Plasenta atau uri merupakan unit penting yang menghubungkan sistem ibu dengan bayi di dalam kandungan. Dalam perubatan pula ia lebih dikenali sebagai Feto Placenta Unit.
Plasenta terbentuk daripada proses persenyawaan yang berlaku pada telur dan sperma. Sebahagiannya membentuk janin dan sebahagian lagi membentuk unit plasenta.
Ia bertanggungjawab membekalkan nutrien penting bagi bayi, tempat berlakunya pertukaran gas oksigen – karbon dioksida, vitamin, glukosa dalam darah dan hormon-hormon yang diperlukan oleh bayi semasa dalam kandungan.
Plasenta boleh menyalurkan penyakit-penyakit yang dihidapi oleh ibu seperti HIV, siflis, hepatitis dan jangkitan kuman semasa pemindahan kepada bayi. Dengan kata lain, peranan plasenta ialah mengambil alih fungsi sistem organ bayi sebelum ia mencapai kematangan.
Ads
Bagaimanapun selepas bayi matang (37 minggu), plasenta sudah tidak diperlukan lagi kerana sistem badan bayi sudah boleh berfungsi sendiri tetapi jika melebihi tarikh bersalin (10 hari), uri masih boleh berfungsi untuk bayi.
Posisi Plasenta
Pada peringkat awal kehamilan, 90 peratus plasenta berada di segmen bawah rahim dan selepas tujuh bulan, 90 peratus plasenta akan berpindah ke segmen atas rahim. Dianggarkan beratnya adalah 1/6 daripada berat bayi semasa dilahirkan atau lebih kurang 500 gram.
Bagaimana Plasenta Dikeluarkan?
Plasenta akan dikeluarkan selepas bayi selamat dilahirkan. Biasanya dalam masa jam selepas kelahiran bayi, plasenta dapat dikeluarkan, bermakna plasenta mengalami masalah.
Ads
Terdapat dua cara plasenta dikeluarkan apabila bersalin normal:
1. Kaedah pasif
Plasenta dibiarkan lekang secara semula jadi dan keluar sendiri tetapi pakar perubatan jarang menggunakan cara ini kerana ia lambat, senang melekat, boleh menyebabkan pendarahan dan rahim lambat mengecut.
2. Kaedah aktif
Doktor akan menarik tali pusat dan menolak rahim daripada atas perut seta menarik keluar plasenta secara terkawal, CCT (Control Cord Transaction).
Ramai ibu menyusu berkongsi petua milk booster banyakkan susu ibu. Ada macam-macam petua makanan yang boleh banyakkan susu ibu. Antara yang popular adalah air barli, air longan, susu oat campur kurma dan macam-macam minuman lagi.
Tapi mungkin kita terlepas pandang atau ada yang tak tahu rupa-rupanya buah-buahan yang kaya dengan vitamin C boleh membantu ibu menyusu membanyakkan susu ibu. Ia dikongsi oleh Cik Ara Syikin Susuibupro di Youtube.
Dengan kata lain ia sangat mudah dan tak memerlukan anda untuk memasak atau melalui proses penyediaan membuat milk booster yang kadang kala mengambil masa lama.
Ibu boleh terus makan buah-buahan tersebut atau kalau rajin boleh dibuat jus sama ada hendak digabungkan dengan pelbagai jenis buah atau dicampur dengan susu segar dan coklat.
Kalau rasa malas nak buat sendiri, pergi sahaja ke kedai makan dan order jus buah tersebut. Yang penting ia mesti dijadikan amalan dan rutin supaya penghasilan susu ibu terus terangsang. Namun elakkan penggunaan susu pekat atau gula semasa membuat jus.
Ini antara jus buah yang boleh banyakkan air susu ibu.
Jus avocado
Jus betik
Jus oren
Jus lobak merah + susu segar
Jus lemon/limau
Jus nenas
Jus mangga
Jus jagung
Jus tembikai
Jus tembikai susu
Jus epal
Jus tomato
Cara membuat jus avocado
Bahan-bahan
1 biji buah avocado yang ranum
1 cawan susu segar
Sedikit sirap coklat cair
Beberapa ketul kiub ais
Cara-caranya
Potong buah avocado 2 bahagian, buang bijinya. Korek isi avocado dengan sudu dan masukkan dalam blender.
Masukkan susu, ais kiub dan sedikit air masak.
Kisar sehingga halus. Ia akan semakin memekat. Tambah air kalau suka cair sedikit.
Tuang ke dalam gelas dan masukkan coklat cair mengikut citarasa anda.
Cara buat jus tomato
Selain boleh membantu menambahkan susu ibu, tomato juga terkenal bagus untuk penjagaan kulit muka selembut kulit bayi kalau diamalkan selalu.
Bahan-bahan
1 biji buah tomato
1 biji buah epal merah
1/2 batang lobak merah
1 cawan susu segar
Cara-caranya
Potong kecil tomato, epal dan lobak merah dan masukkan dalam blender.
Masukkan susu segar dan kisar sehingga halus.
Tuang ke dalam geas dan boleh tambah sedikit madu jika tak suka rasa terlalu masam.
Semoga dengan mengamalkan pemakanan sihat dan rajin makan buah-buahan secara mentah atau dibuat jus, makin bertambah banyaklah penghasilan susu ibu anda semua.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pada 22 Jun lalu Dr Say ada berkongsi berita gembira dengan semua peminat bahawa isterinya, Dr Azura hamil anak kedua. Rezeki anak kedua ini cukup bermakna buat mereka kerana memang Dr Say dan isteri sudah bersedia untuk memberikan anak sulungnya, Ace seorang adik.
Namun perancangan Allah, pada hari ini (24 Ogos) Dr Say berkongsi berita sedih dengan memuat naik status yang agak panjang di instagramnya bahawa kandungan isterinya keguguran selepas jantung bayi tidak kelihatan ketika membuat ujian imbasan.
Rabu minggu lepas bini sy merasakan sesuatu tak kena maka dia scan dirinya sendiri. Jantung baby tak kelihatan, baby tak bergerak. Dia call sy menangis saying dia tak nampak denyutan jantung bayi.
Usia kandungan 12 minggu
Sepatutnya temu janji bersama pakar sakit puan kami hari ni tapi akibat risau kami cepatkan kepada Jumaat minggu lepas. Mase sedang discan pakar bertanya “ade pendarahan atau sakit perut tak?”, bini reply “tiada, rasa biase je”, pakar sambung “jantung baby tak kelihatan ni”. Bini akur, mother instinct & scannya sebelum ni terbukti tepat.
Begitulah kisah kehilangan anak dalam kandungan kami. Kalau ikutkan masuk 12 minggu dah anak kami. Sedih? Semestinya. Parents mane tak sedih kehilangan anak walaupun anak tu hanya dalam kandungan. But it was a wonderful 12 weeks having u.
Reda takdir Allah, percaya ada rezeki lebih baik
Tiada alahan, tiada kesusahan. Akan tetapi kami redha. Pasti ada hikmah dengan kejadian ini. Walaupun kami tak tahu apa hikmahnya tapi kami pasti banyak perubahan hidup yg ingin kami lakukan. Mungkin kisah kami boleh dijadikan iktibar yg Anything Is Possible In This Life & It Could Happen To Anyone.
Tak pernah langsung kami menjangkakan kami akan melalui kesedihan sebegini but maybe this is for the best. Mungkin ini petanda yg kami harus tumpukan perhatian kepada Ace dahulu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Dalam kesempatan ni sy ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi atas doa anda semua masa awal2 sy buat post wife sy mengandung dulu.
Mungkin kali ni bukan rezeki kami, InsyaAllah satu hari nanti maybe. Allah Is The Best Planner, walaupun mommy & daddy tak kenal raut wajahmu, tunggu mommy & daddy di akhirat kelak wahai anak syurgaku.
**Saksikan Pa&Ma Journey Bersama Jovianina bermula 26 Ogos (Rabu), jam 9 malam di saluran Astro 104/124.
Sumber: Ig Dr Say Shazril
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai wanita nak tahu cara atasi masalah rambut gugur selepas bersalin. Rambut sememangnya mahkota wanita jadi bila berlaku keguguran rambut yang teruk, ramai wanita berasa stres.
Rambut Mama Gugur Selepas Bersalin
Adakah masalah rambut gugur itu normal? Masalah keguguran rambut menjadi lebih teruk selepas beberapa bulan melahirkan anak. Persoalan tersebut sering menghantui ramai wanita yang mempunyai masalah ini.
Menurut Dr Deena Khairiah dari Dr Shah Hair Clinic, masalah keguguran rambut dipanggil fenomena acute telogen effluvium – kedaaan di mana rambut gugur lebih daripada normal iaitu lebih 150 helai sehari.
Antara faktor Acute Telogen Effluvium adalah seperti berikut:
Selepas bersalin
Demam panas
Pembedahan
Stress melampau
Diet yang ekstrem
Post partum hair loss
Masalah post partum hair loss adalah keadaan di mana rambut gugur banyak daripada normal. Ia berlaku dalam tempoh 3 hingga 6 bulan lepas bersalin. Ada yang berpanjangan ke sembilan bulan hingga setahun lepas bersalin.
Menurut Dr Deena, rambut manusia seperti daun kerana ada kitarannya. Rambut manusia dianggarkan lebih kurang 100,000 helai. Kulit kepala manusia ada 3 jenis rambut iaitu:
Anagen – rambut tebal, kasar, tidak gugur dan akan memanjang. Kalau cabut akan rasa sakit. Ia akan memanjang antara 2 hingga 6 tahun dan selepas itu akan gugur. Tapi ia akan masuk fasa seterusnya.
Catagen – bila bersedia untuk gugur, ia akan jadi lagi halus dan masuk ke fasa seterusnya iaitu telogen.
Telogen – halus dan kerap gugur. Secara normal akan gugur sebanyak 50 hingga 150 helai setiap hari pada setiap manusia. Tiada manusia yang tidak mengalami keguguran rambut.
Bila rambut sudah gugur ia akan digantikan dengan rambut baru dan jadi tebal semula.
Rambut Semasa Mengandung VS Rambut Selepas Bersalin
Ramai ibu selepas bersalin mengadu keadaan rambut mereka semasa mengandung sangat berkilau, bersinar dan lebat tetapi selepas bersalin, lama-kelamaan rambut berguguran dan semakin menipis.
Menurut Dr Deena, semasa mengandung ada peningkatan hormon estrogen, progesterone, HSG & prolaktin dalam badan ibu.
Ia meningkat seiring untuk keperluan bayi yang membesar dalam rahim ibu tetapi ia juga bertindak seperti baja kepada rambut – memanjangkan fasa anagen iaitu rambut tebal, panjang dan tidak gugur.
“Tetapi selepas bersalin hormon tersebut kembali rendah dan turun balik ke para normal jadi rambut pun gugur lebih banyak.
Masalah ini sementara, cuma sekitar 3 hingga 6 bulan sahaja. Nanti ia akan diganti dengan rambut baru yang tak akan gugur.
Lepas bersalin kebanyakan ibu mudah stress melihat fizikal berubah, letih jaga anak, jadi jangan risau sangat sebab ia sementara sahaja,” ujar beliau lagi.
Apakah punca utama masalah keguguran rambut
Antara punca utama masalah keguguran rambut atau penipisan rambut kerana female pattern hair loss yang disebabkan oleh faktor genetik.
Ia mengganggu hampir 40% wanita daripada populasi wanita di seluruh dunia. Ia dikatakan berkait rapat dengan faktor genetik.
Mereka yang lahir dengan keturunan female pattern hair loss atau nama saintifiknya Androgenetic alopecia. Mereka ini lahir dengan rambut depan dan tengah itu sensitif kepada sejenis hormon iaitu hormone DHT atau Dihydrotestosterone.
Hormon DHT itu yang akan menyebabkan masalah kepada folikel rambut dan jadi mengecut. Rambut daripada tebal semakin menipis terutamanya di bahagian rambut depan dan tengah sahaja.
Masalah ini akan progresif atau berterusan sehinggalah rambut wanita tersebut menjadi sangat-sangat jarang. Kalau perasan, rambut makin nipis, jarang, botak ia disebabkan oleh female pattern hair loss.
Ini Tip Cara Nak Atasi
Tip penjagaan rambut
Dr Deena yang berpengalaman merawat masalah rambut berkongsi tip penjagaan rambut yang boleh diamalkan oleh semua wanita.
Masa pakai tudung elak ikat rambut ketat-ketat kerana ia boleh menyebabkan rambut yang tertarik akan menjadi nipis dan jarang.
Jika pilih syampu, tengok apa bahan-bahan yang digunakan sekiranya syampu itu berkesan pada rambut anda. Bahan-bahan yang boleh mengurangkan keguguran rambut seperti peptide. Terbukti berkesan secara klinikal dan akan panjangkan kitaran akar anagen rambut, jadi ia mengurangkan keguguran rambut.
Kekerapan syampu rambut bergantung kepada jenis kulit rambut seseorang.Kalau kulit kepala berminyak memang kena syampu selalu. Kalau tak syampu akan gatal, berkelemumur dan rambut menjadi rata. Orang kulit kepala kering boleh syampu rambut dalam masa 2 hingga 3 hari sekali.
Rawatan di Doctor Shah Hair Clinic
Bila ada masalah, doktor kena kenal pasti apa puncanya sebelum memulakan rawatan.
Begitulah yang akan dilakukan oleh para doktor di Doctor Shah Hair Clinic apabila ibu lepas bersalin yang mengalami masalah keguguran rambut yang teruk ingin membuat rawatan.
Doktor akan kenal pasti apa punca rambut rosak dan memeriksa kulit kepala pesakit menggunakan satu alat.
Alat tersebut digunakan untuk memeriksa kulit kepala bagi melihat keadaan folikel normal atau tidak dan tengok ratio rambut.
Rawatan ikut jenis masalah yang dihadapi rambut. Ada rawatan rambut merangkumi ubat-ubatan dan rawatan.
Syampu, serum, conditioner khas untuk orang yang ada masalah rambut nipis, gugur dan jarang.
Wanita terutamanya bertudung tidak perlu risau untuk merujuk masalah rambut mereka di klinik ini kerana ada ruang privasi untuk wanita terutama yang bertudung yang akan diperiksa oleh doktor wanita.
Jadi, ibu lepas bersalin yang mengalami masalah keguguran rambut melebihi tempoh 6 hingga setahun lepas melahirkan anak jangan susah hati kerana ada cara penyelesaian membantu anda.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.