Nak mengajar anak-anak tentang kewajipan beribadat sebaiknya dimulakan sejak dari kecil lagi. Tak dinafikan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan ini ramai yang mengambil peluang untuk solat berjemaah bersama ditambah pula pada bulan Ramadan yang mulia ini.
Gelagat anak pasangan pelakon, Amar Baharin dan Amyra Rosli iaitu Aqeef Anaqi, 2, mengikuti solat Tarawih berjemaah, yang dimuat naik di Instagram, menarik perhatian warganet.
Amar, 35, berkata, video itu sengaja dirakam untuk melihat sendiri bagaimana gelagat sebenar anaknya ketika orang lain sedang solat.
“Pada awalnya Anaqi seperti segelintir kanak-kanak lain yang akan panjat, menarik baju dan ajak bermain walaupun kita sedang solat.
“Jadi, sejak mula solat Tarawih, dia tengok kami sekeluarga buat perkara sama setiap hari. Dia mulai faham dan nak turut serta. Bagi saya, ini pendedahan awal dan baik untuk kanak-kanak jadikan contoh.
“Video itu sebenarnya sebahagian daripada rakaman untuk sebuah program mengenai aktiviti kami sekeluarga sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tapi, saya kongsikan sedikit. Dalam masa sama saya nak tengok apa dia buat sebenarnya,” katanya kepada Harian Metro.
Video berdurasi 1 minit itu memaparkan Anaqi cuba mengerjakan solat, tapi dalam masa sama bermain.
Video itu mencecah lebih 700,000 tontonan dan mendapat lebih 600 komen sehingga hari ini sejak ia dimuat naik
“Alhamdulillah, Anaqi cepat belajar. Apa kami cakap dia ikut. Kalau cakap tak boleh atau jangan, dia takkan buat. Tapi, dah nama budak ada juga dia tak dengar,” katanya.
Berkongsi mengenai sambutan Ramadan dalam tempoh PKP, Amar yang juga pelakon drama Jodoh Jodoh Annisa berkata, buat pertama kali menjadi imam solat Tarawih.
“Ini hikmah besar. Dari fikir PKP banyak benda tak boleh buat, baik fokus apa yang boleh dibuat. Jadi, inilah yang saya boleh buat dengan akrabkan keluarga.
“Pertama kali juga saya menjadi imam solat Tarawih bersama keluarga Amyra. Bapa mentua memang tolak saya menjadi imam dari malam pertama sampai sekarang. Kena buka kitab juga.
“Sayu juga sebab tak dapat jumpa keluarga sendiri, tapi perlu akur dengan undang-undang. Apa yang terbaik cuba manfaatkan masa di rumah.
Sumber: Hmetro & IG Amarbaharin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI