Aminah Rose Pelengkap Keluarga Nadiya Nisaa. Pengubat Rindu Selepas Kehilangan Anak Kedua

Share

Pelakon Nadiya Nisaa melahirkan rasa bersyukur atas kelahiran anak ketiganya, Aminah Rose pada 1 Januari lalu.

Menerusi kemas kini di Instagram, Nadiya, 34, mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga yang sentiasa mengutuskan doa buatnya.

“Terima kasih dan rasa dihargai sekali apabila sekalian keluarga ada bersama-sama di sisi menanti kelahiran.

“Kamu tahu saya sangat menyayangi kamu semua,” katanya.

Dalam pada itu, Nadiya turut berterima kasih kepada suaminya Saiful Razman Kasim.

“Buat suami tercinta, terima kasih yang tidak terhingga atas kesabaran dan kasih sayang tanpa batas,” katanya lagi.

Nadiya berkahwin dengan Saiful pada 2009 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Omar yang kini berusia 8 tahun.

Pada 2016, Nadiya yang sepatutnya melahirkan anak kedua namun kehilangan zuriatnya apabila janin yang dikandung meninggal dalam kandungan.

Sementara di posting terbarunya juga, Nadiya berkongsi perasaan anak sulungnya yang masih belum biasa dengan kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.

Bagaimanapun Nadiya yakin anak sulungnya itu akan menjadi kawan baik dan abang yang akan melindungi adiknya dalam apa keadaan sekalipun selepas ini.

Paling terharu, Nadiya menyatakan seperti janji abang Omar masa Aminah dalam perut, dia akan manjakan.

Dengan kehadiran Aminah Rose semoga Nadiya sekeluarga akan terus mengecapi nikmat kebahagiaan ini.

Sumber: instagram nadiyanisaa

Published by
Wan Amy