Amyra Tetap Masak Makanan Untuk Anaqi Walaupun Dalam Mood Bercuti Ke Luar Negara

Share

Percutian bersama keluarga terutama bawa anak kecil mesti rancang awal. Bukan sahaja perlu cari tempat yang sesuai tapi harus fikirkan keperluan anak untuk makan atau keselesaannya juga.

Jika semua ini diambil kira, tiada masalah. Bagi pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin, percutian ke London dengan membawa anaknya, Aqeef Anaqi antara satu pengalaman menyeronokkan.

Melihat keletah Anaqi yang dah pandai bawa diri, tiada masalah untuk Amyra dan Amar menguruskannya.

Apa yang menarik, dalam mood sedang bercuti, Amyra tetap menyediakan makanan berkhasiat untuk anaknya walaupun Anaqi dah boleh makan macam-macam.

Bagi Amyra makanan anak sangat penting bila bercuti ke luar negara. Mungkin stok makanan yang di bawa boleh dijadikan kudapan untuk anak, tapi untuk menu yang mengenyangkan memasak adalah satu alternatif.

Dalam perkongsian di instagramnya menunjukkan Amyra sedang memasak bubur nasi untuk Anaqi dengan mencampurkan kentang, lobak merah, hirisan ayam dan bayam.

Bagi sesetengah orang alasan tak cukup masa nak masak, namun semangat Amyra dia nak pastikan Anaqi sentiasa kenyang dan tak mudah merengek. Baru mudah untuk bawa berjalan.

Tip ini juga antara yang selalu dikongsikan oleh ibu-ibu yang ada anak kecil ketika bawa bercuti.

Kadang-kadang anak kecil, walaupun dah makan macam-macam, mereka perlukan juga makanan yang mengenyangkan. Sebab itu, ibu bapa yang nak bawa anak bercuti harus fikirkan semua ini.

Sumber: ig amyrarosli

 

 

 

 

 

Published by
Wan Amy