Selepas sebulan menimang cahaya mata sulung mereka, akhirnya penyanyi Ayie Floor88 tampil berkongsi wajah comel puterinya.
Menerusi Instagramnya, Ayie turut memuat naik wajah comel puteri mereka yang diberikan nama Nayla Amanda Binti Nik Fadlee.
“Assalamualaikum. Harini genaplah sebulan umur puteri sulung kami “Nayla Amanda”.
“Alhamdulillah. Dengan ini saya kongsikan wajah Amanda❤️ @aetajunior,” tulisnya berkongsi.
Menerui entri yang sama juga, Ayie turut memuat naik beberapa keping gambar Nayla Amanda ketika lahir.
Ads
Malah dalam nada berseloroh, Ayie juga turut bertanyakan kepada pengikutnya mengenai wajah anaknya, samada seperti ibu atau bapanya.
“Korang rasa Amanda ikut muka siapa? Ayie ke @tashaawie?,” tulisnya bertanyakan kepada pengikutnya.
Ads
Dalam pada itu, perkongsian wajah comel Amanda sudah semestinya meninggalkan pelbagai reaksi dari peminatnya. Malah ramai yang memuji kecomelan Amanda yang memiliki kulit cerah seperti ibunya.
Bukan anak tidak suka tetapi sebaik diletakkan pada kerusi keselamatan atau car seat anak mula meraung sekuat hati. Bukan benci tetapi mereka rasa tidak selesa.
Menurut Pn Uswatun Hasanah Mohd Habib, Konsultan Tangisan Bayi, anak akan mula menangis kerana mereka merasa tidak rasa selesa dengan situasi. Begitu juga ketika berada di dalam car seat. Ini tip yang dikongsikan oleh beliau.
Faktor anak benci car seat.
ANAK INFANT
Untuk anak 0-3, di mana tangisan masih dalam bentuk reflek dan perkembangan sosial masih primitif, punca anak menangis SENTIASA adalah kerana dia mahu mengalihkan rangsangan (stimuli) yang membuat dia rasa tak selesa.
Misalnya: lapar, terlalu panas, terlalu sejuk, lampin kotor. Maka checklist utama ibubapa bila anak infant menangis dalam car seatnya ialah: lapar? tak selesa? panas ? sejuk? Pasti ramai ibubapa tahu untuk check ini semua terlebih dahulu. Tapi, anak masih menangis, kenapa?
Punca utama anak infant menangis walau sudah kenyang dan selesa (fizikal) ialah kerana peralihan alam rahim-dunia yang drastik.
Dalam dunia ini ada terlalu banyak benda baru yang tak pernah ada di dalam rahim, termasuk car seat, bukan?
Tip bantu anak Infant selesa dalam car seat.
* Bedung. Ia meniru balutan dinding rahim.
* Bunyi white noise. Bunyian menenangkan kerana bayi telah hidup dalam rahim yang sentiasa berbunyi. Pilih sebarang bunyi yang anak suka. Misalnya:
– Ada anak yang cukup gembira dengan bunyi enjin kereta semata-mata.
– Ada anak yang suka dengan bunyi angin deras, maka boleh buka sedikit tingkap.
– Ada anak yang suka dengan bunyi ombak, hujan dan sungai maka boleh bawa mesin white noisenya.
– Ada juga anak yang suka dengan bunyi lagu tertentu.
* Beri anak baju terpakai anda untuk di peluk dan di hidu anak.
* Kenderaan perlu sentiasa bergerak. Lebih banyak bumper lagi bagus. Kerana anak sudah 24 jam berhayun semasa di dalam rahim akibat terapung.
* Puting tiruan. Hisapan itu menenangkan kerana ia merendahkan tekanan darah dan menstabilkan degupan jantung.
Punca kedua anak infant menangis di car seat ialah kerana dia terpisah dari ibunya. Sudahlah alam ini asing. Dia pula terpisah dari ibunya. Tangisan bayi memang asalnya di cipta untuk buat ibu merasa ‘stress’ sehingga bertindak mendatangi anak dan bukan mengabaikannya.
* Tidak semestinya bayi akan segera diam bila sudah di angkat ibu. Ini kerana teknik menenangkan yang betul di perlukan untuk membuat bayi infant tenang dengan pantas. Ingat, anak masih dalam fasa peralihan alam.
ANAK YANG LEBIH BERUSIA
Hakikatnya, anak yang lebih berusia mempunyai lebih banyak sebab untuk menangis di dalam car seat:
* Tak suka merasa terperangkap dan tak dapat bergerak bebas seperti fitrah anak kecil: meniarap, merangkak, berdiri,berjalan, memanjat.
* Tiada fahaman konsep sabar dan masa.
* Terikut menangis dengan adik beradik lain yang menangis.
* Tanda protes. Seawal usia 4 bulan anak dah explore konsep ‘What comes next’. Anak telah boleh menjangkakan kejadian yang bakal menyusul (yang simple-simple, of course). Misalnya, jika ibu mula merendahkan badan, pasti ia bermaksud saya akan di letak.
* Ibu hanya perlu bijak membezakan samada anak menangis atas sebab penting atau hanya kerana mahu lepas dari car seat saja.
* Ibu juga gunalah idea kreativiti sendiri untuk menghiburkan dan alih tumpuan anak di sepanjang perjalanan.
* Jika ibu ada kesempatan mahu berhentikan kereta dan ulang aksi pujuk-letak, silakan. Ibu nilaikan situasi dan keperluan. Pastikan tempat berhenti itu selamat.
* Paling penting, konsisten dengan respon agar anak tahu ‘dia tidak akan menang’ dalam game bolos dari car seat ini.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Ramai wanita bergelar suri rumah rasa tak hebat seperti wanita bekerjaya sehingga sentiasa rendah diri. Sedangkan pada hakikatnya ia pengorbanan besar dan patut dibanggakan.
Namun dalam masyarakat sekarang, bila sebut saja suri rumah kebanyakan akan bagi persepsi negatif.
Ingat setiap pengorbanan wanita tak kiralah yang bekerja atau suri rumah masing-masing menggalas tanggungjawab besar.
Seperti yang dikongsikan oleh Intan Dzulkefli, suri rumah adalah hebat! Penat lelah yang dilakukan seawal celik mata hinggalah nak pejam mata setiap hari bukannya mudah.Jangan rasa rendah diri jadi suri rumah. Ramai saya jumpa suri rumah yang hebat-hebat. Kalian juga begitu. InsyaAllah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menggalas tanggung jawab menjadi isteri dan ibu membahagiakan. Tinggal hanya cara perlaksanaanya, banyakkan berlapang dada. Ikuti catatan ibu ini yang sungguh berinspirasi.
Selalu kita dengar orang cakap, bila perempuan ini pandai serba serbi. Untunglah suami dan anak-anaknya. Bahagialah keluarganya. Pandai memasak sedap, hebat mengemas, menghias rumah, berdandan berhias pun tak kalah. Didik anak-anak pun mantap. Cantik pulak tu. Ewah.
Saya pun di awal perkahwinan cuba untuk jadi begitu. Anak seorang OK lagi, masa tu boleh je buat sendiri semua. Hatta kalau gas habis pun, boleh je pergi kedai beli dan angkat masuk rumah. Haha dia punya power.
Bukan suami tak tolong, diri sendiri yang tak pandai minta tolong. Sebabnya acah acah mahu jadi sempurna semuanya. Terbiasa berdikari pun sama. Rumah mesti kemas, kain mesti berlipat, baju kerja suami siap bergosok, makan minum siap hidang terjaga semuanya. Masak tu mesti meriah lauk. Ewah lah sangat.
BILA ANAK RAMAI JADI PENAT
Bila anak sudah bertambah, dari satu jadi dua, tiga dan kini empat. Lama kelamaan, badan jadi sangat penat. Usia pun semakin meningkat. 4 tahun sahaja lagi nak cecah 40 tahun. Sakit pun dah terasa sana sini.
Tambah lagi bila saya mula berniaga. Mana nak tengok WhatsApp, coaching team, pantau outlet, guide staf, buat marketing, bla bla dengan senarainya yang panjang.
BILA TENANG COMEL, BILA PENAT…..
Penat.
Perempuan bila tenang gembira dia sangat comel macam teddy bear atau hello kitty. Tapi bila penat dia akan jadi orang lain. Kadang tu singa, harimau, hantu kak limah segala.
BILA PENAT, SYAITAN MASUK UNTUK MENGHASUT
Saya pernah lalui fasa penat dan tertekan ini selepas melahirkan anak keempat. Dengan dia susah nak tidur, nak menyusu sahaja. Melekat dengan ibu. Tak boleh langsung ibu jauh. Masa tu saya tak rasa seronok pun duduk rumah sendiri. Tak rasa kasih pun tengok suami dan anak-anak. Serabut.
Sebabnya? Penat. Penat ni boleh jadi pintu masuk Syaitan hasut itu ini. Mengeluh, mengungkit, sedih, kecewa bla bla yang negatif. Bila penat solat pun tak khusyuk. Huhu.
INI BUKAN KEHIDUPAN YANG SAYA CARI
Mujurlah saya tersedar yang ini bukan kehidupan yang saya cari. Saya tak boleh biar berterusan dengan penat. Cari ilmu, baca perkongsian di FB.
Tahulah saya jawapannya. Saya perlu berhenti jadi sempurna. Hanya perlu jadi bahagia. Saya perlu mula belajar minta tolong ahli keluarga dan orang lain.
SEMINGGU SEKALI UPAH BIBIK KEMAS RUMAH
Seminggu sekali saya ambil bibik. Dia kemas rumah, lipat kain, tukar cadar, kadang tu basuh langsir, sental tandas, mop lantai semua. Complete satu rumah dikemas.
Hari hari lainnya saya mengemas 2 kali sehari sahaja. Pagi sebelum anak bangun, petang sebelum Maghrib. Kemas pun sekadar pastikan rumah tidak berselerak sangat sebab ada anak anak kecil yang suka bawa mainan sana sini, lantai disapu, dan dapur bersih dari pinggan mangkuk tak berbasuh dan sampah.
KALAU SEMPAT BUAT, KALAU TAK SEMPAT PEJAM MATA
Kain baju berbakul, kalau larat dan sempat, lipat. Kalau tak pejam mata tunggu bibik datang minggu depan.
Saya selalu sahaja sebut kepada suami dan anak-anak, ibu penat, ibu nak rehat. Tak mahu paksa diri berlebihan.
HANYA FOKUS MAKAN MINUM KELUARGA
Yang saya jaga sangat hanyalah makan minum keluarga. Memang memasak 2-3 kali sehari. Itupun ringkas sahaja. Ada karbo, protein, sayur cukup. Syukur yang penting kenyang. Sebab saya selalu percaya, masakan mengikat kasih sayang keluarga dengan sangat indah. Ada juga lah hari beli je lauk bila tak sempat atau tak ada bahan basah dalam peti. Hihi.
Malam malam berehat sahaja. Bergolek dengar cerita anak-anak.
Sudah tua tua begini. Saya mahu lebih masa untuk tambah ilmu, baiki ibadah. Mahu lama lama di tikar sejadah, mahu tadabbur alquran, mahu baca buku banyak-banyak dan buat apa yang menggembirakan.
RUMAH TANGGA ITU MEDAN PAHALA TAPI JANGAN TERLALU TEKAN DIRI
Benar, khidmat kepada rumahtangga adalah medan pahala. Namun janganlah sampai menekan diri. Ramai ibu hari ini tertekan. Bacalah banyak kisah yang berlegar di media sosial.
Kita pilih untuk bahagia dulu. Barulah semuanya terlihat sempurna pada mata kita. Walaupun tidak pada mata orang lain.
Dan para suami, bantulah isteri anda bahagia dengan kurangkan rasa penatnya. Sebab bila ibu gembira dan bahagia, seisi keluarganya turut berbahagia.
Perut bayi kembung bersama muntah dan demam boleh menjadi tanda masalah kesihatan serius. Ketahui punca, tanda bahaya dan cara membantu bayi dengan selamat.