Bius epidural adalah antara kaedah yang popular untuk melegakan kesakitan semasa bersalin. Statistik menunjukkan lebih daripada 50% wanita bersalin di hospital menggunakan bius epidural.
Memahami jenis epidural, bagaimana ia diberikan, manfaat dan risiko epidural akan membantu anda dalam membuat keputusan semasa bersalin, sama ada mahu atau tidak menggunakan epidural atau tidak.
Apakah bius epidural?
Bius epidural adalah bius yang menghalang kesakitan di bahagian tertentu badan. Epidurals menghalang isyarat sakit bahagian perut semasa bersalin dari sampai ke otak, dengan cara menghalang isyarat tersebut di tulang belakang.
Bagaimanakah epidural diberikan?
Epidural diberikan di bahagian belakang pinggang. Ia boleh diberikan dalam posisi duduk dan membongkok ke depan atau dalam posisi baring.
Kawasan belakang pinggang akan dibersihkan untuk mengelakkan jangkitan. Kemudian suntikan “local anesthesia” akan diberikan di tempat epidural akan dicucuk supaya tidak menyebabkan kesakitan semasa jarum dimasukkan. Selepas kawasan tersebut kebas, barulah jarum halus untuk bius epidural akan dimasukkan sehingga keluar cecair air tulang belakang. Ini menunjukkan jarum berada pada lokasi yang tepat.
Selepas itu, satu tiub yang kecil akan dimasukkan melalui jarum ke dalam ruang epidural. Selepas itu, jarum dengan berhati-hati akan dikeluarkan, meninggalkan kateter di dalam sebagai laluan untuk memasukkan ubat bius ke epidural.
Apakah kebaikan bius epidural?
Apakah risiko bius epidural?
1. Epidural boleh menyebabkan tekanan darah anda untuk tiba-tiba turun
2. Anda mungkin mengalami sakit kepala yang teruk akibat dari epidural. Sakit kepala ini mungkin berpanjangan walaupun selepas bersalin dan berlarutan. Namun amat sedikit mereka yang mengalami simptom seperti ini.
3. Anda mungkin mengalami kesan sampingan seperti menggigil, deringan dalam telinga, sakit belakang, kesakitan di mana jarum dimasukkan, loya, atau sukar membuang air kecil.
4. Untuk beberapa jam selepas kelahiran, bahagian bawah tubuh anda mungkin berasa kebas dan memerlukan anda untuk berjalan dengan bantuan.
5. Risiko proses bersalin mungkin berpanjangan sehingga menyebabkan perlunya bantuan untuk melahirkan anak seperti forceps dan vacuum. Jika baby tidak turun-turun juga mungkin akan membawa kepada ceasearean.
Jadi, fahami kebaikan dan risiko epidural akan membantu anda membuat keputusan terbaik semasa bersalin nanti.
Sumber: Poliklinik Az-Zaara