Mengambil kira pandangan dan rungutan ibu bapa akhirnya Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumkan pelaksanaan pemakaian kasut hitam bagi semua murid sekolah bermula tahun hadapan.

“Ramai ibu bapa mengadu dan meminta supaya anak-anak mereka tidak memakai kasut putih. Baiklah, mulai tahun depan, murid-murid akan memakai kasut hitam, bukan kasut putih lagi,” katanya dalam sesi Bicara Minda Sinar Harian.

Ambil Kira Pandangan Ibu Bapa, Dr Maszlee Tetapkan Tahun Depan Semua Murid Pakai Kasut Hitam

Pengumuman ini dilihat satu pembaharuan yang baru untuk sistem pendidikan negara dan juga mengambil kira pandangan ibu bapa sebelum ini.

Selain itu, Dr Maszlee berkata, kementeriannya komited untuk mengurangkan beban pelajar yang dilihat menggalas beg sekolah yang berat.

IKLAN

Ambil Kira Pandangan Ibu Bapa, Dr Maszlee Tetapkan Tahun Depan Semua Murid Pakai Kasut Hitam

Beliau juga berhasrat untuk menyaksikan pelajar sekolah menguasai lebih dua bahasa menerusi sistem pendidikan negara.

IKLAN

“Saya bertemu dengan Duta Finland baru-baru ini dan beliau berkongsi mengenai sistem pendidikan di sana. Katanya murid-murid di sana menguasai sekurang-kurangnya empat bahasa.

“Dengan itu, saya juga berhasrat dan komited untuk pelajar Malaysia menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa dalam masa lima tahun ini,” tambahnya

Dr Maszlee juga berkata beliau akan memastikan pelajar lepasan sekolah di Malaysia dilihat bertaraf antarabangsa.

IKLAN

Sumber: Astro Awani

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI