Ambil Berkat Nama Medina. Besarkan Kembar Tanpa Isteri, Bapa Ni Minta Support Bisnes Tudungnya

Share

Hampir 5 bulan pemergian isteri akibat komplikasi melahirkan bayi kembar,  nampaknya rezeki buat si ayah ini semakin dipermudahkan Allah. Walaupun membesar tanpa kasih sayang seorang ibu, namun bayi kembar perempuan ini bertuah kerana dikelilingi oleh ahli keluarga yang cukup menyayangi mereka sepenuh hati.

Perjalanan yang Allah aturkan cukup indah. Setiap apa yang berlaku dan sekalipun tak sempat menatap wajah ibu, merasai pelukan ibu dan susu ibu, semuanya ada hikmah.

Kisah bapa tunggal, Syazwan Najmi Zulkarni, 23, yang cekal membesarkan bayi kembar perempuannya menjadi inspirasi ramai walaupun masih muda dan tiada kepakaran menguruskan bayi.

ARTIKEL BERKAITAN [Arwah Baik Sangat, Setiap Hari Minta Maaf. Sampai Hari Ini Bila Teringat Mengalir Air Mata]

Gembira lihat kembar membesar 

Namun demi janjinya pada arwah isteri untuk menjaga sebaik mungkin anak kembarnya, dia terus bangkit.

Menerusi perkongsian di instagramnya, Syazwan nampaknya gembira menjalani kehidupan dengan anak kembarnya iaitu Medina Safiya dan Medina Sofiya.

Nampak kepuasan diwajahnya melihat anak kembarnya membesar dengan sihat dan sentiasa dikelilingi ahli keluarga yang tak putus memberi sokongan padanya.

Yang paling buatkan ramai sebak, semakin besar, raut wajah Safiya dan Sofiya semakin iras dengan wajah arwah ibunya.

Terkini, Syazwan yang menetap di Tumpat, Kelantan itu memohon orang ramai memberi sokongan terhadap perniagaan tudung yang bakal dilancarkan tidak lama lagi melalui jenama Medina Scarff.

Harap terus dapat sokongan 

Setakat ini, akaun Instagram jenama Medina Scarf itu telah memiliki hampir 5,000 pengikut walaupun produknya belum dilancarkan secara rasmi lagi.

Jenama tudung ini diambil sempena nama kedua-dua kembarnya dan Syazwan mengharapkan rezeki ini tak putus untuk dia dan anaknya. Moga ada keberkatan dan terus dipermudahkan.

Sebagai seorang bapa, harapannya adalah satu, jika perniagaan ini berjaya semestinya dia rasa bersyukur kerana walaupun kehilangan isteri dia masih mampu menumpang rezeki anak-anak.

 

ARTIKEL BERKENAAN [Safiya & Sofiya Pengubat Rindu Ayah Pada Ibu. Inilah Harta Berharga Arwah Tinggalkan]

Sebelum ini kisah pasangan suami isteri ini mendapat perhatian ramai apabila Syazwan memohon orang ramai mendoakan arwah Siti Nur Nasuha kerana bertarung nyawa akibat komplikasi selepas melahirkan bayi kembar mereka sebelum meninggal dunia pada 14 April lalu.

Arwah yang melahirkan bayi kembar perempuan pada 31 Mac tidak sempat menatap kedua cahaya mata sulung kerana berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Sumber: Syazwan Najmi

**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.

 

 

 

 

 

 

Published by
Wan Amy