Pelakon Shukri Yahaya dan isterinya, Tya Adnan menyambut ulang tahun perkahwinan keempat mereka pada 20 November. Namun apa yang menarik perhatian adalah ucapan yang diberikan Shukri sempena hari istimewa itu agak berbeza berbanding pasangan lain.
Coretan tersebut juga turut diserta dengan video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya.
“Happy Anniversary Sayang @tyaadnan. Thank you sebab jadi wife & mommy yang HEBAT untuk kami! Kita gemok sama-sama, kita kurus sama-sama, kita tua sama-sama okay! p/s: Ameena dah letih hisap ibu jari kaki dia tu,” tulisnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen ramai peminat yang bersetuju dengan hint yang diberikan Shukri buat Tya dan berharap akan dapat Shukri junior pula selepas ini.
Tak kurang juga, pelakon Nad Zainal tidak ketinggalan mengusik pasangan berkenaan.
“Alamak dia bagi HINT,” tulis @nad.zainal
Sumber: ig Shukri Yahya & Tya Adnan