Ameera Zaini pengacara dan juga usahawan terkenal ada berkongsi amalan yang dilakukan ketika hamil anak sulungnya, Mateen Hasnor. Antara 13 amalan pemilik label hijab AmeeraZaini ini ialah makan tembikai untuk menambah air ketuban.

Ameera Zaini Kongsi Tip Ketika Hamil Anak Sulung

Jelas Ameera semasa hamil dahulu, dia mengalami morning sickness yang teruk selain mengalami pendarahan sebanyak dua kali sehingga doktor memberitahu peluang hanya 50/50 sahaja. Namun kuasa Allah semuanya berjalan dengan baik.

Ameera Zaini Kongsi Tip Ketika Hamil Anak Sulung, Makan Buah Tembikai Untuk Tambah Air Ketuban

Makan Buah Tembikai Untuk Tambah Air Ketuban

Berikut perkongsian Ameera ketika hamil anak sulungnya.

1. Doktor beri suntikan untuk kuatkan rahim.

2. Banyak bedrest je sebab mabuk teruk.

3. Avoid fast food dan junk food sebab tekak pun tak suka sangat waktu itu.

Ads

Ameera Zaini Kongsi Tip Ketika Hamil Anak Sulung, Makan Buah Tembikai Untuk Tambah Air Ketuban

4. Makan folic acid/obimin/neurogain yang doktor beri.

5. Minum susu kambing.

6. Amalkan pati delima untuk hilangkan loya.

7. Meera kurang suka kurma masa pregnant so Meera ganti dengan kismis

Ads

8. Banyak makan buah-buahan semasa hamil. Mateen pun suka makan buah-buahan.

9. Suka buah tembikai — untuk tambah air ketuban tapi kalau banyak sangat takut diabetis pula. Berpada-pada. 

10. Minum air kelapa setiap hari semasa trimister ke tiga.

11. Baca/dengar Surah Maryam Surah Yusuf dan Surah Al Baqarah.

12. Doa secara spesifik permintaan kita pada Allah — nak anak yg sihat, yang cerdik, yang menyenangkan hati ibu bapa dan sebagainya.

Ameera Zaini Kongsi Tip Ketika Hamil Anak Sulung, Makan Buah Tembikai Untuk Tambah Air Ketuban

Ads

13. Masa belum ada nama Meera panggil bayi dalam perut dengan panggilan positive macam – good morning handsome boy, good morning anak soleh, assalamualaikum anak mommy yang bijak, anak baik mommy sudah bangun ke? Sebab itu pun satu doa juga.

Proses kehamilan adalah pengalaman indah dan sangat berharga bagi wanita yang menantikan peluang bergelar ibu. Setiap kehamilan juga perjalanannya tidak sama jadi sebagai bakal ibu kita perlu sabar dan bersedia dengan kemungkinan yang berlaku.

Untuk rekod, Ameera dan suami, Hasnor Rozaini telah mendirikan rumah tangga pada 18 September 2015 dan kini dikurnikan dua orang cahaya mata iaitu Mateen yang lahir pada 17 Januari 2017 dan Daniel yang dilahirkan pada 8 Mei 2020.

Sumber: Ameera Zaini Intagram

Artikel berkaitan: Air Ketuban Banyak Pun Bahaya Juga, Boleh Sebabkan Uri Lekang & Risiko Bersalin Awal Tinggi

Kentalnya Semangat Ameera Zaini. Walau Digigit Anak Semasa Menyusu Sehingga Luka Terbelah, Masih Teruskan Penyusuan

Buah Tembikai, Makanan Sihat Untuk Ibu Hamil & Bayi Dalam Kandungan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI