Ambil Booster Ketika Mengandung. Perlu Atau Tidak?
Februari 10, 2022
Share
Ambil booster ketika mengandung. Perlu ambil atau tidak? Ramai ibu hamil dalam dilema sama ada nak ambil atau tidak dos penggalak vaksin covid.
Bila dengar macam-macam kesan sampingan yang dialami oleh mereka yang sudah mengambil booster, timbul rasa takut dan bimbang. Apatah lagi dalam keadaan berbadan dua. Kebimbangan bukan sahaja kesan pada diri sendiri bahkan lebih kepada bayi dalam kandungan.
Wajarlah perasaan bimbang tu ada dalam diri ibu hamil tetapi sebaiknya ibu kena rujuk dan dapatkan nasihat daripada doktor O&G yang merawat anda. Jangan sekadar mendapat rujukan daripada sumber-sumber yang kurang tepat.
Ambil booster ketika mengandung selamat!
Dengan jumlah peningkatan kes covid-19 akibat penularan varian Omicron yang sangat pantas merebak, maka ambil booster ketika mengandung sangat-sangat digalakkan apatah lagi ibu hamil merupakan golongan berisiko tinggi.
Dr Muhammad Izzat, Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi turut berkongsi nasihat berdasarkan kepakarannya sebagai doktor bidang kehamilan dan kelahiran berkenaan pengambilan booster di kalangan ibu hamil.
Ramai ibu mengandung bertanyakan keperluan untuk mengambil dos penggalak (booster) vaksin covid. Perlu atau tidak?
Dengan bertambahnya pelbagai varian baru Covid, YES, dengan mengambil dos booster, maka kita tingkatkan antibody yg sedia ada untuk mencegah jangkitan covid, dan jika terkena jangkitan covid, severity atau keterukkan jangkitan dapat dikurangkan.
Maka kalau ibu mengandung atau mereka yg sedang cuba untuk mengandung (TTC) saya galakkan semuanya untuk mendapatkan booster dose sejurus sahaja anda layak untuk dapatkannya – at least 3 months from your 2nd dose.
Vaksin covid mahupun booster SELAMAT diberikan at any point in pregnancy, pada SEMUA trimester kehamilan. Jangan berlengah jika ibu mengandung telah diberikan tarikh untuk mengambil vaksin/booster
Perlu ke tunggu bersalin dulu baru amek booster?
Bukan sahaja vaksin selamat in pregnancy, antibody yang dihasilkan bila si ibu dapatkan vaksin ketika mengandung akan diturunkan pada baby yang belum dilahirkan, so your baby had some amount of protection against covid bila dilahirkan.
Covid booster is VERY SAFE to be given at ALL POINT of pregnancy. Bukan sahaja protect mother, vaksin turut melindungi your baby.
Jangan tangguhkan dan tunggu selepas beranak. Get it as soon as you being offered yaa
Moga dimudahkan semua ibu !
WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Pastikan setiap ibu bapa join webinar ini kerana anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada speaker-speaker jemputan tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Webinar ini menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi. Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan perkembangan anak, menjadi ibu bapa hebat, tip mendidik anak dan bermacam lagi.