Anak 1-5 Tahun Muntahkan Semula Ubat, Jangan Marah. Lagi Anak Fobia Dan Buat Perangai

Share

Anak Susah Makan Ubat Sebab Mak Ayah Marah Ketika Anak Muntahkan Semula

Apabila anak tak sihat, perkara pertama ibu bapa fikir adalah nak bagi ubat pada anak. Ibaratnya boleh bising satu rumah nak habiskannya.

Kadang tu macam-macam cara buat nak bagi anak senang buka mulut tapi sudahnya tetap juga tak berjaya.

Bagaimana nak pastikan pemberian ubat pada anak lebih mudah ibu bapa boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Farmasis Kaunseling,  Faiz Akmal Mfa.

“Cik, nak mintak picit2 tu ya.” Itulah yang selalu mak ayah tanya setiap kali ambik ubat untuk anak-anak mereka kat kaunter farmasi.

Mak ayah semua kena tahu alat-alat yang sesuai nak bagi ubat pada budak-budak ni. Sebab kebanyakan ubat untuk budak-budak adalah dalam bentuk CECAIR.

1. PICAGARI
– biasanya farmasi di fasiliti kesihatan kerajaan akan bagi benda ni secara percuma.
– tapi, mak ayah yang mampu, boleh beli benda ni sama ada di kedai farmasi atau kat Lazada pun ada.
– senang nak guna sebab kita boleh terus sukat ikut sukatan yang kita nak (biasanya dalam unit mililiter).

2. SUDU BERDOS
– benda ni memang jarang2 orang nak jumpa, tapi rupa2 nya benda ni pun ada dijual kat Lazada.
– yang syoknya, kita boleh beli satu set ada 6 sudu terus, setiap sudu mewakili maksud2 tersendiri sama ada 1 sudu teh ke, 1/2 sudu teh ke, 3/4 sudu camca ke, memang unik!
– ini kita boleh guna kalau budak2 TAK BOLEH minum ubat pakai cawan.
– mak mak yang suka buat baking, memang best la kalau ada sudu berdos ini.

3. CAWAN UBAT
– biasanya kalau kita dapat ubat jenis cecair sama ada secara percuma atau beli, botol ubat tu dah ada cawan ubat ni sebagai penutup siap2.
– itu pasal kita JANGAN BUANG penutup dan cawan ubat ini.
– cawan ubat ni memang ada sukatan, dan kita boleh guna untuk budak2 yang BOLEH minum ubat pakai cawan.

TIPS:

Kalau budak itu ialah BABY yang BARU LAHIR sampai umurnya 1 TAHUN:
– ampu kepala bayi, dongakkan kepala bayi 45 darjah.
– balut bayi dengan kain atau selimut.
– kena guna alat yang sesuai (biasanya picagari) untuk elakkan bayi tutup mulut atau muntah.
– JANGAN CAMPUR ubat dalam botol susu atau jus.

Kalau budak itu ATAS 1 TAHUN hingga umur 5 TAHUN:
– biasanya ubat yang kita bagi adalah CECAIR, UBAT KUNYAH, atau UBAT YANG DIPECAHKAN ATAU HANCUR.
– boleh CAMPUR ubat dengan puding.
– boleh bagi anak minuman feveret nya selepas dia ambik ubat.
– kalau anak luek atau muntahkan balik ubat, JANGAN MARAH dia.
– mak ayah kena PUJI dan PELUK anak selepas dia makan ubat.

Kalau budak itu umur 5 TAHUN ke atas:
– biasanya dia dah boleh TELAN ubat dah.
– kalau dia TAK BOLEH telan jugak, boleh hancurkan ubat, campur dengan ais krim atau puding.
– pastikan anda PANTAU anak2 yang makan ubat.

Kalau anak2 MUNTAH balik ubat itu?
– jika dia muntah dalam tempoh 20 minit yang pertama selepas dos pertama dia ambik ubat, MASIH BOLEH ULANG bagi ubat dengan DOS YANG SAMA.
– kalau dia asyik muntah BANYAK KALI, sila BERHENTI bagi ubat, dan rujuk doktor semula.

Nak hancurkan pil atau tablet, boleh beli Pill Crusher, atau boleh guna BELAKANG SUDU.

Mak ayah jangan segan untuk sentiasa bertanya pada doktor dan farmasis jika ada sebarang kemusykilan.

Sumber: Faiz Akmal Mfa
Farmasis Kaunseling,
Klinik Kesihatan Air Tawar 2,
Kota Tinggi, Johor.

IKLAN