Ramai pekerja harian dan peniaga yang terkesan selepas arahan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan. Ada yang mula mencatu makanan dan ada juga yang tiada bekalan makanan untuk meneruskan kehidupan.
Apa yang lebih menyedikan apabila ada ibu bapa yang mula memberi anak sirap, tea, milo dan juga susu pekat manis akibat kesempitan hidup dan tidak mampu membeli susu tepung.
Menurut page Polis Johor, semasa anggotanya membuat rondaan mereka terjumpa dengan satu keluarga yang sedang duduk ditaman. Disangka mereka ingkar rupanya ada cerita disebaliknya. Ikuti perkongsian ini.
Semasa rondaan OP COVID 19 di Taman Tampoi Indah, Johor Bahru, dua pegawai Polis Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor terkesan pasangan suami isteri bersama seorang anak berada di taman permainan. Apabila pegawai polis mendekati pasangan tersebut dengan memberi nasihat supaya akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan minta pasangan keluarga tersebut pulang ke rumah. Namun si isteri terus menangis dan memaklumkan tiada wang ringgit serta tiada lagi bekalan makanan di rumahnya.
Pegawai Polis telah bawa keluarga tersebut ke kedai runcit dan telah berikan bantuan susu anak yang berumur 1 tahun 4 bulan yang membuatkan tersentuh hati pegawai polis tersebut yang dikatakan hanya beri minum milo bercampur gula.
Pasangan keluarga ini tinggal di Taman Tampoi Indah dengan sewa bilik, Suaminya yang telah berhenti kerja sambilan di Singapura kerana tiada permit kerja. Isteri pula seorang tukang cuci di kawasan Larkin dan kini telah dicutikan.
Ucapan terima kasih kepada Pegawai Polis Koperal 150367 Mohd Hisham Mustafa dan Konstabel 204588 Mudrikah Nazirul Nordin yang membantu keluarga tersebut dan moga pasangan keluarga tersebut dapat diberikan bantuan.
#PrihatinPDRMJohor
#OPSCOVID19
Sumber: Page Polis Johor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI