Hati seorang isteri ini ibarat ais. Cepat cair dan beku. Bukan apa, ada waktunya emosi isteri turun naik. Mungkin kepenatan dan tak cukup rehat. Sebab tu, suami kena bijak main peranan.
Lagi satu isteri pun kena juga faham suami. Rumah tangga bahagia tidak hanya satu pihak saja. Mesti ada tolak ansur dan suburkanlah nilai kasih sayang itu dengan sama-sama perbaiki diri.
Seperti yang dikongsikan oleh Puan Intan Dzulkefli, setenang mana seorang manusia, mesti akan ada hari extra letih, extra tekanan, extra beban dan segala macam ujian. Begitu jugalah dengan pasangan kita. Betul dua-dua sama penat tapi alangkah baiknya pasangan lebih memahami.
Oleh itu, ayat sesederhana ‘Awak okay ke?’ pun sudah cukup menenangkan hati sebenarnya.
Ada orang, dia keluar mencari nafkah waktu pagi, pulangnya pula apabila sudah tengah malam. Masuk rumah, disambut dengan wajah isteri yang juga keletihan.
Ads
Ya, kita penat. Jangan lupa isteri pun penat. Begitu juga dengan isteri, jangan sewenangnya meremehkan pengorbanan dan kepayahan yang suami hadapi.
Percayalah, kita masing-masing ada struggle dan battle kita setiap hari – baik sebagai suami dan bapa juga sebagai isteri dan ibu. Jadi, jangan lupa berlapang dada dan bersifat ehsan terhadap pasangan kita.
Bila lihat pasangan, sentiasa fikir, banyaknyalah hak-hak mereka yang masih belum kita tunaikan. Barulah dapat timbul rasa keinsafan, rahmah dan belas kasihan.
Ya, memang kita lihat pasangan sebagai multi-tasking, orang yang kuat tak mudah merungut. Tetapi lihatlah siapa kita di sisinya dan mainkanlah peranan kita.
Ada mulut, bertanyalah. Pujilah. Ada mata, lihatlah kepayahan dan pengorbanan pasangan. Ada hati, jangan lupa bersyukur dengan nikmat pasangan dan anak-anak. Ada tangan, jangan lupa peluk dan belai pasangan.
Ads
Ada masanya mereka sangat memerlukan sentuhan dan keperihatinan kita.
Benda-benda basic yang kadang selalu sangat dilupakan.
Ya, memang kadang kita seharian sangatlah sibuk dengan tugasan masing-masing. Namun, ambillah 1 saat untuk tatap wajah pasangan dan tanya dia, ‘awak okay tak?’
Pertanyaan simple ini mungkin bakal menyelamatkan nyawa seseorang yang telah ‘lost’ jauh dalam depresi.
Mesti ramai tak terfikir ta’lim pun boleh jadi salah satu cara bonding dengan anak-anak. Ta’lim bermaksud mengajarkan atau memberitahu sesuatu kepada yang belum tahu. Ya, itu salah satu daripada tanggungjawab seorang ayah kepada anak-anaknya.
Anak-anak yang masih belum tahu apa-apa wajar diberitahu tentang perkara yang baik-baik kerana ia penting dalam proses pembentukan akhlak mereka. Jadi pentingnya untuk para ayah memperuntukkan satu waktu khusus untuk dia bercerita, berbual, bergurau dan dalam masa yang sama menyampaikan ilmu kepada anak-anak.
Walaupun sibuk sebagai pendakwah yang mempunyai jadual yang sangat ketat, tetapi ia bukan alasan untuk Ustaz Ebit Lew meluangkan masa membuat ta’lim dengan anak-anaknya yang masih kecil.
Beruntung sungguh empat orang anak-anaknya yang sentiasa mendengar kisah pengalaman si ayah yang mampu memberi kesan dalam diri mereka sehingga masing-masing berebut untuk menjadi daie/pendakwah bila besar nanti.
Baca seterusnya perkongsian Ustaz Ebit ketika sesi ta’lim bersama anak-anaknya.
Masa Ta’lim rumah. Anak saya tanya ayah, remaja yang ayah selalu jumpa tu tak sakit ke letak pin dekat hidung. Letak pin dekat kening..
Ayah tanya anak-anak tu… katanya sakit sangat… Tapi ayah pesan diaorang suh jaga solat. Bila jaga solat Allah jaga kita..
Anak ayah yang kecil seorang ni nak jadi apa? Nak jadi doktor ayah…bagus nak..doktor tu kerja ubati sakit orang. Allah suka..lagi Allah suka doktor daie..
Dia pun ulang doktor daie. Doktor ubati sakit..selamatkan orang di dunia..daie nak bawa ramai-ramai orang masuk syurga selamanya..walau jadi doktor kita risau nak hidupkan Islam..
Yang lelaki ni nak jadi apa..katanya hari tu belum pandai baca. Sekarang dah pandai baca. Mengaji tak pandai sangat lagi ayah camne. Tengah belajar lagi..
Solat Tu Paling Penting!
Takper anak. Ayah dulu belajar dah lewat. Tapi yang utama kita kenal Allah. Sahabat rhum dulu mereka belajar iman kemudian belajar Al-Quran..solat boleh belajar. Al-Quran boleh belajar. Semua boleh belajar. Tapi paling utama kenal Allah..niat kita berusaha dekat pada Allah. Jaga solat. Rajin baca dan fahamkan Al-Quran..dakwah orang lain kepada Allah. Bawa akhlak yang mulia..
Masa Ta’lim baca kisah Aisyah ra beri sedekah 100 ribu dirham. Letak dalam cupak. Sebelum Maghrib habis sedekah..
Ayah,nanti nak ikut ayah bagi makan pada orang miskin dan anak yatim malam-malam yer..boleh anakku..itulah sunnah Nabi saw. Nabi saw tolong Bilal ra 3 malam. Abu bakr ra. Saidina Umar ra selalu berjalan malam. Cari orang miskin orang susah. Orang sesat. Itulah Islam. Akhlak..
Kita kena ada fikir agama. Sayang agama. Berjuang untuk agama..
Pesan Pada Anak…
Ayah, qadeejah sayang ayah..ayah, rayyan sayang ayah….ayah,safiyyah sayang ayah..seorang demi seorang peluk saya. Cium saya. Sebak mereka kata rindu sangat kat ayah..saya sebak menangis. Sebab saya lagi rindu mereka..Saya dukung keempat empat sekali. Bidadari saya jeling jer..tunggu kena dukung..hehe..sekejap yer sayang bidadariku..itu yang paling rindu..
Tadah tangan dan doa. Ya Allah betapa diriku sayang anugerahmu ini. Sayangilah bidadari dan 4 anakku ini. Berilah hati mereka cinta dan rindu untuk bertemuMu ya Allah. Dan biarlah seluruh hidup mereka untuk itu. Dan mati untuk itu. Kecintaan dalam hati untukMu. Janganlah jadikan mereka hamba duit, hamba kuasa,hamba gila dunia. Tapi jadikan mereka hambaMu..
Anak yang kecil 2 tahun sibuk main melompat sana sini. Tapi biasalah anak-anak. Saya bahagia tengok anak bermain, menjerit, melompat dan berlari. Kerana saya berdoa mereka bakal daie masa besar nanti insyaAllah.
Pesan pada anak kita. Ayah mungkin mati malam ini. Tapi bahagia dalam hati ayah bila anak ayah jadi daie. Sibuk buat dakwah. Tak terkenal masuk tv takper. Tapi jadi daie yang sentiasa mencari manusia yang jauh bawa dekat pada Allah. Bergerak dari kampung ke kampung. Masuk ke pedalaman,cari orang miskin anak yatim..sehingga tiba hari itu. Kita menemui Rabb…Ya Allah hidupkanlah Talim dalam setiap rumah di Malaysia dan seluruh dunia.
Kami ingin bertanya kepada anda, adakah anda mempunyai perancangan atau impian untuk membentuk pasukan bola sepak daripada anak-anak anda sahaja? Berapakah jumlah ‘pemain’ yang ingin anda hasilkan? Perancangan memiliki ramai anak sememangnya kelihatan mudah, tetapi anda belum tentu bersedia dengan sebarang kemungkinan sehinggalah anda memiliki anak yang kedua dalam keluaraga. Apakah cabaran yang sering dialami oleh ibu bapa apabila anak kedua telah dilahirkan?
Reaksi anak pertama anda
Anak pertama anda mungkin akan menunjukkan beberapa perubahan kelakuan disebabkan oleh kelahiran adiknya yang baharu. Sebagai ibu bapa, anda tidak perlu memberikan terlalu banyak perhatian terhadap kelakuannya, tetapi ambil sedikit masa untuk bercakap dengannya. Anak pertama anda mungkin akan memberikan reaksi dengan cara memicit-micit lengan anak kedua atau mungkin juga mencucuk matanya. Katakan kepada anak pertama anda secara lembut bahawa perbuatan tersebut tidak boleh dilakukan. Galakkan anak pertama anda berinteraksi dengan anak kedua dengan cara yang lebih baik yang ditunjukkan oleh anda.
Masa bersama dengan anak
Jika dahulu, anda hanya menghabiskan masa melayan kehendak anak pertama anda, tetapi kini tidak lagi. Anda mempunyai tanggungjawab untuk membahagikan masa dengan baik untuk kedua-dua anak anda. Ketika mana anda sedang menyuapkan makanan kepada anak pertama anda, anak kedua anda pula merengek meminta untuk disusukan. Anda perlu bijak untuk menangani situasi yang berlaku. Mungkin anda boleh meminta saudara terekat untuk menjaga anak pertama anda sementara anda menyusukan anak kedua.
Waktu napping
Kedua-dua anak anda pasti akan mempunyai waktu nap mereka pada waktu tengah hari. Pada ketika ini, anda boleh menenangkan diri anda sebentar ketika mereka sedang tidur. Walau bagaimanapun, waktu nap juga mempunyai cabarannya yang tersendiri. Anda akan mempunyai kesukaran untuk merancang sebarang aktiviti dan keluar dari rumah.
Begitu juga sekiranya salah seorang daripada mereka terjaga daripada tidur dan merengek. Rengekan yang kuat pasti akan mengejutkan anak anda yang lain daripada tidurnya.
Keluar dari rumah
Sekiranya anda rasa bahawa keluar dengan seorang bayi sudah cukup sukar, anda belum tentu dapat membayangkan bagaimana untuk keluar dari rumah bersama dua orang anak. Anda memerlukan lebih banyak masa untuk bersiap dan mempersiapkan kedua-dua anak anda. Selain itu, trip yang jauh amatlah tidak sesuai sekiranya kedua-dua anak anda masih kecil. Apatah lagi sekiranya anda perlu bersedia untuk menukar lampin dan memberi makan keduanya semasa anda dalam perjalanan.
Waktu tidur anda
Anda menidurkan kedua-dua anak anda pada waktu malam, tetapi belum pasti anda akan turut tidur dengan nyenyak pada malam tersebut. Bayi kedua anda mungkin akan mudah terjaga pada waktu tengah malam disebabkan oleh kelaparan atau ketidakselesaan yang berpunca daripada lampin. Anda tidak mempunyai sebarang pilihan selain daripada bangun tidur dan menyusukan bayi anda.
Jangan pernah menganggap setiap kelahiran baharu itu sebagai beban kepada anda. Sekiranya tidak diuji dengan kelahiran baharu, bagaimana anda boleh mengetahui tahap kemahiran anda dalam pengurusan anak dan rumah tangga? Oleh itu, anggaplah kelahiran baharu ini sebagai satu landasan untuk anda mengasah kemahiran anda untuk menjadi lebih cekap, fokus dan efektif dalam melakukan sesuatu perkara.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah tak terfikir, kenapa doktor jarang ambil MC walaupun dah nampak jelas tak sihat? Kalau orang biasa, demam sikit terus pergi klinik, dapat ubat,...