Selepas selamat menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka pada tarikh indah, 22 Februari lalu, pasangan selebriti popular Indonesia, Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah meraikan sambutan ulang tahun bulan yang pertama anak mereka.
Genap usia sebulan semalam, kedua pasangan ini mendoakan agar Ameena terus kekal sihat membesar seperti bayi-bayi lain.
“Alhamdulillah. Hari ini aku berumur 1 bulan!!
“Doakan untuk Ameena yaaa onty-onty online,” tulisnya berkongsi.
Paling menarik, sempena hari ulang tahun bulan pertama itu, Aurel memilih untuk menghadiahkan Ameena Hanna Nur Atta yang menjadi kesayangan semua ini dengan seutas rantai emas.
Melalui Instagramnya, Aurel berkongsi sekeping gambar dengan pilihan gelang sesuai yang bakal dihadiahkan buat puterinya itu.
“Hari ini ulang bulan Ameena. Mama mau kasih gelang,” tulisnya.
Melalui entri itu, Aurel turut berkongsi tiga keping gambar Ameena dengan jenis gelang tangan berbeza untuk dipilih.
Keliru untuk membuat pilihan sendiri, Aurel meminta pengikutnya untuk memilih mana paling sesuai untuk anak kesayangannya itu.
“Onty online bantu pilih yaaa. Bagus yang nombor berapa yaah,” tulisnya yang meminta pengikutnya untuk membantunya membuat pilihan.
Rata-rata peminat pasangan itu turut membuat pilihan malah menyenaraikan pilihan nombor dua sebagai pilihan paling selamat untuk seorang bayi kerana dikhuatiri akan mencederakan Ameena dengan dua lagi rekaan dengan bentuk hati dan huruf A yang dirasakan kurang selamat.
Menarik: Bibir Mungil Macam Umi, Nampak Sipi-Sipi, Warganet Teruja Neelofa Dah Mula Tayang Gambar Bilal!
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!