Ads

Amira Othman Dedah Cabaran Susukan Jarir, “Saya Tak Boleh Direct”

Amira Othman Dedah Cabaran Susukan Jarir, “Saya Tak Boleh Direct"

Bukan mudah menyesuaikan diri dengan kehidupan selepas bergelar ibu, apatah lagi apabila perlu membahagikan masa antara menjaga bayi, menyusukan anak dan mendapatkan rehat yang mencukupi.

Itulah antara pengalaman yang dilalui penyanyi Amira Othman selepas hampir empat bulan menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya, Muhammad Jarir Umar.

Walaupun kehadiran si kecil membawa kebahagiaan dalam rumah tangganya bersama suami tercinta, Fattah Amin, Amira tidak menafikan bahawa perjalanan menjadi seorang ibu turut hadir dengan pelbagai cabaran yang tidak pernah dilaluinya sebelum ini.

Lebih-lebih lagi apabila perlu memastikan bekalan susu untuk anak sentiasa mencukupi sehingga ada kalanya terpaksa mengorbankan waktu tidur sendiri.

Amira Othman Dedah Cabaran Susukan Jarir, “Saya Tak Boleh Direct"

Amira Othman Akui Bukan Mudah Jaga Jadual Mengepam Susu

Menerusi perkongsian dalam sebuah rakaman audio siar, antara perkara yang cukup mencabar buat dirinya ialah memastikan jadual mengepam susu berjalan dengan teratur, khususnya ketika sedang berusaha meningkatkan penghasilan susu badan.

Situasi itu menyebabkan waktu rehatnya menjadi tidak menentu kerana perlu mengepam susu dengan kerap.

“Maybe jaga waktu pam susu tu kot. Memang saya tak dapatlah tidur kan. Memang (setiap) dua jam doktor sebab saya nak banyakkan susu buat dan jaga jadual (mengepam).

“Ia bukan benda yang senang kerana ini pengalaman pertama untuk saya.

“Selepas tu apabila anak nangis, kita pun kelam-kabut pergi panaskan susu sebab kita dah sejukkan kerana kita tak boleh direct. Memang sejujurnya bukan benda yang senang untuk saya,” kongsinya.

Ads

Sebagai ibu baharu, Amira mengakui masih dalam proses membiasakan diri dengan tanggungjawab tersebut.

Daripada menguruskan susu perahan sehinggalah menenangkan bayi yang menangis, semuanya memerlukan kesabaran dan penyesuaian, terutama apabila badan sendiri masih memerlukan rehat selepas bersalin.

Amira Othman Dedah Cabaran Susukan Jarir, “Saya Tak Boleh Direct"

“Dah Cukup Tidur 32 Tahun”, Amira Belajar Terima Pengorbanan Jadi Ibu

Bukan hanya Fattah, malah ahli keluarga termasuk adik-beradik turut memainkan peranan penting dalam memberikan sokongan kepada Amira.

Katanya, dorongan daripada insan tersayang membuatkan dirinya lebih yakin untuk menggalas tanggungjawab sebagai ibu meskipun perlu berdepan dengan waktu tidur yang semakin berkurangan.

Malah, Amira turut berseloroh mengenai pengorbanan tidurnya selepas memiliki anak, memandangkan selama ini dia sudah menikmati rehat yang mencukupi sebelum bergelar ibu.

Ads

“Orang keliling saya termasuk adik-beradik pun cakap benda yang sama. Ok, tak apa, boleh kan. Slowly.

“So akhirnya rasa saya kuat dan boleh melakukannya walaupun kurang tidur sedikit. Lagipun sudah tidur (cukup) selama 32 tahun.

“Saya cakap dengan mak saya, “Mama, Ya saya sudah (cukup) tidur 32 tahun. Yang ke-33 ni ada anak, berkorbanlah sedikit,” tuturnya.

Amira Othman Dedah Cabaran Susukan Jarir, “Saya Tak Boleh Direct"

Fattah Amin Sentiasa Beri Semangat, Minta Isteri Jangan Stres

Di sebalik kepenatan menguruskan anak, Amira bersyukur kerana mempunyai suami yang memahami keadaan dirinya.

Menurutnya, Fattah tidak pernah lokek memberikan kata-kata semangat, malah sentiasa cuba menenangkan dirinya supaya tidak terlalu tertekan ketika menyesuaikan diri dengan rutin sebagai ibu.

Ads

Amira Othman Dedah Cabaran Susukan Jarir, “Saya Tak Boleh Direct"

“Fatah memang kata “Kasihan awak. Ok, tak apa I am here. Tak mengapa, slowly. Jangan stres,” katanya.

Biarpun kedengaran ringkas, sokongan dan kata-kata positif daripada suami sedikit sebanyak membantu Amira menghadapi hari-hari yang mencabar.

Untuk rekod, Amira selamat melahirkan anak lelakinya, Muhammad Jarir Umar, pada 23 Jun 2026, jam 6.20 petang di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Kehadiran Jarir membuka lembaran baharu dalam kehidupan Amira dan Fattah, yang kini sama-sama menikmati pengalaman membesarkan cahaya mata mereka.

Menarik: Surah Al-Ikhlas & 3 Zikir Ni Jangan Tinggal Masa Anak Jawab Peperiksaan! 

Zikir Ibu Ayah Ketika Anak Hadapi Peperiksaan, Amalan Mohon Permudahkan Urusan!

Disiplinkan Anak Tanpa Jerit & Ugut Rotan, Ikut Langkah Ni Guna Time Out

Sumber: Instagram

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Anak Wany Hasrita Alami Angin Pasang, Benjolan Di Pangkal Paha Jadi...

Angin pasang menyebabkan anak Wany Hasrita menjalani pembedahan. Ketahui tanda awal hernia inguinal pada kanak-kanak perempuan yang ibu ayah perlu tahu.