Ibu masak apa pun anak-anak akan cakap sedap walaupun hanya telur goreng. Melalui masakan juga ibu boleh ambil peluang untuk mendoakan yang baik-baik untuk suami dan anak-anak.
Banyak doa-doa dan surah yang boleh diamalkan untuk kebaikan terutamanya dalam mendidik anak-anak. melalui doa dan surah yang diamalkan ibu boleh memohon kepada Tuhan segala apa yang dihajati melalui masakan kepada keluarga.
Ini 11 doa dan zikir yang boleh ibu amalkan ketika memasak, moga bermanfaat!
- Berwuduk dan solat sunat dua rakaat sebelum memulakan urusan memasak
- Doa masuk dapur iaitu surah Al-Kahfi, ayat 10 yang bermaksud “ Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”
- Doa simpan beras iaitu surah Ali Imran ayat 27 yang bermaksud “Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendakit, dengan tiada hitungan hisabnya.
- Doa mengambil beras iaitu surah An- Nahl ayat 96 yang bermaksud “Apa yang ada di sisi mu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.”
- Doa memotong sayur atau daging iaitu surah Al-Baqarah ayat 71 yang bermaksud, “Musa berkata: “Sesungguhnya Allah berfirma bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak cacat, tidak ada belangnya.” Mereka berkata: “Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina sebenarnya.” Kemudia mereka menyembelihnya dan hampir saja tidak melaksanakan perintah itu.”
- Doa memotong sayur ialah surat Al-Kautsar 1-3 yang bermaksud “Sesungguhnya kami telah memberikan kepada mu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.
- Doa meletak kuali atas dapur ialah surah Al-Baqarah 137 yang bermaksud “Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
- Mulakan dengan bacaan Basmalah. Dan setiap kali hendak masukkan bahan dalam periuk atau kuali, dahulukan dengan ucapan Basmalah untuk mendapatkan keberkatan.
- Waktu mengacau masakan, kacau ikut lawan arah jam. Maksudnya dari kanak ke kiri, itu sunnah Rasullullah SAW.
- Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.” Doa ini boleh melembutkan hati ahli keluarga.
- Zikir penyedap sajian yang dimasak ialah selawat dan istighfar sepanjang proses memasak.
Semoga hidangan makanan yang dimasak sentiasa diberkati Allah SWT disamping suami dan anak-anak yang makan juga mempunyai akhlak terpuji yang menyenangkan hati.
Sumber: rahsiarumahtangga.com
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di: https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/
Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI