Memasuki usia 18 bulan ke atas anak akan mula menunjukkan kepintaran emosinya & makin berdikari (individuating). Ibu ayah mesti banyak bersabar menghadapi fasa ini.
Melalui fasa perkembangan satu perkembangan menyaksikan perubahan kepada karakter si kecil. Tidak suka berkongsi mainan, tidak suka mendengar arahan dan memberontak adalah antara sikap semula jadi yang ditunjukkan si kecil pada usia 1.5 hingga 3.5 tahun.
Kalau diikutkan, kerenah dan ragamnya berubah-ubah. Rupanya ia petanda dia sedang menguasai kepintaran emosi. Menurut Ibu Rose , ia adalah fasa individuating ialah fasa yang perlu dilalui si manja membesar. Sebagai ibu bapa, kita tidak seharusnya mematahkan unsur individuating yang berlaku ini.
Berikut ialah kupasan beliau;
Ingat lagi tak apa itu, fasa individuating?
Fasa individuating adalah fasa yang biasa dialami pada anak yang berumur sekitar 1.5 tahun – 3.5 tahun. Pada umur ini apa yang biasa berlaku adalah :
Ada yang mahu pakai baju yang dia pilih sendiri sahaja. Kalau kita yang pilihkan, dia tak nak. (siapa ada macam ni cer senyum sikit)
-Pakai kasut sendiri walau terbalik. Kita nak tolong tak mahu.
-Kalau main, contoh Lego, tak dapat sambungan yang betul, mula nak nangis atau mengamuk.
-Bila main, tak nak kongsi mainan, kalau mainan orang lain, nak pula dia.
-Bila ajak makan, tak nak, kalau ajak juga nanti dia lembikkan badan (sabo je).
Hah…macam-macamlah..
Sebenarnya pada fasa ini, anak mahu beritahu bahawa saya adalah seorang individu.
Sebelum ini kan dia lalui fasa separation anxiety (perpisahan sementara). Pantang kena tinggal kejap akan menangis macam kena pukul yang sangat sakit. Tapi, bukan ada apapun. Cuma sebab kita tinggalkan dia sekejap saja kan.
Sangat berbeza fasa seterusnya, iaitu FASA INDIVIDUATING ni. Fasa semua nak buat sendiri, fasa ‘this is me, this is my way’..
Hahaha…bertabahlah wahai ibu-ibu yang baik dan penyabar.
Jangan terlalu dipatahkan keindividuannya itu. Apa yang kita patut lakukan pada umur ini, adalah pengulangan, kalau dia silap atau cara tak betul, kita tunjukkan cara yang betul. Kita beritahu apa yang betul, apa yang perlu. Sebagai contoh anak tak nak kongsi mainan dengan kawan.
#1: SEDIAKAN MENTALNYA
Kita boleh sediakan mental anak sebelum dia bermain, dengan beritahu, “Adik akan bermain dengan Sufyan kejap lagi. Allah, rasul dan ibu suka bila adik kongsi mainan dengan kawan. Adik akan kongsi mainan dengan Sufyan” Itu antara persediaan yang kita boleh lakukan. Sediakan mental anak itu sebelum kita lakukan sesuatu. Agar anak lebih bersedia.
#2: JANGAN PAKSA TAPI DORONG
Masa bermain, bila berlaku insiden rebut-rebut tu, kita boleh beritahu lagi pada anak, “Adik, Allah, rasul dan ibu suka bila adik kongsi mainan dengan kawan. Adik orang yang soleh, kongsi mainan dengan sufyan ye”. Jangan paksa. Tapi dorong.
Konsisten beritahu dan berulang-ulang.
Masa bermain, bila berlaku insiden rebut-rebut tu, kita boleh beritahu lagi pada anak, “Adik, Allah, rasul dan ibu suka bila adik kongsi mainan dengan kawan. Adik orang yang soleh, kongsi mainan dengan sufyan ye”. Jangan paksa. Tapi dorong.
#3: UBAH FOKUS & BERITAHU BERULANG KALI, JANGAN JEMU
Kalau buat lagi, ajak anak buat sesuatu yang lain. Ubah fokus.
Umur 3 tahun ke bawah, kita boleh beritahu berulang-ulang.
Tapi bila dah 4 tahun, kita boleh beritahu dan buat tindakan.
Tapi tindakan yang bagaimana?.
Mahu tahu?
Sumber: Ibu Rose