Ketahuilah! Bila Anak Buat Kita ‘Angin’, Dia Cuma Mahu Perhatian

Share

Nak tunggu anak besar ni, banyak sungguh cabaran. Salah satunya nak handle situasi bila anak buat perangai. Ada je yang dia buat, semata-mata untuk kita marahkan dia. Itulah tandanya anak perlukan perhatian. Biarlah dimarahi sekalipun, asalkan dapat menarik perhatian ibu ayahnya.

Artikel Menarik: [Bila Suami ‘Tundukkan’ Pandangan, Isteri Wanita Tercantik Di Matanya!]

Bila anak buat perangai, kadang-kadang pasangan pun buat kita rasa stres. Ditambah pula dengan tekanan lain, ia membuatkan kita merasa stres dan asyik nak marah-marah.

Untuk melembutkan hati anak atau pasangan tidak mudah. Kita harus konsisten mendoakan yang terbaik buat mereka. Berikut adalah perkongsian dari Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood tentang amalan yang dapat membantu melembutkan hati anak-anak atau insan yang disayangi.

TIP LEMBUTKAN HATI INSAN YANG DISAYANGI

#Mulakan dengan membawa Surah Fatihah sebanyak 3 kali.

#Kemudian lengkapkan dengan Ayat Kursi sebanyak 3 kali.

#Sempurnakannya dengan menyebut selawat Nabi sebanyak 3 kali.

#Usah dilupakan dengan tambahan Surah Taha ayat 1-5 dan baca surah ini sebanyak 3 kali.

#Akhir sekali sudahkannya dengan Surah Al Fath ayat 1-5 yang dibaca sebanyak 3 kali.

#Kemudian hembuskan tiga kali di atas kepala dan ubun-ubun. In shaa Allah dengan izin Allah, mujarab lembutkan hati anak-anak dan pasangan kita. Juga ibubapa kita.

Artikel Menarik: [Risaunya Ada Anak Perempuan. Jangan Sampai Ada 6 Sikap Buruk Ni!]

UNTUK BAHAGIA, HARUS BAHAGIAKAN ORANG LAIN
Bila hati anak dan pasangan lembut, barulah hidup makin terasa bahagianya. Untuk kita merasa Bahagia, kitalah yang terlebih dahulu harus membahagiakan orang lain.

Sesuatu yang diberi dan tidak akan berkurang adalah KEBAHAGIAAN. Bahagiakanlah orang lain lalu engkau akan bahagia. Ada seorang sahabat yang datang menemui Nabi صلي الله عليه وسلم:

Dia mengeluhkan akan kerasnya hatinya, dia tidak merasakan kebahagiaan.

Maka jawab Nabi SAW,

“Jika engkau ingin hatimu menjadi lembut, bahagia, tenang, maka berilah makanan kepada fakir miskin dan usapkan tanganmu di kepala anak yatim.”

Orang yang paling bahagia adalah Rasulullah صلي الله عليه وسلم apabila seluruh waktunya dalam rangka untuk umatnya.

Rasulullah صلي الله عليه وسلم telah menjelaskan dalam satu hadith:

“Amal yang paling dicintai Allah SWT iaitu rasa senang yang engkau masukkan ke dalam hati seorang muslim, atau engkau hilangkan rasa laparnya, atau engkau lunaskan hutang-hutangnya, atau engkau hilangkan kesulitannya.

Sungguh, aku menemani saudaraku untuk memenuhi keperluannya lebih aku sukai daripada i’tikaf di Masjid Nabawi selama sebulan.” [HR. at-Thabrani]

Maka lembutkanlah hati orang-orang yang kita sayang dan bahagiakanlah mereka yang berada di sekitar kita agar kita lebih merasakan kebahagian. Jom azam untuk sama sama perbaiki akhlak dengan mencontohi akhlak Baginda Nabi SAW.

Untuk anak-anak, cubalah kaedah ini untuk membentuk keperibadian yang baik dalam diri mereka. Senjata paling berkuasa adalah doa ibu terhadap anak-anak:

1) Sentiasa keluar perkataan positif dan elak perkataan negatif

Perlu ingat andai perkataan negatif yang ibu ayah label pada anak-anak kerana perasaan marah yang membara di atas kesilapan mereka, bimbang perkataan negatif itu jadi mustajab. Macam mana? Tolonglah elakkan demi kebaikan anak.

Sebaiknya ibu ayah amalkan perkataan yang baik-baik walaupun dalam keadaan nak marah seperti anak bertuah, anak baik, anak mama sayang, anak abah sayang, anak syurga. Insya-Allah jika kata-kata ini sentiasa keluar dari mulut ibu ayah ia seolah-olah satu doa yang baik untuk kesejahteraan anak itu.

2) Tegur anak dengan penuh hikmah dan kasih sayang

Anak-anak ujian dari Allah untuk melihat sejauh mana kesabaran ibu ayah dalam mendidik amanah yang diberikan-Nya. Kena ingat nak marah sekalipun, tegurlah dengan berhemah.

Percayalah setiap kesabaran Allah gantikan dengan ganjaran yang lebih baik buat ibu ayah. Sentiasa positifkan jiwa dan minda.

3) Amalkan sebut nama Allah dan Rasulullah S.A.W

Contoh anak ibu sayang Allah tak, anak ibu sayang Rasulullah S.A.W tak. Kalau sayang Allah dan nabi jangan tinggal solat. Jangan lawan cakap mak ayah sebab semua nak masuk syurga dan nak dapat syafaat Rasullullah S.A.W.

Jika anak dah terbiasa, secara automatik anak faham dan apa yang dia kena lakukan mestilah yang baik-baik dan perlu dengar cakap orang tua. Ulang dan ulang, lama-kelamaan akan meresap masuk dalam jiwa anak.

4) Banyak berdoa supaya anak sentiasa lembut hati

Nak lembutkan hati anak, ibu ayah kena sentiasa berdoa tanpa putus asa. Doa adalah senjata utama untuk semua dan jika diamalkan selalu keberkatan itu akan diperoleh.

Percayalah ibu bapa yang sayangkan anak jika terus mengamalkan 4 tip ini, anda akan lihat hasilnya. Paling penting ibu bapa kena sentiasa muhasabah diri dan memperbaiki kelemahan masing-masing.

 

 

Published by
Emy H