Hati seorang isteri ini ibarat ais. Cepat cair dan beku. Bukan apa, ada waktunya emosi isteri turun naik. Mungkin kepenatan dan tak cukup rehat. Sebab tu, suami kena bijak main peranan.
Lagi satu isteri pun kena juga faham suami. Rumah tangga bahagia tidak hanya satu pihak saja. Mesti ada tolak ansur dan suburkanlah nilai kasih sayang itu dengan sama-sama perbaiki diri.
Seperti yang dikongsikan oleh Puan Intan Dzulkefli, setenang mana seorang manusia, mesti akan ada hari extra letih, extra tekanan, extra beban dan segala macam ujian. Begitu jugalah dengan pasangan kita. Betul dua-dua sama penat tapi alangkah baiknya pasangan lebih memahami.
Oleh itu, ayat sesederhana ‘Awak okay ke?’ pun sudah cukup menenangkan hati sebenarnya.
Ada orang, dia keluar mencari nafkah waktu pagi, pulangnya pula apabila sudah tengah malam. Masuk rumah, disambut dengan wajah isteri yang juga keletihan.
Ya, kita penat. Jangan lupa isteri pun penat. Begitu juga dengan isteri, jangan sewenangnya meremehkan pengorbanan dan kepayahan yang suami hadapi.
Percayalah, kita masing-masing ada struggle dan battle kita setiap hari – baik sebagai suami dan bapa juga sebagai isteri dan ibu. Jadi, jangan lupa berlapang dada dan bersifat ehsan terhadap pasangan kita.
Bila lihat pasangan, sentiasa fikir, banyaknyalah hak-hak mereka yang masih belum kita tunaikan. Barulah dapat timbul rasa keinsafan, rahmah dan belas kasihan.
Lihat isteri nampak lain macam, jangan lupa tanya dia, ‘ayang okay ke?’ ‘ayang dah makan?’ ‘ayang dah solat?’
Begitu jugalah sebaliknya.
Ya, memang kita lihat pasangan sebagai multi-tasking, orang yang kuat tak mudah merungut. Tetapi lihatlah siapa kita di sisinya dan mainkanlah peranan kita.
Ada mulut, bertanyalah. Pujilah.
Ada mata, lihatlah kepayahan dan pengorbanan pasangan.
Ada hati, jangan lupa bersyukur dengan nikmat pasangan dan anak-anak.
Ada tangan, jangan lupa peluk dan belai pasangan.
Ada masanya mereka sangat memerlukan sentuhan dan keperihatinan kita.
Benda-benda basic yang kadang selalu sangat dilupakan.
Ya, memang kadang kita seharian sangatlah sibuk dengan tugasan masing-masing. Namun, ambillah 1 saat untuk tatap wajah pasangan dan tanya dia, ‘awak okay tak?’
Pertanyaan simple ini mungkin bakal menyelamatkan nyawa seseorang yang telah ‘lost’ jauh dalam depresi.
Ambil berat kepada pasangan kita. Please.
Sumber: Intan Dzulkefli