Hati ibu bapa mana yang tidak luluh apabila melihat anak kecil terbaring tidak berdaya di katil hospital, bertarung nyawa selepas insiden tragis. Begitulah perasaan pasangan suami isteri, Muhammad Badrul Remli, 31, dan Nur Ayuni Mohd Kamaruzaman, 29, apabila anak sulung mereka, Muhammad Ammar, 7, masih dalam keadaan kritikal selepas dipukul dengan tukul dalam kejadian menyayat hati di Pasar Jelawat, minggu lalu.

Lebih meruntun jiwa, jantung Ammar terhenti selama 14 minit pada pagi Selasa sebelum berjaya dihidupkan semula oleh pasukan perubatan. “Saya hilang kata-kata, jantung ‘Abe’ terhenti selama 14 minit pagi tadi,” luah Badrul yang mesra memanggil anaknya dengan gelaran Abe.

Ammar Masih Bertarung Nyawa, Jantung Terhenti 14 Minit, Ibu Ayah Rayu Doa!

Ads

Keluarga Rayu Doa & Solat Hajat

Dalam keadaan sebak, Badrul merayu orang ramai agar mendoakan kesembuhan Ammar serta mengadakan solat hajat. “Saya tak boleh nak bercakap sekarang, fikiran saya tidak tahu ke mana dah,” katanya ringkas ketika dihubungi media.

Ibu Ammar, Nur Ayuni, pula mengakui setiap hari yang dilalui amat perit. Sejak enam hari lalu, Ammar masih bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU). “Saya masih menunggu keputusan doktor yang merawat dan buat masa ini keadaan anak masih kritikal,” katanya sambil menitipkan harapan agar anaknya kuat melawan ujian ini.

Ads

Luka Parah Akibat Serangan

Akibat kejadian itu, Ammar menerima lebih 50 jahitan, retak di beberapa bahagian tempurung kepala, otak bengkak dan luka serius lain. Insiden dipercayai berpunca daripada serangan oleh bapa saudaranya sendiri yang kemudian ditemui meninggal dunia di Pantai Melawi, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.

Ammar Masih Bertarung Nyawa, Jantung Terhenti 14 Minit, Ibu Ayah Rayu Doa!

Ads

Kini, keluarga kecil ini benar-benar memerlukan doa seluruh masyarakat agar Ammar kembali pulih. Pihak keluarga juga memohon ruang peribadi untuk mereka menghadapi detik getir ini tanpa tekanan daripada luar.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan buat Ammar, memberi kekuatan kepada ibu bapanya, dan meringankan ujian berat yang sedang ditanggung. Ayuh sama-sama kita titipkan doa agar adik kecil ini bangkit semula dengan penuh kekuatan.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI