Kebanyakkan pil dilarang diambil ketika wanita sedang dalam haid. Keraguan inilah yang sering menghantui wanita, lebih-lebih lagi pengambilan pil asid folik yang membantu wanita untuk hamil. Namun selamatkah pil yang satu ini diambil ketika wanita dalam haid?
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, pengambilan asid folik tidak mengganggu haid wanita yang berkahwin. Malah ia membantu menghasilkan dan menggantikan sel darah merah yang keluar dengan banyak ketika haid. Jadi ia selamat di makan tanpa keraguan.
BOLEHKAH MAKAN FOLIC ACID KETIKA HAID?
“Doktor, adakah folic acid boleh diambil ketika haid?
Pil folic acid sudah menjadi sebagai suatu suplemen yang dekat dengan wanita. Bukan saja setakat ketika hamil wanita disaran mengambilnya, tetapi folic acid juga disarankan kepada wanita yang sedang berusaha untuk hamil.
Ads
Folic acid adalah sejenis vitamin kompleks iaitu B6 yang dapat digunakan sebagai vitamin kesuburan yang untuk membantu wanita yang sedang hamil untuk meningkatkan sel darah merah jika diambil Bersama dengan pil zat besi. Ia juga bagus untuk perkembangan bayi di dalam rahim. Ia juga meningkatkan kesuburan bagi wanita yang ingin mempunyai zuriat.
Folic acid boleh didapati dari pelbagai sumber makanan seperti kekacang kering, brokoli, bayam dan asparagus.
Ads
“Doktor betul ke folic acid ini diambil oleh wanita ketika haid? Bukankah ia akan meningkatkan kesuburan? Saya sedang merancang keluarga dan anak masih kecil. Takut saya hamil pula”
Wanita yang mengambil folic acid sememangnya akan meningkatkan kesuburan mereka tetapi ia bukanlah suatu jaminan di mana wanita yang mengambil folic acid akan lebih mudah hamil dari wanita yang lain.
Ads
Ini bermakna jika seorang wanita mengalami masalah kesuburan, pengambilan folic acid bukanlah jalan pendek bagi mengatasi masalah ini. Buat pemeriksaan doctor bagi menentukan masalah yang sebenarnya.
Bagi wanita yang sedang haid, pengambilan beberapa nutrient seperti kalsium, magnesium, zat besi, vitamin k, vitamin B 12, dan folic acid akan membantu penghasilan sel darah merah dan menggantikan darah yang keluar sebagai darah haid.
Dos yang disarankan bagi wanita dewasa adalah 400-600 micrograms, bergantung kepada keperluan dan bentuk tubuh.
Jadi kesimpulannya, tidak ada halangan penggunaan folic acid pada masa haid. Ia membantu menghasilkan sel-sel darah merah yang hilang ketika haid. Dos yang biasa digunakan antara 400-600 microgram untuk sehari.
Semoga bermanfaat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hos & pengacara Nabil Ahmad selamat menyambut cahaya mata ketiga. Kini dirinya dikelilingi 3 anak dara!
Sekian lama menunggu kehadiran anak ketiga, akhirnya impian Nabil terlaksana apabila isterinya, Zira Ayub telah pun selamat bersalin 1 tengah hari, 24 April 2019.
Nabil yang sudah mempunyai dua cahaya mata perempuan iaitu Naira Mikayla, 7 tahun dan Leyla Medyna, 4 tahun bagaimana pun belum mengumumkan nama bayinya dan ia akan diumumkan minggu depan dalam rancangan TV yang dihoskan beliau, Meletop.
meletop Tahniah Bambil @nabilzira & @zira.ayub selamat melahirkan baby girl jam 1.00 tengahari tadi ?? 3 anak dara dah hehehehe. Selamat berpantang ya ☺️
Oh! Nanti Nabil akan umumkan & share nama baby girl comel lotey ni secara Eksklusif dekat MeleTOP next week tau! Korang jangan lupa tengok ok!
Bila ada bayi, antara masalah yang anda perlu pantau dengan teliti adalah ruam lampin. Ramai bayi akan mengalami sekurang-kurangnya sekali masalah ruam lampin. Ada bayi mengalami ruam lampin yang tidak teruk dan sekejap sahaja sudah sembuh tetapi ada juga yang melalui fasa kesakitan yang memerlukan rawatan lanjut akibat jangkitan bakteria telah berlaku.
Apa pun seeloknya kita elakkan dan cegah bayi daripada kena ruam bayi yang akan membuatkan si kecil tidak selesa dan meragam sepanjang masa. Semoga perkongsian Ahli Farmasi seperti dikongsi dalam laman facebook Kementerian Kesihatan Malaysia ini dapat dimanfaatkan oleh ibu bapa.
RUAM LAMPIN – APA PERLU DILAKUKAN?
Ruam lampin merupakan keadaan yang kerap berlaku dalam kalangan bayi atau anak kecil. Kulit bayi adalah agak sensitif. Ruam lampin terjadi apabila kulit bayi terdedah kepada air kencing atau najis dalam jangka masa yang panjang. Tambahan pula, geseran antara kulit dengan lampin yang dipakai boleh menyebabkan keadaan kulit menjadi panas dan merah.
Selain itu, ruam lampin juga boleh berlaku apabila bayi atau kanak-kanak mempunyai alahan kepada jenis lampin pakai buang yang digunakan atau alah kepada bahan pencuci atau sabun yang digunakan untuk membasuh lampin. Pada dasarnya, ruam lampin adalah masalah kulit yang ringan dan tidak serius, namun jika dibiarkan berlanjutan akan menyebabkan lepuh pada kulit dan boleh menyebabkan jangkitan bakteria atau kulat berlaku.
Ciri-ciri ruam lampin adalah keadaan kulit bayi atau anak kecil yang mempunyai ruam merah di kawasan punggung, bahagian kemaluan atau kawasan yang ditutup dengan lampin. Ruam lampin seperti ini biasanya adalah ringan dan para ibu bapa boleh merawatnya dengan mengamalkan enam langkah berikut.
1. Tukarkan lampin bayi dengan lebih kerap. Seboleh-bolehnya sebaik sahaja lampin basah. Hal ini disebabkan air kencing atau najis yang dibiarkan lama tanpa pembersihan merupakan penyebab utama ruam lampin berlaku. Oleh itu, ibu bapa hendaklah memeriksa lampin setiap 2 – 3 jam untuk pertukaran lampin. Bayi yang berumur kurang daripada setahun memerlukan pertukaran lampin yang lebih kerap berbanding dengan kanak-kanak berumur 1- 2 tahun.
2. Bersihkan kawasan punggung dengan air suam sahaja dan lap kering dengan tuala bersih yang lembut. Elakkan menggunakan sabun kerana bahan kimia pada sabun boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan menerukkan lagi keadaan. Tisu basah pakai buang (baby wipes) boleh digunakan tetapi perlu pilih jenis tisu basah yang bebas bahan pewangi dan alkohol.
3. Pastikan kawasan punggung adalah kering sebelum memakai lampin yang baru. Gunakan tuala jenis yang lembut dan lap dengan perlahan-lahan.
4. Sapu krim atau salap jenis pelindungan (barrier cream or ointment) setiap kali menukar lampin bagi membentuk lindungan antara kulit dengan air kencing dan najis. Sapuan yang nipis sudah mencukupi. Antara jenis krim atau salap pelindung yang boleh digunakan adalah zink oksida (zinc oxide), jeli petroleum/ parafin (petroleum jelly/ white soft paraffin). Dapatkan nasihat daripada ahli farmasi komuniti semasa membuat pilihan krim pelindung yang sesuai untuk bayi.
5. Elakkan menggunakan bedak talkum kerana bedak tersebut berkemungkinan mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan masalah ruam berlaku.
6. Tukarkan jenama lampin pakai buang yang digunakan sekiranya 5 langkah di atas tidak berkesan. Pilih jenis lampin yang sesuai kepada bayi dan mempunyai kadar serapan air kencing yang lebih tinggi.
Pada kebiasaannya, ruam lampin akan sembuh dalam tempoh masa 1 minggu selepas mengambil langkah-langkah seperti di atas. Sekiranya keadaan bayi masih berlarutan dengan terbentuknya lepuh kecil, kulit menjadi kering dan merekah serta pembengkakan berlaku, perlu rujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Doktor mungkin akan mensyorkan penggunaan ubat sapu jenis steroid seperti hydrocortisone.
Ubat sapu steroid dapat mengurangkan masalah keradangan. Ubat sapu steroid perlu digunakan secara nipis pada kawasan terlibat mengikut arahan daripada doktor. Penggunaan ubat sapu steroid hanya untuk jangka masa yang singkat sahaja. Jangan gunakan ubat tersebut berpanjangan tanpa merujuk kepada doktor atau ahli farmasi anda.
Dalam kes jangkitan kulat dan bakteria, ubat sapu antikulat dan antibiotik akan dipreskripsikan oleh doktor yang merawat. Ubat sapu antikulat perlu disapu secara berterusan sekurang-kurangnya 7 – 10 hari selepas ruam hilang. Ini adalah untuk memastikan pembasmian kulat yang berlaku sepenuhnya. Ubat sapu steroid, antikulat atau antibiotik perlu digunakan terlebih dahulu sebelum menggunakan krim atau salap pelindung.
Para ibu bapa adalah disyorkan untuk memastikan kawasan punggung bayi sentiasa kering dan bersih dengan mengamalkan amalan menukar lampin yang lebih kerap supaya ruam lampin tidak berlaku. Seperti kata pepatah, mencegah adalah lebih baik daripada merawat.
Para pengguna boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre, NPCC) di talian bebas tol 1800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat jam 8.00 pagi – 5.00 petang ) untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan ubat-ubatan.
Chan Chiew Ting
Pegawai Farmasi
Klinik Kesihatan W.P. Labuan
Sumber: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebut sahaja perkataan detok seakan sebati dengan orang dewasa. Namun kanak-kanak juga terdedah dengan masalah ini. Soalnya perlu kah anak-anak kita menyahkan bahan tidak sihat ini dari tubuh.
Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, anak juga turut terdedah dengan masalah ini malah perlukan detox cara sihat. Ini yang mak ayah perlu pantau pada anak.
Anak perlu detox ke? Zaman sekarang, sehari pun kita tak dapat lari dari persekitaran toksik kan.
Dari makanan tinggi proses yang tinggi pengawet dan aditif. Malah dari real food sekalipun seperti racun serangga, hormon tumbesaran dan antibiotik, racun peranum buah.
Belum masuk lagi produk mandian anak. Bau-bauan yang datang dari bahan pencuci rumah pun boleh jadi toksik. Asap kereta atau asap rokok juga antara sumber toksik.
Tapi tubuh badan kita ni hebat Allah cipta. Mampu untuk keluarkan toksin dengan sendirinya, mampu untuk simpan apa yang tubuh perlukan, dan tapis buang sisa yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Toksin dikeluarkan setiap hari dari tubuh anak kita melalui peluh, air kencing dan juga najis.
Yang kita perlu buat, adalah bantu tubuh anak untuk optimumkan fungsi pengeluaran toksin, supaya ia menjadi medium detox yang baik buat anak kita.
5 cara mudah dan murah untuk detox tubuh badan anak;
1. Minum air putih yang cukup.
2. Buang air besar sekali sehari.
3. Aktiviti bermain yang keluarkan peluh.
4. Ambil makanan kurang diproses, utamakan real food.
5. Berjemur bawah cahaya matahari.
Semua ni tak makan modal yang tinggi pun. Korang boleh nampak hasilnya seawal 1 bulan insyaAllah, kalau konsisten buat. Boleh cuba k.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
KPM perkenal penggunaan Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris (BI) 50:50 dalam kurikulum prasekolah 2026. Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan penggunaan 50 peratus bahasa Melayu (BM) dan 50 peratus bahasa Inggeris (BI) bagi peringkat prasekolah bagi kurikulum baharu pada 2026.