
Bila kanak-kanak mencecah usia 2 tahun, kanak-kanak biasanya sudah mula bina ayat. Tapi sebelum tu, ada beberapa perkara yg meraka perlu ada! Kalau mereka belum kuasai 2 perkara ini, mereka tidak dapat menyambung ayat. Sebagai ibu bapa, anda perlu periksa dua perkara ini.
Jika ada sebarang masalah pada artikel ini di facebook, sila klik/type kanak-kanak di website majalahpama link www.www.majalahpama.my untuk artikel penuh.
Gambar Hiasan
KENAPA ANAK BELUM SAMBUNG AYAT LAGI?
✅ Menyebut perkataan – kanak-kanak tidak akan boleh buat ayat sekiranya mereka boleh menyebut sedikit sahaja perkataan. kebanyakan kanak-kana berusia 2 tahun boleh menyebut lebih kurang 100 perkataan dan ada sesetengah sehingga 300 perkataan.
✅ Menyebut beberapa kata kerja – kata kerja adalah seperti duduk, makan, bagi, pegi dan lain-lain. Biasanya kanak-kanak berusia 2 tahun boleh menyebut lebih kurang 40 kata kerja.
Pada usia 2 tahun kanak-kanak sudah mula menyambung perkataan walaupun mungkin susunan masih lagi tidak betul. Sebagai contoh “mama nasi”, “nak lagi”, “jom mandi” dan lain-lain lagi. Ini merupakan kemahiran awal utk kanak-kanak menyambung ayat yang lebih panjang nanti.
Jadi jika anak masih lagi belum meyambung ayat, lihat 2 skill tersebut sudah ada atau belum?
Sumber: Aishah Kassim
Speech-Language Phathologists
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Realisasikan Impian Anak Dengan Hadiah Istimewa Ini. Hasilnya Sangat Berbaloi!

Ibu bapa perlu menyedari kepentingan kemahiran berbahasa Inggeris dan matematik dalam kalangan anak-anak untuk menghadapi era revolusi yang semakin mencabar sekarang ini.
Kemahiran berbahasa Inggeris dan matematik perlu dikuasai sejak kecil sebagai persediaan melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti dan apabila sudah bekerja kelak. Malah dalam bidang pekerjaan yang melibatkan sains dan lain-lain bidang teknologi turut menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama.
Kemahiran berbahasa Inggeris dan matematik perlu dikuasai sejak kecil sebagai persediaan apabila sudah melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti dan sudah bekerja kelak.
Lagi cepat ibu bapa perkenalkan anak-anak dengan kemahiran bahasa Inggeris dan matematik, makin cerah sebenarnya harapan anak-anak untuk menguasainya.
Tapi bagaimana persediaan yang harus dilakukan? Cukupkah hanya belajar di sekolah sahaja dengan mengharapkan guru semata-mata? Mungkin anda rasa sudah memadai tetapi sekiranya anak diberi peluang untuk mengukuhkan lagi konsep pembelajaran mereka dengan latihan intensif, tak mustahil kejayaan milik mereka.
Anda sebagai ibu bapa pun boleh rasa bangga dan harapan untuk melihat anak berjaya akan lebih cerah. Orang kata jika kita melabur untuk anak-anak demi kepentingannya, ia dianggap satu pelaburan yang berbaloi.
Hadiahkan sesuatu yang istimewa untuk anak
Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab anda boleh pastikan anak-anak bersedia dengan kemahiran pembelajaran kendiri demi masa depannya. Anda boleh realisasikan konsep pembelajaran ini dengan menggalakkan anak mengikuti kelas yang boleh memantapkan pemahamannya dan skil menjawab soalan. Paling penting dapat memberi keyakinan dan motivasi pada diri sendiri.
Apa kata daftarkan anak anda mengikuti Program Kumon Matematik dan Bahasa Inggeris?
Di Kumon, anak anda dapat mengasah kemahiran mereka untuk masa depan yang lebih cemerlang, di samping meningkatkan keyakinan ketika belajar di sekolah.
Kumon lahirkan pelajar yang progresif
Di Kumon, setiap pelajar akan diuji keupayaannya. Pelajar akan memulakan pembelajaran secara berperingkat dan maju ke hadapan mengikut tahap yang sesuai dengan keupayaan individu tersebut. Keunikan kaedah ini terletak kepada kaedah pembelajaran kendiri.
Yang lagi menarik Kumon akan membimbing pelajar untuk memahami setiap kesalahan yang dilakukan serta memikirkan penyelesaian alternatif untuk membetulkan kesilapan.
Disiplin dan kecekalan yang ditekankan di Kumon bukan saja boleh diguna pakai di dalam kelas, malah nilai ini dapat membantu melengkapkan jati diri pelajar di luar bilik darjah seterusnya dalam mengecapi kejayaan dalam kehidupan.
Paling penting ibu bapa perlu tahu Kumon dapat membantu anak anda menjadi pelajar yang hebat, yakin dan mampu bersaing! Mulakan perjalanan pembelajaran anak anda dengan menyertai Kelas Percubaan PERCUMA Kumon.
Untuk menyertai, daftarkan anak-anak anda untuk Program Matematik atau Bahasa Inggeris sebelum 16 Mac 2020. Untuk maklumat lanjut layari www.kumonmalaysia.com atau hubungi 1800-88-1010.
Daftar di sini: sini
Facebook: Kumon Malaysia
Website: www.kumonmalaysia.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Walau Sekeras Mana Hati Anak, Kalau Ibu Ayah Tegur Cara Baik Lama-Lama Beri Kesan Juga

Kalau ibu ayah tegur anak dengan cara yang baik, lama-lama ia boleh beri kesan juga pada anak yang mungkin selama ini susah dengar kata. Teguran lemah lembut dan tidak menengking berbanding kerap membebel lama-kelamaan akan beri kesan mendalam dalam hati mereka.
Walaupun mungkin ada ibu dan ayah yang tidak bersetuju cara lembut untuk tegur kesalahan anak dan lebih selesa menggunakan kekerasan dan bebelan namun percayalah kadangkala ada anak yang lebih mudah berubah dengan kaedah teguran lembut berbanding kekerasan.
Perkongsian dari seorang ayah, Pengiran M.Nizam Rahman tentang kesan teguran lembut pada anaknya hingga si kecil menitiskan air mata mungkin boleh digunakan juga oleh ibu bapa lain tatkala menegur kesilapan anak-anak.
Tadi tengahari aku pegi menjemput Mikail balik dari sekolah. Dia masuk ke dalam kereta.
“Assalamualaikum ayah.”
“Wa’alaikumussalam El'” jawabku.
Kelihatan mukanya kemerahan kerana panas selepas bermain di bawah terik mentari sementara menunggu aku datang tadi.
Aku gerakkan kenderaanku. Bagi memecah kesunyian aku ajukan Mikail satu saranan. Bila aku tanya kembali dia menjawab “faham” dengan nada lemah. Letih barangkali.
Selepas itu sengaja aku tanya bertubi kali sama ada dia faham ke tidak apa yang aku katakan padanya.
Dia menjawab faham. Mula-mula dengan nada rendah. Aku tanya lagi dan lagi hingga akhirnya dia naikkan sedikit nada.
” Fahamm lah!” Marah. Dia terus diam. Hening. Hanya kedengaran bunyi nafas seakan mendengus geram.
“Mikail…”
“Mari dekat. Ayah nak cakap sesuatu.” pinta aku.
Dia merapat kepadaku.
“El tau tak? Apa jadi kepada orang Allah Sayang?”
Mikail mengangguk.
“El nak tak Allah sayang El?” Tanyaku. Dia mengangguk lemah.
“Antara cara kalau kita nak Allah sayang, kita kena cakap yang baik-baik dengan ibu ayah kita.”
“Kita tak boleh tinggikan suara pada ibu ayah. Bila kita tinggikan suara, walaupun dengan hanya perkataan AHHH!, itupun dah berdosa sebenarnya,” perlahan-lahan aku nasihatkan dia.
“Ayah sengaja je buat begitu tadi. Saja tanya soalan berulang kali.”
“Saja je nak gurau-gurau dengan anak ayah.”
“Sementara ayah masih bernyawa ni ayah nak selalu bergurau senda dengan anak-anak ayah,” jelasku.
Suaraku sudah sedikit sebak. Entah macamana mata aku terasa macam masuk habuk pula.
Mikail terdiam. Ku perlahankan kenderaan dan menoleh ke wajahnya. Nampak airmatanya sedikit menitis di pipi.
Cara Kita Tegur Anak Berbeza Kesannya…
Kawan,
Begitulah hati.
Hati ini walau sekeras mana sekalipun, jika disiram dengan kata-kata yang baik dan kena dengan caranya pasti akan lembut dan memberi kesan yang lebih dalam.
Mungkin ada di kalangan kita lebih suka dengan pendekatan lain. Membalas rungutan keras si anak dengan rengusan yang lebih kasar tapi aku yakin itu bukan satu penyelesaian.
Mungkin juga ada di kalangan kita yang lebih gemar mengajar melalui bebelan. Ya, bebelan itu mungkin kita rasa puas sebab dapat meluahkan segala apa yang terbuku di hati tapi aku yakin isinya tidak akan sampai ke dasar hati. Sekadar melintas dari telinga kanan ke kiri.
Hmm. Itukah yang kita mau?
Selain itu, teguran keras dan kasar ini aku yakini akan hanya meninggalkan kesan dan contoh yang tidak baik kepada anak-anak.
Mereka ini umpama span. Akan menyerap apa sahaja contoh tauladan yang kita hidangkan.
Elok pada pandangan kita mungkin bukan sesuatu yang bagus untuk mereka. Yang tak elok dengan citarasa kita pula mungkin adalah pendekatan yang lebih baik untuk mereka.
Berhati-hatilah memilih cara menegur. Biarlah kita menegur dengan cara yang kurang nikmat bagi kita tetapi isinya terus tertancap di minda.
Aku harap dengan teguran aku tadi Mikail akan mengerti bahawa ayahnya ini amat menyayanginya sepenuh hati. Wallahua’lam.
#Boon
@Puaka Bersekutu
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lahir Waktu Pagi, Petang Atau Malam Boleh Mempengaruhi Peribadi Anak Bila Besar

Waktu bayi lahir boleh menentukan apa peribadinya pada masa depan. Mungkin sukar untuk percaya, namun ilmu astrologi mengajar yang waktu lahir bayi memang memberikan pengaruh besar terhadap watak si anak. Mari lihat penjelasan lengkap dari kami untuk mengetahui watak anak anda berdasarkan waktu lahirnya.
Waktu lahir bayi jam 5-7 pagi: Waktu Subuh
Anak yang lahir di waktu ini adalah anak yang sangat lembut, dia suka kebersihan dan juga suka berpakaian rapi. Anak yang lahir pada waktu subuh sangat peramah, dan bersikap rendah diri. Dia juga cenderung memiliki akhlak yang sopan. Anak yang lahir waktu subuh sangat sesuai untuk menjadi seorang ahli psikologi kerana karakternya yang memahami orang lain, murah hati, dan selalu membantu orang lain.
Waktu bayi lahir jam 7-9 pagi: Waktu Pagi
Karakter bayi yang lahir di waktu pagi memiliki cita-cita tinggi, dan sedikit kurang sabar juga keras hati. Namun demikian, dia juga memiliki komitmen kuat, bersifat jujur, harga diri tinggi yang membuatnya boleh mencapai masa depan cerah berkat usahanya sendiri.
Waktu lahir anak jam 9-11 pagi: Waktu Pagi
Bayi yang lahir di waktu awal tengahari akan membesar sebagai seorang yang mementingkan penampilan. Dia juga memiliki sifat tenang, ceria, pintar, pandai berbicara dan pandai menyimpan perasaan. Dia menyukai persaingan, dan sangat gembira jika boleh memenangi sesuatu dan berada di puncak. Dia juga seorang yang suka merancang secara bijak.
Waktu bayi lahir jam 11 pagi: Waktu Pagi
Jam sebelas pagi adalah masa kelahiran para atlet yang memiliki banyak tenaga dan kekuatan. Dia juga seorang pengembara dan bersikap murah hati. Anak ini juga memiliki banyak ruang untuk cinta di dalam hatinya. Cinta kepada keluarga dan temannya akan membuatnya menjadi seorang yang suka bekerja keras demi kebahagiaan orang lain.
Waktu lahir anak jam 12 – 1 petang: Waktu Tengahari
Anak yang lahir di waktu siang dan pada waktu tengahari khususnya adalah anak yang aktif dan energetik. Dia penuh rasa ingin tahu dan suka bermain. Selain itu, bayi yang lahir di waktu matahari sedang tinggi memiliki kemampuan mengajar yang bagus. Dia akan menjadi orang yang bercita-cita tinggi namun penuh rasa tanggungjawab. Dia juga akan mudah bertemu jati dirinya kerana dia tahu apa yang diinginkan dalam hidup ini.
Bayi yang lahir pada pukul 2-5 petang: Waktu Petang
Anak yang lahir pada jam ini bersopan santun, ramah, tenang, dan lembut. Anak ini juga sering kelihatan sedih, padahal dia hanya sedang berfikir. Jika diperlakukan secara buruk oleh orang lain, dia akan melawan dan membela diri. Kepercayaan dirinya tersembunyi di sebalik sikap yang tenang. Dia membenci kekerasan, namun juga bersifat keras kepala untuk meraih kejayaan sebanyak-banyaknya.
Waktu bayi lahir jam 5-7 malam: Waktu Menjelang Maghrib
Anak yang lahir di waktu ini memiliki keperibadian terbuka, namun juga kurang sabar dan cenderung untuk melawan. Meski demikian, dia akan membesar menjadi seorang yang bijaksana, pintar, berani melakukan hal yang benar, perancang yang baik, dan juga tahu bagaimana caranya untuk bertahan dalam situasi sukar. Anak ini juga memiliki kemampuan beradaptasi dengan orang-orang di sekelilingnya. Dia mempunyai dedikasi tinggi pada pekerjaan dan juga boleh dipercayai. Selain itu, dia mudah menarik perhatian orang di sekelilingnya dengan gayanya yang suka bergurau namun tetap tegas saat diperlukan.
Waktu anak lahir jam 7-8 malam: Waktu Maghrib
Bayi lahir waktu magrib sehingga Isyak akan membesar menjadi seorang yang penuh rasa empati. Dia akan selalu tulus membantu orang lain. Dia juga memiliki pembawaan diri yang ceria dan menerima apa saja dalam hidupnya.
Waktu lahir anak jam 8-12 malam: Waktu Malam
Anak yang lahir di waktu malam memiliki kepercayaan diri dan semangat tinggi. Karakter ini boleh dilihat sejak usia muda.
- 8 – 10 malam:Anak akan suka membantu orang lain dan bertemu kebahagiaan dalam berbuat kebaikan. Sayangnya, dia akan menjadi seorang yang perfectionist dan benci melakukan kesalahan.
- 10 – 12 malam:Bayi yang lahir pada waktu ini membesar menjadi anak periang. Dia sangat menghargai kreativiti dan pantang menyerah untuk mencapai apa yang diingini.
Waktu bayi lahir 12 malam–4 pagi: Waktu Tengahmalam Menjelang Pagi
Tengah malam hingga menjelang pagi adalah waktu kelahiran anak-anak yang penuh imaginasi. Ia disertai dengan keperibadian yang sedikit sensitif.
- 12 – 2 pagi: Bayi yang lahir ketika ini cenderung memiliki kepercayaan diri tinggi dan berasa senang berkawan. Mereka juga suka berkongsi pengetahuan dan mendorong orang lain untuk berfikiran positif dan menjalani hidup dengan baik. Keluarga adalah hal utama bagi mereka yang lahir di tengah malam.
- 2 – 4 pagi: Anak yang lahir di waktu awal pagi sehingga menjelang subuh akan membesar menjadi seorang yang mahir berkomunikasi. Dia juga penuh rasa ingin tahu. Peluangnya untuk berjaya dalam karier sangatlah besar. Dia selalu berusaha keras dan teguh menjaga harga diri.
Semua ramalan di atas adalah berdasarkan ilmu astrologi. Sama ada benar atau tidak, terpulanglah pada diri untuk percaya atau sebaliknya. Paling tidak, ia boleh menjadi panduan karakter yang harus ada pada diri setiap anak itu. Yang pastinya, jam berapa pun anak anda lahir, dia akan membesar dan mempunyai peribadi yang luar biasa jika betul cara didikan kita.
Sumber: eyqahasnan.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI