Kehamilan

Amyra Rosli Keguguran Lepas Baru Disahkan Hamil, “Singgah Sekejap Saja Dalam Perut Mommy”

Share

Baru sahaja disahkan hamil beberapa hari, pelakon cantik jelita, Amyra Rosli terpaksa reda kandungan ketiganya mengalami keguguran.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Amyra menerusi akaun Instagramnya pagi tadi.

Tambah ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, dia reda dengan kehilangan itu malah sudah bertemu dengan doktor untuk proses selanjutnya.

“Awak singgah sekejap je dalam perut mommy pastu awak pergi. Comel la awak ni,” tulisnya di kapsyen.

Biar pun tidak punya rezeki untuk menambah zuriat ketiganya namun kata Amyra dia akur dengan ketentuan Ilahi dan tetap positif dan menganggap masih belum punya rezeki untuk menambah cahaya mata ketiga mereka bersama suami.

“Tak ada rezeki.

“Xpe, kita focus rezeki yang ada sekarang & shooting dulu! Lets go,” tulisnya.

Menerusi entri yang sama juga, Amyra turut mengesahkan kehilangan itu menerusi doktor yang merawatnya di sebuah hospital.

Menerusi tanda pagar yang dikongsikan Amyra, difahamkan Amyra mengalami chemical pregnancy yang merupakan keadaan di mana keguguran berlaku pada peringkat awal kehamilan sejurus selepas inflantasi berlaku.

Terdahulu, Amyra dan Amar Baharin mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Afeeq Anaqi dan Ayra Aryssa.

 

Published by
SRM