Secara umumnya, apabila anak dah mula membesar dan makin aktif, corak pemakanannya juga akan mempengaruhi tumbesaran anak. Jadi di usia anak 1- 4 tahun, anak-anak telah didedahkan dengan makanan keluarga secara beransur-ansur.
Bagaimanapun bukan semua makanan yang dimakan anak-anak dapat membekalkan semua zat yang diperlukan tubuh. Oleh itu, ada baiknya ibu bapa mempelbagaikan pengambilan makanan anak anda berasaskan piramid makanan.
Cuma apa yang menjadi masalah, ramai ibu bapa merungut anak susah nak makan makanan yang disediakan untuk mereka. Ada anak-anak yang hanya nak susu sahaja dan makan kurang dan ada juga yang langsung tak mahu nasi.
Disebabkan masalah ini ibu bapa dah jadi buntu dan berputus asa hingga biarkan anak makan apa yang dia nak. Jika diikutkan kalau kita tak ajar dan biasakan dari awal lama-kelamaan anak pun akan kekalkan tabiat itu hingga mereka besar.
Lagi susah bila anak hanya berminat dengan makanan ringan yang tinggi kandungan garam, MSG, pewarna dan sebagainya.
Bukan hanya boleh menjejaskan kesihatan anak, tapi mungkin boleh menyebabkan daya tumpuan anak nak belajar terganggu, tingkah laku yang sukar di kawal selain menyebabkan sistem imun badan anak jadi tak kuat.
Bagi yang rasa sukar nak biasakan anak-anak dengan pemakanan yang sihat, ikutlah jadual pemakanan terbaik untuk anak-anak berumur 1 hingga 4 tahun seperti yang dikeluarkan oleh Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sumber: Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dah Tak Ada Stail Rambut Mushroom Pun Arrian Tetap Comel, Netizen Puji Tomok Peka Peraturan Sekolah
Arrian, anak Tomok memang terkenal dengan stail rambut ala mushroom. Namun untuk persekolahan tahun hadapan, rambut Arrian telah dipotong. Netizen memujitindakan Tomok dalam mementingkan disiplin anak dan peka peraturan sekolah.
Arrian atau Arrianshah Akid, 6 tahun bakal bersekolah di Tahun 1 pada sesi 2019. Anak lelaki yang boleh berbahasa Mandarin ini tetap kelihatan comel walau pun bertukar gaya rambut.
Tomok memuatnaik gambar kedua-dua anaknya Arrian dan Andra dengan stail rambut baru dengan emoji ‘menangis’.
View this post on Instagramgambar untuk sesi persekolahan tahun 2019
A post shared by Tomok (@tomokofficial) on
Manakala ibunya pula memuat nak gambar sebelum dan selepas Arrian memotong rambut.
View this post on InstagramA post shared by @ ayu_abas on
TAHNIAH ANDA SEORANG AYAH YANG HEBAT
RAMBUT LAMA HANDSOME, RAMBUT BARU LAGI HANDSOME
SMART NAK KE SEKOLAH
POTONGLAH RAMBUT MACAM MANA PUN, ARRIAN TETAP HANDSOME
Sumber: tomokofficial
Artikel berkaitan:
[6 Cara Ayu Abas Tackle Arrian & Andra Ini Wajar Dicontohi. Patutlah Dua-Dua Anaknya Bijak & Petah]
.
[Patutlah Anak Tomok, Arrian & Andra Cerdik, Rupanya Ini Yang Ibu Mereka Buat Dari Kecil!]
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perkembangan Otak Sahaja Tak Cukup Jadi Penentu Kejayaan Si Kecil Di Masa Hadapan, Kena Lengkap 360ᵒ
Semua ibu bapa mengimpikan anak mereka membesar sihat dan bijak. Cabaran membesarkan anak di zaman millennial bukan perkara yang mudah.
Perlu diingatkan yang perkembangan otak sahaja tidak cukup untuk jadi penentu kejayaan si kecil di masa hadapan. Tetapi mereka perlu mempersiapkan anak dengan pelbagai kemahiran bagi menghadapi cabaran masa hadapan. Dalam masa yang sama ada beberapa faktor yang ibu bapa tidak boleh abaikan dalam membesarkan Si Manja.
1. Jangan abaikan kesihatan dan kegembiraan anak
Dalam usaha kita membesarkan anak berhadapan cabaran masa hadapan, jangan sekali-kali mengabaikan faktor kesihatan dan kegembiraan mereka. Ini kerana kanak-kanak yang membesar dalam suasana gembira dan tanpa tekanan akan lebih mudah belajar banyak perkara.
Bila badan cergas maka otak pun akan cerdas. Kanak-kanak yang aktif dapat belajar banyak perkara, sentiasa bersemangat dan mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Kanak-kanak secara semula jadi mempunyai perasaan ingin tahu apa sahaja yang ada di sekeliling mereka.
2. Memiliki otak yang bijak sahaja tidak mencukupi untuk berjaya di masa hadapan
Memiliki anak yang bijak adalah satu bonus tetapi otak yang bijak sahaja tidak mencukupi untuk berjaya di masa hadapan. Erti kejayaan sebenar merangkumi pelbagai aspek termasuk sokongan daripada ibu bapa, rangsangan yang diterima, pendedahan kepada kemahiran asas hidup seperti pengurusan diri sendiri, pengurusan asas kerja rumah dan penerapan nilai-nilai murni dalam diri anak sejak kecil.
Ibu bapa mungkin sudah biasa mendengar maklumat tentang kepentingan DHA untuk perkembangan otak anak tetapi sebenarnya Si Manja perlukan lebih daripada sekadar DHA untuk merangsang otaknya. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membantu anak mencapai tahap perkembangan optimum dalam kehidupan mereka. Kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa membantu tumbesaran positif perkembangan anak.
3. Kepentingan menjaga kesihatan diri sebelum menjadi seorang yang celik minda
Kesihatan merupakan aspek paling penting dalam kehidupan. Jika si kecil selalu tidak sihat maka ia akan menjejaskan perkembangan fizikal dan mindanya. Badan yang sihat akan mempengaruhi keseluruhan perkembangan tubuh badan. Kesihatan usus berkait rapat dengan sistem penghadaman, imuniti seterusnya fizikal yang sihat.
Kesihatan fizikal, imuniti dan penghadaman adalah asas kepada tubuh yang sihat. Bila tubuh anak kita sihat dan jarang sakit barulah otaknya lebih cepat berkembang.
Memandangkan anak-anak masih kecil, sistem imuniti mereka tidak sekuat orang dewasa. Oleh itu ibu bapa perlu lebih peka dengan tahap kesihatan anak. Anda perlu lakukan beberapa cara untuk memastikan tahap imuniti badan anak berada pada tahap paling maksimum.
4. Jangan dilupakan faktor perkembangan sosial turut penting untuk membina keyakinan diri, sikap berdikari dan mudah bergaul anak kita
Mengajar anak berdikari seawal usia juga penting membantu perkembangan IQ mereka. Menurut Terapis Cara Kerja, Siti ‘Aisyah Rozalli, penting untuk mengajar anak kemahiran menguruskan diri kerana mereka akan mendapat faedah berikut:
- Mudah menguruskan emosi
- Mudah bergaul dengan rakan
- Tahu mempertahankan diri dari dibuli
- Berdisiplin dan teratur dalam menyiapkan tugasan
- Tahu tanggungjawab di sekolah dan di rumah
- Mudah berempati dengan orang lain
- Boleh berbincang jika tidak dapat apa yang diinginkan
- Mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi
5. Pemakanan yang sihat membantu ibu mempersiapkan anak membesar sihat fizikal dan dalaman
Makanan turut memainkan peranan penting untuk mempersiapkan anak membesar sihat dan cerdas. Amalkan pemakanan seimbang, berkhasiat dan elakkan memberi anak makan makanan tidak berkhasiat. Pemilihan susu adalah salah satu daripada langkah utama untuk mencapai misi tersebut.
Susu Dumex Dugro® NextGen NUTRI menyokong keperluan nutrisi diperlukan oleh generasi masa hadapan yang menyokong PERKEMBANGAN 360ᵒ setiap kanak-kanak bersama kasih sayang anda untuk mudah belajar, sihat fizikal dan mampu bersosial dengan ramai orang
Dumex Dugro® NextGen NUTRI mengandungi:
DHA Tertinggi**, Tinggi Zat Besi & Vitamin C, DHA yang banyak ditemui di dalam otak, manakala Zat Besi membantu pembentukan sel darah merah dan Vitamin C menyumbang dalam penyerapan Zat Besi daripada makanan.
**Berdasarkan kandungan DHA/100G dalam kategori umur 1-6 tahun, dalam lingkungan harga yang sama (<RM35/KG), Nielsen syer >9% sebagaimana pada Januari 2020.
- Tinggi Kalsium & Vitamin D. Kalsium membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat, manakala Vitamin D menggalakkan penyerapan Kalsium
- Vitamin A membantu menjaga kesihatan kulit dan membran mukus dan penting untuk fungsi mata.
- Vitamin E melindungi lemak dalam tisu badan dari pengoksidaan
- Inulin adalah sejenis serat yang berasaskan sumber semulajadi
- Tanpa Sukrosa
Ibu boleh dapatkan sample percuma Dumex Dugro® NextGen NUTRI untuk merasai kebaikannya dengan klik di sini atau layari dugro.com.my untuk ketahui lebih lanjut.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pakar Ini Kata Home Schooling Ok! Tapi Ini 9 Kesilapan Ibu Bapa Patut Tahu Supaya Tidak Jejas Perkembangan Anak
Sesungguhnya pembelajaran bermula di rumah kemudian ke sekolah. Ibu bapa merupakan orang pertama mendidik anak untuk membentuk keperibadian anak secara menyeluruh. Sebelum melangkah kaki ke alam persekolahan sebaik-baiknya mendapat pendedahan pendidikan asas supaya memudahkan lagi pembelajarannya ketika ke institiusi pendidikan secara formal.
Menurut Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Dr. Bustam Kamri merangkap Dekan, Sekolah Sains Sosial,Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka menjelaskan bahawa asas pendidikan yang hendak disampaikan secara menyeluruh tanpa menekankan kepada akademik sahaja. Ibu bapa yang mempunyai masa dan tidak terikat dengan kerjaya digalakkan mendidik anak di rumah sebelum menghantar anak ke institusi pendidikan formal.
Manakala ibu bapa yang berkerjaya masih memerlukan sedikit masa yang terluang untuk bersama anak memberi pendedahan asas akademik untuk persediaan ke tadika.
Kalau masa dahulu sebelum diperkenalkan pendidikan informal seperti tadika dan taska, ibu bapa merupakan pendidik pertama sebelum anak-anak dihantar ke sekolah formal. Keadaan berubah memperlihatkan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak.
Namun masih ada ibu bapa yang berkeyakinan mendidik anak-anak di rumah lebih baik berbanding dengan pendidikan formal. Pendidikan di rumah lebih dikenali sebagai home schooling menjadi pilihan kepada ibu bapa yang ingin memberi tumpuan sepenuhnya selain daripada kesediaan ibu bapa yang mempunyai latar pendidikan berkemampuan untuk mengajar anaknya sendiri. Di Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menguatkuasakan home schooling sejak tahun 2003 dengan meletakkan syarat-syarat tertentu.
9 KESILAPAN PATUT TAHU
Selain mempunyai kelebihan, terdapat kelemahan mendidik anak menerusi home schooling. Bagi ibu bapa yang bercadang untuk memilih pendekatan ini harus ambil peduli beberapa kesilapan.
Kesilapan ini boleh menjejaskan perkembangan anak secara positif yang merangkumi perkembangan kognitif, fizikal, bahasa, sosial emosi dan estetika serta daya kreatif. Pakar Kanak-Kanak, Dr. Bustam Kamri menjelaskan sembilan kesilapan yang patut tahu.
Kesilapan 1: Sosial
Anak-anak tidak dapat bersosial dan berinteraksi dengan rakan sebaya. Masa berinteraksi dan bersosial yang diuruskan oleh homeschooler terhad. Mereka berinteraksi dengan ibu yang mengajar dirumah. Mungkin kalau ada rakan lain jumlahnya terlalu kecil. Masa berinteraksi dengan kanak-kanak lain seperti membawa ke taman permainan adalah terhad untuk anak-anak berinteraksi untuk membina perkembangan sosial.
Kesilapan 2: Ilmu pengajaran
Adakah anda terlatih dalam bidang tertentu? Guru tadika yang berkelayakan lebih menjurus keilmuannya. Manakala ibu bapa yang mengajar sendiri anaknya tidak dapat pendedahan keilmuan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Tentunya cara pendekatana pengajar mengikut kefahaman sendiri yang tidak sesuai dengan keperluan anak-anak yang pelbagai keupayaan dan kebolehan.
Kesilapan 3: Pengurusan masa
Ibu bapa terpaksa mengimbangi masa untuk menumpukan pendidikan home schooling dengan tugasan lain. Manghadapi kesukaran untuk menguruskan atau mendisiplinkan diri dengan masa. Oleh kerana terlalu sibuk dengan keadaan dan pengurusan rumahtangga kadangkala tidak dapat member tumpuan sepenuhnya mengikut jadual yang ditetapkan.
Kesilapan 4: Persekitaran kelas
Anak-anak yang belajar menerusi program homeschooler terdapat kekurangan semasa belajar di peringkat tinggi kerana mereka tidak biasa dengan persekitaran kelas. Mereka mengambil masa untuk membiasakan diri dengan suasana persekitaran yang baru dan asing. Persekitaran di sekolah serba lengkap dengan peralatan dan bahan keperluan pengajaran dan pembelajar semestinya tidak sama dengan di rumah.
Kesilapan 5: Peraturan
Peraturan disiplin tidak dapat diikuti kerana mereka biasa dengan peraturan di rumah. Anak-anak yang telah biasa dengan suasana di rumah tentutnya agak memakan masa untuk menyesuaikan diri dengan peraturan di kelas yang formal. Keadaan ini menyebabkan mereka daripada home schooler merasa dirinya tertekan kerana tidak memahami tujuan peraturan untuk dipatuhi.
Kesilapan 6: Interaksi
Anak-anak yang diajar di rumah tidak dapat berinteraksi dengan orang dewasa selain daripada ibu bapanya sahaja. Kemungkinan akan menghadapi kesukaran dan merasa kekok apabila berhadapan dengan orang dewasa yang baru dikenali. Biasanya di dalam situasi formal anak-anak menggunakan panggilan tertentu mengikut kedudukan seperti guru, pembantu guru dan guru besar. Hal ini tidak terdapat di rumah kerana tidak ada tatacara panggilan untuk situasi tertentu.
Kesilapan 7: Rakan sebaya
Mereka yang mendapat didikan homeschooler tidak dapat belajar berinteraksi dan kerjasama dengan rakan sebaya mengikuti sistem pembelajaran formal. Anak-anak yang dididik di rumah terutama di kalangan anak tunggal hanya berdepan dengan ibu bapa sahaja sewaktu aktiviti pembelajaran dijalankan. Mereka sentiasa membuat tugasan secara sendirian dan tiada berlaku perbincangan dikalangan rakan sebaya. Secara tidak langsung anak-anak ini tidak mendapat didikan membina hubungan rakan sebaya.
Kesilapaan 8: Konflik dan fobia
Anak-anak yang dididik di rumah tidak dapat menangani tekanan keadaan seperti konflik. Kanak-kanak yang mendapat didikan di rumah tidak pernah mengalami perbezaan pendapat di kalangan rakan sebaya seperti pertengkaran perbezaan pendapat untuk mencari sesuatu keputusan. Hal ini menyebabkan anak-anak home schooler merasa fobia dan tertekan jika berhadapan peristiwa sedemikian.
Kesilapan 9: Pengalaman di tadika
Tidak berpeluang menikmati pengalaman keseronokan di tadika. Pengalaman persekolahan bersama rakan sebaya akan menjadi suatu yang unik dan pengalam kenangan teramat indah apabila dewasa. Kenangan dan pengalaman ini akan mengeratkan lagi hubungan di kalangan rakan sebaya.
Kesimpulannya pendidikan home schooling hanya sesuai untuk peringkat awal sebelum kanak-kanak memasuki alam persekolahan sebenar. Sistem pendidikan di negara kita masih memerlukan kanak-kanak berada di dalam sistem supaya mereka dapat pengetahuan yang sama untuk ke peringkat yang lebih tinggi. Walau bagaimana tiada salahnya jika ibu bapa yang berkebolehan untuk mendidik anaknya sendiri di peringkat asas sebelum memasuki persekolah formal.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI