Anak 2 Tahun, Kurang 50 Perkataan Dikira ‘Delay’. Catat/Bandingkan Perkataan Anak Ikut Carta Perkembangan

Share

Speech delay adalah gangguan komunikasi yang menyebabkan seorang anak mengalami masalah untuk berkomunikasi. 

Hal tersebut terjadi jika anak anda tidak dapat memenuhi tonggak perkembangan bahasa untuk usia mereka, dengan kata lain anak anda mungkin lebih lambat perkembangannya dalam berkomunikasi, bila dibandingkan dengan carta perkembangan mengikut usia.

Jadi bagaimana cara nak mengenalpasti masalah ‘Speech Delay’ anak? Sejak umur berapa? Ikuti perkongsian daripada Puan Aishah Kassim, Pakar Pertuturan Bahasa.

UMUR BERAPA NAK TAU ANAK DELAY ??

Sebenarnya tak ada umur tertentu sebagai cut off untuk kita cakap anak tu delay atau tidak ya..

Delay atau tidak ini ditentukan dengan cara membandingkan perkembangan anak kita sekarang dengan carta perkembangan normal ; iaitu TYPICAL DEVELOPMENT untuk kanak-kanak

CONTOH :

Carta perkembangan normal bagi anak umur 2 tahun:

  • Memahami arahan 2 langkah seperti ; ambil botol bagi mama.
  • Boleh menyebut lebih kurang 50 patah perkataan seperti ; mama, papa, susu, nak, makan, jom, bye dll.
  • Mula menghasilkn ayat 2 patah perkataan seperti ; nak susu, mama tu, apa ni, jom mandi dll.

Jadi jika anak anda boleh buat semua itu atau lebih dari itu maksudnya anak anda okay dari segi bahasa secara general.

TAPI ,

Jika kurang dari itu contohnya seperti;

  • Masih belum boleh sebut perkataan.
  • Bercakap sepatah-2.
  • Sebut kurang dari 50 patah perkataan.
  • Arahan kurang atau tidak faham.

Itu dah dikira sebagai delay lah.. Cuma untuk tentukan tahap anak anda dengan lebih detail lagi, anda perlukan penilaian dari SPEECH THERAPIST..

Bila dah tahu level anak di mana dan apa skill yang sudah ketinggalan.. barulah kita boleh setkan goal pengajaran untuk anak.. Kalau tak tahu performance anak, macam mana nak tahu nak kena ajar apa kan?

Dan yang penting lagi untuk diingatkan di sini bahawa, delay bahasa ni adalah berkaitan dengan perkembangan kognitif/mental juga ya.. Jadi rawatan perlu merangkumi perkembangan mental kanak-kanak juga..

Carta perkembangan normal kanak-kanak anda boleh google je di internet ada banyak.. Baca dan compare je okay..

Ps: Kalau anda rasa anak anda ada delay terus cepat-cepat assess.. Lagi cepat kita ajar, lagi cepat anak akan develop.. jangan tunggu sampai nak masuk sekolah baru nak mencari..

#aishahkassim
#nakanakcakap

Kredit:Aishah Kassim

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
NuFa