Isu memilih pengasuh atau taska anak bukanlah isu baru. Ia antara perkara yang paling diambil berat oleh setiap ibu terutamanya bagi yang lepas berpantang atau untuk anak-anak besar selepas bersekolah untuk dijadikan transit.

Dalam hal ini, mungkin ibu akan menjadi seorang yang cerewet. Bukan mudah untuk menyerahkan anak dan tinggal hampir satu hari di bawah jagaan orang.

Perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Puan Maryam Jamadi mungkin boleh dijadikan panduan bagaimana nak pilih pengasuh atau taska yang serasi dengan anak.

Ambil Kira Perkara Ni Dulu Nak Hantar Anak Ke Pengasuh/Taska. Biarlah Orang Kata Cerewet Pun!

KENAL ANAK 

Tak ada bayi yang sama kerana setiap keperluan sensori setiap bayi berbeza, sebab itu tak ada tips parenting yang berkesan kepada semua bayi. Jadi, nasihat saya gunakanlah waktu berpantang dengan baik untuk betul-betul “mengenali” anak. Sebenarnya dari bayi lagi kita boleh kenalpasti sama ada anak kita “high need” atau tidak.

Anak saya sangatlah “high need” semenjak bayi. Mungkin genetik juga memainkan peranan?

Bila saya tanya mak saya dulu-dulu karenah saya macam mana masa bayi, mak saya kata “Sama je dengan Eva (anak saya) tu” sebab sayalah anak yang paling mengada-ngada antara 6 orang adik beradik. Nak melekat 24 jam dengan mak, sampaikan mak saya nak pergi tandas pun tak boleh.

Untuk mak ayah yang ada anak “high need” juga disarankan cuba tanya mak ayah di kampung, kita sendiri dulu macam mana disamping boleh dapat sokongan moral dan tips-tips parenting dari mak ayah sendiri.

Kalau anak yang dah besar, bolehlah kita tanya mereka apa yang mereka suka dan tak suka. Tetapi bagi seorang bayi mereka tak dapat beritahu, cara mereka hanya menangis sahaja kalau ada benda yang tak kena. Maka, penting sangat untuk mak ayah guna naluri keibuan/kebapaan intuk mengenali anak. Fikir dalam-dalam:

IKLAN

Checklist Mengenali Karenah Anak

  1. Kalau tinggalkan anak dengan orang lain, anak ok tak?
    2. Berapa lama masa anak perlu ambil untuk sesuaikan diri dengan orang baru kenal?
    3. Apa perbuatan atau perkara yang boleh menenangkan anak jika menangis?
    4. Apa komponen sensori yang anak perlu lebih?
    5. Berapa lama anak akan menangis apabila keperluannya tidak tertunai?
    6. Berapa kuat suara anak menangis?

Jika mak ayah dah ada jawapan atas semua soalan diatas, barulah mak ayah merangka “strategi” untuk menghantar anak kepada pengasuh.

Salah satu “strategi” yang dimaksudkan termasuklah mak ayah beritahu pengasuh yang bakal menjaga anak ciri-ciri anak bagaimana, kerana kesabaran setiap orang berbeza. Ada orang yang boleh tahan mendengar bayi menangis tanpa sebab selama 3 jam, ada orang 5 minit pun dah bingit. Kalau ada video atau rekod anak menangis pun lagi bagus supaya bakal pengasuh boleh bersedia mental dan fizikal.

Ambil Kira Perkara Ni Dulu Nak Hantar Anak Ke Pengasuh/Taska. Biarlah Orang Kata Cerewet Pun!

Kalau agak-agak tengok muka bakal pengasuh pelik atau berkerut, mungkin mak ayah boleh fikirkan kembali untuk hantar anak padanya.

Kalau anak tak ok dengan orang lain walaupun dengan ayahnya sendiri, lagilah mak ayah perlu berhati-hati dan beritahu awal-awal pada pengasuh supaya pengasuh bersedia mungkin sebulan pertama anak perlu perhatian lebih dan akan kerap menangis.

IKLAN

Di pusat terapi saya, saya sangat kagum dengan ada sesetengah mak ayah yang siap-siap tulis nota penuh tentang ciri-ciri anak dan beri kepada guru. Tak kenal maka tak cinta, betul tak?

PEMILIHAN PENGASUH 

Pemilihan pengasuh anak ini umpama memilih ibu angkat untuk anak kita kerana 50% masa anak membesar adalah dengan pengasuh. Kerja pengasuh pula bukan hanya beri makan, mandikan dan tidurkan tetapi juga mendidik anak menjadi orang. Sehinggakan ada pengasuh yang anggap anak asuhan macam anak sendiri, anak pula panggil pengasuh dengan panggilan Ibu, Mama, Ummi dan sebagainya.

Selain daripada tugas hakiki mengasuh, kalau ada tambahan pengetahuan perkembangan anak lebih bagus. Saya kagum sangat ada pengasuh yang ambil inisiatif sendiri untuk pergi ke kelas-kelas tentang perkembangan anak untuk menambah ilmu. Tahniah!

Tetapi, ada juga pengasuh yang hanya mengasuh anak berdasarkan pengalaman sahaja. Pengalaman penting, tetapi ilmu yang sebenar juga penting sebab pengalaman ini kita bermain dengan “try and error”. Kerja mengasuh anak pula bukannya “try and error” sebab bekerja dengan nyawa orang.

Ini perkara yang perlu diambil kira untuk pemilihan ibu angkat (pengasuh) anak umur 0-12 bulan bagi saya:

IKLAN
  1. Kawasan perumahan.
    2. Personaliti pengasuh.
    3. Bilangan dan umur anak pengasuh.
    4. Bahasa yang digunakan.
    5. Bilangan anak dan umur jagaan pengasuh.
    6. Pengetahuan bantuan kecemasan.
    7. Adakah pengasuh ada lakukan kerja part time lain selain mengasuh anak.
    8. Adakah anak dapat bermain di rumah pengasuh.

Ambil Kira Perkara Ni Dulu Nak Hantar Anak Ke Pengasuh/Taska. Biarlah Orang Kata Cerewet Pun!

PEMILIHAN TASKA 

Kalau ditaska pula, perkara yang perlu diambil kira adalah:

  1. Faktor keselamatan (CCTV, pagar, kawasan tinggi, “baby hazard”, pemadam api)
    2. Ratio bayi-pengasuh.
    3. Pengudaraan
    4. Keluasan tempat (Ratio ruang:orang)
    5. Pengetahuan bantuan kecemasan.
    6. Jadual bayi.
    7. Aktiviti.
    8. Pekerja taska (Bahasa digunakan).
    9. Kebersihan.
    10. Imunisasi anak lain di taska.

Checklist ini juga antara perkara yang saya tekankan di BEYOND Home Therapy, pusat terapi untuk anak bekeperluan khas di Selayang. Sebagai pengasas pusat terapi anak bekeperluan khas, tak dinafikan banyak perkara yang perlu difikirkan demi memastikan anak-anak di tempat saya sentiasa dalam keadaan selamat. Saya mohon para pembaca untuk sama-sama doakan anak-anak istimewa saya ini sentiasa dilindungi Allah.

Tetapi, kita elakkanlah macam mana pun. Buatlah “background search” macam mana pun pada pengasuh atau taska anak kita.
Upahlah penyiasat untuk mengendap anak.
Mintalah gambar anak tiap jam pada pengasuh.
“Bacalah muka” pengasuh kita macam mana pun.
Atau ambil kira checklist diatas pun.
Kalau Allah kata jadi, jadilah.

Saya pasti tak mudah untuk mak ayah berikan amanah pada orang lain untuk jaga anak kita. Itulah benda yang paling susah bagi semua yang bergelar mak ayah tetapi tak semua pengasuh jahat, hukumlah perilaku pengasuh itu tetapi janganlah menghukum pekerjaannya.

Semoga anak-anak kita semua di bawah lindungan Allah. Diharapkan perkongsian ini membantu mak ayah yang memerlukannya.

Sumber: Maryam Jamadi

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI