Kehamilan

Ibu Makan Superfood Tak Jamin Bayi Tak Kena Jaundis. Susukan 2-3 Jam Sekali Turunkan Kuning

Share

Ramai yang berpendapat memakan superfood masa hamil boleh mengelakkan bayi jaundis. Betul ke? Ini ulasan doktor.

Ada kebanyakan ibu yang melakukan pelbagai perkara untuk mengelakkan anak mengalami jaundis selepas dilahirkan.

Ada yang mengambil makanan super seperti kurma, delima, madu lebah dan susu kambing yang dikatakan boleh membantu mencegah bayi mengalami jaudis selepas lahir.

JAUNDIS BERLAKU SELEPAS 24 JAM LAHIR

Menurut Dr Mastura Mohd Mokhtar, Konsultan Obstetrik & Ginekologi, KPJ Selangor Specialist Hospital, jaundis adalah satu keadaan yang menyebabkan mata putih dan kulit bayi nampak kekuningan beberapa hari selepas lahir terutamanya selepas 24 jam lahir.

Warna kuning tersebut disebabkan oleh pengumpulan bilirubin atau bahan kumuh daripada hati yang terhasil dari aktiviti sel darah merah yang pecah. Sel darah merah bayi (fetal red blood cell) akan dimusnahkan secara fisiologi oleh hati dan digantikan oleh sel darah merah dewasa.

Disebabkan hati bayi yang masih belum matang sepenuhnya, proses perkumuhan tidak dapat berlaku dengan pantas menyebabkan pengumpulan bilirubin.

BIASA BERLAKU JAUNDIS FISIOLOGI

Jaundis adalah sangat biasa berlaku. Lebih kurang 60% bayi yang lahir akan mengalami sedikit jaundis beberapa hari selepas lahir yang dipanggil fisiologi jaundice.

PELEKAPAN SEMASA MENYUSU MESTI BETUL

Bayi yang menyusu susu ibu lebih senang mendapat jandis dan biasanya mengambil masa lebih lama untuk ujian darah menjadi normal. Ini disebabkan oleh penghasilan susu ibu yang kurang beberapa hari selepas bersalin dan masalah bayi untuk pelekapan dan penyusuan. Oleh itu apabila susu ibu sudah mula banyak dan teknik penyusuan yang betul, jaundis akan kurang dengna cepatnya.

JAUNDIS DALAM MASA 24 JAM LEPAS LAHIR TIDAK NORMAL

Jaundis yang terjadi dalam masa 24 jam selepas lahir biasanya tidak normal atau patologikal jandis dan boleh terjadi disebabkan oleh kelahiran pramatang, jangkitan kuman dan masalah kongenital. Kadar bilirubin boleh diketahui melalui ujian darah.

Kebiasannya jaundis akan berkurang dan normal dalam masa dua minggu selepas lahir. Selepas dua minggu, hati bayi akan matang dan dapat menyingkirkan bilirubin dengan lebih berkesan.

Sekiranya jandis atau bilirubin sangat tinggi, boleh menyebabkan kerosakan kepada otak bayi.

PENYUSUAN SUSU IBU

Oleh kerana jaundis sangat biasa terjadi selepas bersalin, sebenarnya tiada cara yang dikenalpasti secara saintifik untuk mengelakkan mendapat bayi jaundis semasa hamil.

Tetapi selepas kelahiran, risiko jaundis boleh dikurangkan dengan memastikan bayi mendapat nutrisi yang cukup melalui penyususan susu ibu. Penyusuan hendaklah dimulakan secepat mungkin dan bantuan dari pakar laktasi adalah penting untuk membantu teknik penyusuan yang betul.

Ibu hendaklah menyusukan bayi sekerap lapan hingga 12 kali sehari untuk mengelakkan bayi dari dehidrasi. Ini akan membantu menyingkirkan bilirubin dari badan bayi lebih cepat.

SUSUKAN BAYI SETIAP DIA HINGGA TIGA JAM SEKALI

Ibu yang menggunakan susu formula, hendaklah memberi bayi minum 1 hinggu 2oz setiap 2 ke 3 jam untuk minggu pertama.

MENGURANGKAN PITOCIN SEMASA KELAHIRAN

Para doktor hendaklah mengurangkan penggunaan ubat Pitocin semasa di bilik bersalin kecuali terdapat indikasi yang tertentu kerana terdapat kajian mengatakan ianya boleh meningkatkan risiko bayi mendapat jaundis selepas lahir.

Published by
Azma ML