari situlah dia mula mendapat tempahan makanan dan membuatkan Puteri Azie berniaga di luar. Ketika mula-mula berniaga, dia mendapat bantuan dari seorang penjual durian yang meminjamkannya generator, meja dan khemah.

“Anak sulung dah 22 tahun, yang kedua pula 21 tahun. Anak bongsu pula 16 tahun. saya besarkan mereka dan syukur anak sulung berjaya sambung belajar di Jerman manakala yang kedua kini di UiTM.”
Pada bulan pertama Puteri Azie berniaga, dia dapat menyimpan sehingga RM13,000. mengimbas kenangan ketika itu, Puteri Azie memberitahu yang dia terpaksa bawa anak-anak yang masih kecil keluar berniaga. Akhirnya berkat usaha gigih, anak pertama dan kedua Azie berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan.
“Saya seorang ibu yang mementingkan pelajaran. Ada yang tanya mengapa saya tak buka kedai. Sebenarnya saya nak duduk dengan anak-anak. Nak tahu apa mereka buat, mana mereka pergi.
Lepas balik berniaga lebih kurang 10.30 malam ketika itu, saya akan semak kerja sekolah mereka. Untuk pastikan mereka belajar, saya selalu belikan buku latihan untuk mereka.”
Biarpun anak-anaknya sudah besar, Puteri Aize tetap memilih untuk berniaga kerana sudah enjoy dengan kehidupan begitu. Jika dihitung, ibu ini sudah berniaga hampir 18 tahun kini.
Sumber: mStar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bayi Comel ‘Dibuang’ Ibu Dari Tingkat 4, Semakin Sihat & Dipindah Ke Wad Biasa

Walaupun kelahiran bayi perempuan ini dalam keadaan ibu sendiri tidak bersedia, namun takdir Allah si comel ini terus sihat dan dipanjangkan umur. Siapa sangka dicampak dari ketinggian tingkat empat rumah flat sejurus selepas lahir dan mengalami pendarahan di belakang kepala kuasa Allah mengatasi segalanya.
Menerusi laporan Sinar Harian, bayi perempuan yang dicampak oleh ibunya sendiri dari tingkat empat sebuah flat di Persiaran Mayang Pasir 5, Bayan Baru, kira-kira jam 7 pagi, 13 Mei lalu sudah dipindahkan ke wad biasa.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, sebelum ini bayi berusia enam hari itu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang kerana mengalami beberapa kecederaan.
Bagaimanapun katanya, bayi seberat 3.25 kilogram itu kini beransur pulih dan stabil.
ARTIKEL BERKAITAN [Tergamaknya Ibu! Campak Dari Tingkat 4, Hebatnya Allah Masih Lindungi Bayi Ini]
“Ketika saya melawat bayi tersebut doktor telah memindahkannya dari wad ICU ke wad biasa susulan keadaannya beransur pulih dan stabil.
“Dia dipindahkan ke wad neonatal HPP dan masih dalam pemantauan doktor,” katanya ketika dihubungi tadi.
Dalam kejadian 13 Mei lalu, seorang remaja didakwa telah mencampak bayi perempuan yang baru dilahirkan dari tingkat empat sebuah flat di Persiaran Mayang Pasir 5, Bayan Baru, kira-kira jam 7 pagi.
Remaja berusia 18 tahun itu bertindak sedemikian berikutan panik selepas dikatakan melahirkan bayi di dalam tandas rumahnya tanpa pengetahuan ahli keluarga.
Bayi malang tersebut kemudian ditemui oleh salah seorang penduduk di perumahan berkenaan yang terdengar bunyi kuat seperti barang jatuh ke atas atap rumahnya.
Akibat daripada itu, bayi perempuan tersebut dikesan mengalami kecederaan di bahagian otak, tempurung kepalanya retak dan kecederaan pada hati disebabkan jatuh dari tempat tinggi.
Ibu bayi tersebut yang juga suspek utama bersama teman lelakinya berusia 18 tahun kini direman untuk siasatan lanjut.
Sumber: Sinar Harian
Kredit Gambar: Roda Pena
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Petugas Kesihatan Rayu Jangan ‘Selfish’. Walaupun Covid-19 Masih Ramai Degil Pergi ‘Holiday’!

Disaat Koronavirus (Covid-19) di isytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), masih ramai yang berdegil untuk tidak kuarantinkan diri sendiri malah ada yang mengambil kesempatan untuk bercuti ke luar negara. Ada yang sudah lama membeli tiket dan ada juga yang baru membeli tiket pernerbangan yang ditawarkan dengan harga yang sangat rendah ketika ini.
Tapi sedarkah anda, Covid-19 ini tidak seperti demam biasa. Covid-19 boleh membawa maut dan sangat mudah menjangkiti sesiapa sahaja. Lebih kerap anda terdedah di tempat yang berisiko lebih mudah untuk diri anda terkena jangkitan virus ini.
*Istilah pandemik merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar dan tidak terhad kepada sesuatu komuniti atau daerah semata-mata.Wabak ini akan mengancam kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara, benua atau mungkin juga seluruh dunia jika dibiarkan melarat.
Walaupun Kementerian Kesihatan (KKM) giat melaporkan perkembangan semasa penularan Covid-19 dalam negara dan Malaysia telah mencatat sebanyak 428 kes (setakat pagi ini 16/3/2020) namun masih ada segelintir yang berdegil. Pihak petugas kesihatan juga tidak berhenti memberikan peringatan agar orang ramai menangguhkan penerbangan ke luar negara khusunya lokasi berisiko tinggi.
Tatkala cuti pegawai kesihatan dibekukan kerana covid19, ada sekumpulan manusia yang masih berdegil nak bercuti ke luar negara padahal tahu di sana bnyk kes covid 19 dan penularannya lebih dasyat..
Kalau anda berfikir, “ala, balik dari sana, kalau ada batuk selsema pergi je lah hospital utk screening” Oh itu mmg ucapan yang sangat selfish
Ia tak semudah itu kawan. Contact screening memerlukan tenaga pegawai kesihatan yg banyak. Personal protective equipment (mask, gloves, baju pegi bulan) bukannya murah.
Kalau anda seorang kena, semua org yg pernah jumpa anda perlu dicari dan dicek seorang demi seorang.
Kalau ditakdirkan waktu anda mula2 dtg ke hospital tanpa beritahu sejarah perjalanan anda, anda mungkin mendedahkan pekerja2 di hospital kpd jangkitan itu. Apa kesannya? Kesemua pekerja itu perlu dicutikan.
Jadi apa jadi kpd para pekerja kesihatan yg terpaksa dicutikan? Perlu lah pegawai kesihatan dari department lain atau hospital lain dipanggil utk mengisi kekosongan itu..
Perkhidmatan elektif diberhentikan buat seketika waktu.
Kini, hospital yg menerima kes covid19 telah mula memberhentikan perkhidmatan elektif kerana nak memaksimakan sumber manusia dan wang utk menghadapi “serangan covid19”.
Doktor2 dari bidang lain dikerah bersama2 dgn frontliners di jabatan kecemasan.
Anda faham apa itu perkhidmatan elektif? Maksudnya pembedahan/ rawatan yang dikategorikan sebagai bukan “life threatening” semuanya akan diberhentikan.
Saya bagi contoh rawatan elektif.
Kalau bidang Rehabilitation Medicine (perubatan pemulihan)
– pesakit stroke yang sepatutnya dimasukkan utk rawatan pemulihan intensif, utk pulihkan lemah separuh badannya, terpaksa ditangguhkan. Maka mereka mungkin terlepas masa keemasan utk pulihkan fungsi mereka..
– pesakit yang lumpuh akibat cedera saraf tunjang juga hadapi masalah yg sama. Mungkin sepatutnya kami admit utk ajar mereka guna kerusi roda, atau ajar uruskan sistem buang air besar/kecil mereka (yg terjejas akibat cedera saraf tunjang).. Semua perlu ditangguhkan..
Bila rawatan ini akan dikategorikan sebagai emergency?
—.> bila mereka ada komplikasi sbb kurang bergerak seperti pulmonary embolism (darah beku dlm peparu) atau pesakit stroke dapat aspiration pneumonia (jangkitan kuman paru paru kerana tersedak makanan), atau mereka dpt serangan stroke kedua sbb proses pemulihan terjejas..
Kenapa? Sebab anda nak pergi bercuti.
Kalau bidang kepakaran mata..
– pembedahan katarak mungkin perlu ditangguhkan. Maka terpaksa lah makcik pakcik yang matanya kabur bertahan saja dgn mata yg kurang nampak utk lbh lama lagi..
Kenapa? Sebab anda nak pergi bercuti..
Kalau bidang bedah saraf, mungkin pesakit yang ada arteriovenous malformation (gumpalan salur darah dlm otak yang tak normal) terpaksa menangguhkan pembedahan mereka.. Kalau ini bunyi nya mcm serius dikategorikan sebagai rawatan elektif, bila pula ia akan dikategorikan sebagai emergency?
—> tungga lah dia pecah dan menyebabkan pendarahan dalam kepala.. Haa time nj baru consider emergency dan akan buat pembedahan segera..
Kenapa? Sebab anda nak pergi bercuti.
Kalau bidang orthopedics pula.. Pembedahan seperti total knee replacement (ganti tempurung lutut) itu dikategorikan sebagai elektif.. Maka bertahan lah pakcik makcik dgn sakit lutut yg teruk sampai tak blh jalan dan tak blh tidur..
Kenapa? Sebab anda nak pergi bercuti.
Anda nampak hubungkaitnya sekarang?
Mari saya recap.
Anda berkeras utk pergi bercuti –> anda mungkin dapat covid 19–> anda sebarkan kpd org sekeliling–> pegawai kesihatan perlu buat contact tracing. –> ada pegawai yg perlu dicutikan–>disebabkan ramai yg terlibat maka perlu tarik doktor2 dari jabatan perubatan lain–. > maka jabatan perubatan lain terpaksa hentikan rawatan elektif–> maka berlakulah senario seperti di atas..
Saya blm cerita lagi ttg kawan2 saya di komuniti yang actively pergi buat screening dan contact tracing.. Tak sempat nak ke tandas. Tak smpat makan..
Mereka juga ada isteri/suami dan anak2 kecil..Bayangkan kalau mereka juga terjangkit.. Maafkan saya sekiranya bahasa saya ada sedikit nada kasar atau keras.
Bukan apa, keadaan skrg dh agak serius. Kami di fasiliti kesihatan semakin terasa keperitannya. Nak ambil mask pun dh kena catu tau tak? Sampai mcm tu sekali.
Isu covid19 dah jdi msalah sejagat. Masalah kita semua. Jadi kita semua kena ambil peranan masing2.. Tangguhkan lah seketika niat nak bercuti.. Atau perhimpunan/ perjumpaan yang melibatkan ramai org..
Kalau anda ada terdedah dgn kes covid19 jangan simpan info ini pd saat akhir. Beritahu awal2 supaya anda disaring oleh pegawai yg bersedia utk memeriksa anda.. Maksudnya, pegawai kesihatan itu bersedia dgn pemakaian PPE yang lengkap. Dan di tmpt saringan yg khas. Jangan duduk di sblh org yg mempunyai ketahanan badan yg lemah seperti ibu megandung/ org tua/ kanak2 /pesakit kronik..
Minta maaf terkasar bahasa.Akhir kata. Tangguhkan niat anda utk bercuti ke luar negara
Kredit: anie farhana & Liyanatul Najwa
Baca artikel Covid-19;
Cuti Sekolah Di Sabah Mungkin Disambung Lagi. Langkah Tangani Penularan COVID-19
Merokok Dan Menghisap Vape Boleh Terdedah Kepada Risiko Dijangkiti Covid-19
Bayi Baru Lahir Disahkan Terkena Wabak COVID-19, Pesakit Termuda Di Dunia
Kena Lebih Peka & Berjaga-Jaga, Kini COVID-19 Dikategorikan Sebagai Pandemik
KKM Buat Website Khas Untuk Periksa COVID-19 Secara “Online”. Boleh Periksa Tahap Risiko Terkena Jangkitan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI