Sejak dari lahir lagi sebenarnya anak kita mula berkomunikasi. Walaupun belum boleh cakap, tangisannya itu dah memberi isyarat sebelum mulutnya mampu untuk menuturkan perkataan pertamanya.
Di usia anak mencecah setahun, sepatutnya ada beberapa perkataan bermakna dah boleh diungkapkan. Selepas beberapa bulan dan menjangkau usia 2 tahun pula, seelok-eloknya lagi banyak perkataan keluar dari mulut anak.
Jika dalam tempoh ini anak belum mampu sebut sepatah perkataan pun, bermakna ibu bapa seharusnya bimbang dengan perkembangan itu. Ada kemungkinan anak mungkin berdepan masalah lambat bercakap berbanding rakan seusianya yang lain.
Semakin lambat ibu bapa menyedari perkara itu, semakin lambat rawatan diambil, sekali gus masalah lambat bercakap tidak dapat diselesaikan.
Justeru itu, jika anak masih belum boleh bercakap, Terapis Pertuturan, Puan Ruby Atika berikan tip apa perlu ibu bapa buat selain bawa jumpa pakar untuk tindakan selanjutnya.
Anak yang dah umur 2 tahun lebih, masih tak bercakap. Apa nak buat?
1) pergi buat ujian pendengaran. Bawa ke klinik kesihatan, bagitau doktor yang anak masih tak cakap, nanti doktor bagi surat rujukan.
Ads
Sementara tunggu tarikh, apa nak buat?
2) semak kefahaman anak. Suruh dia tunjuk anggota badan (mata, telinga, rambut, kaki, tangan, hidung, gigi). Suruh dia ambil beg, ambil cawan, ambil bantal. Masa suruh tu, tak payah tunjuk isyarat. Bagi arahan verbal sahaja.
3) semak kemahiran preverbal. Perhatikan anak suka main mainan apa. Dia boleh tak main kereta lori, sepak bola, main sorok-sorok dengan ibu.
Perhatikan jika anak boleh tiru gaya isyarat komunikasi seperti bye bye, habis, high5, salam, tepuk tangan, tunjuk dengan jari telunjuk.
4) masa anak makan, tak payah pasang tv. Masa anak baru bangun pagi, tak payah pasang TV. Masa anak minum susu, tak payah duduk depan tv. Kurangkan tempoh masa anak di depan skrin.
Ads
5) tampal poster bergambar di dinding. Poster A ayam, b bola, c cawan, d daun. Ajar anak menunjuk pada gambar-gambar. Bukannya poster warna/bentuk atau poster haiwan di zoo. Tapi gambar objek harian yg anak mudah kenal.
6) suruh anak. Suruh dia hantar cawan ke sinki. Suruh anak letak cawan di meja. Suruh anak ambilkan sikat. Suruh anak bagi ayah kunci. Suruh anak ambil beg.
7) main bola bagus untuk galakkan interaksi dua hala. Ayah sepak kat dia, dia mesti sepak semula kat ayah. Kalau tak reti sepak pun, dia mesti kejar bola tu dan baling kepada ayah semula. Kalau dia buat tak heran, maka ibu mesti bantu dia, pimpin dia.
Petang-petang bawa anak ke taman. Nampak daun kering, ajar dia “pijak, pijak!”. Nampak ada kucing, “meow…meow…” panggil kucing. Nampak burung, panggil “cip cip cip”. Naik gelongsor, masa nak turun tu sebut “1,2,3 weee….” Naik mainan goyang spring tu, sebut “iyah, iyah, iyah”
Ads
9) main tiup bubbles. Ajak anak pecahkan bubbles sambil “pop pop pop”, ajak anak minta setiap kali dia nak celup lagi. Ajak anak jadi ninja dan “hiyah” dekat setiap bubble.
Saya membimbing ibu bapa membuat aktiviti rangsangan guna teknik-teknik speech therapy di rumah. Komunikasi bermula dari rumah.
10) bila pihak hospital bagi tarikh appointment, pergilah ikut tarikh yang ditetapkan. Sebab kita tak tau jika ada isu lain yang kita tak nampak dan memerlukan penilaian lanjut.
Untuk pengetahuan para mommy dan daddy di luar sana, terlalu manjakan anak boleh buat si manja tidak berdikari dan selalu mengharapkan anda sahaja.
Perkara ni perlu diberi lebih perhatian sebab ia boleh buat anak anda membesar menjadi individu yang kurang skil dalam pengurusan hidup mereka dewasa kelak.
Jadi, ajar si manja untuk buat kerja rumah seawal usia mereka lagi. Tapi, jangan pulak anda minta anak anda yang masih kecil untuk pergi beli ikan di pasar. Tunggu sehingga umur yang sesuai okay!
Kerja rumah sesuai untuk ana mengikut usia;
2-3 Tahun
– Simpan mainan di tempat asal
– Isi makanan haiwan peliharaan
– Lap tumpahan makanan/minuman
– Letak pakaian kotor di dalam besen
4-5 Tahun – Kemas tempat tidur
– Kemas meja makan
– Siram pokok bunga
– Basuh pinggan plastik di singki
6-7 Tahun
– Sapu lantai
– Buang daun kering
– Bantu ibu memasak
– Hidang makanan di dapur
8-9 Tahun – Vakum lantai
– Mop lantai
– Jahit butang baju
– Bawa haiwan peliharaan berjalan
10 Tahun ke atas
– Basuh kereta
– Cuci bilik air
– Jaga adik yang lebih muda
– Gosok baju dengan seterika
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Echolalia adalah situasi di mana kanak-kanak mengulang semula apa yg mereka dengar. Echolalia ni biasanya terjadi disebabkan oleh beberapa keadaan iaitu
1. Ciri-ciri yang ditunjukkan oleh kanak-kanak autism – perlu dapatkan penilaian dan nasihat dari professional ya. Jangan pulak assume anak mengulang je autism.
2. Kanak-kanak masih tidak faham apa yang mereka perlu katakan. Contohnya, masih tak tahu untuk jawab soalan yang diberikan. Biasa terjadi pada kanak-kanak yang tengah belajar bercakap.
TIPS BERCAKAP DENGAN ANAK ECHOLALIA (ANAK ULANG APA YANG KITA CAKAP)
Tapi untuk kedua-dua situasi, ada cara untuk anda membantu kanak-kanak untuk memahami dan berkomunikasi dengan menggunakan ayat yang betul.
Salah satu cara adalah dengan menterjemah apa yang perlu anak katakan mengikut situasi yang sesuai. Berikan ayat atau perkataan yang perlu anak sebut berkaitan situasi. Dengan cara ini kanak-kanak boleh berlajar ayat yang betul untuk mereka guna.
Kurangkan / elakkan bertanya banyak soalan dan memberi arahan.. sebab nanti anak akan echo apa yang anda cakap.. dan menjadikan ayat tersebut tak sesuai untuk mereka guna nanti.
Fahami apa yang anak anda cuba katakan, barulah anda boleh beri input yang betul
Walaupun banyak kisah mengenai anak kecil yang jadi mangsa asap rokok, seolah-olah ia langsung tak membantu. Apa yang menyedihkan kanak-kanaklah yang terpaksa menanggung sakit.
Malah lagi teruk, ramai dalam kalangan perokok seperti tak ambil kisah mengenai perkongsian ibu-ibu yang anaknya menjadi mangsa. Diharapkan perkongsian dari seorang ibu ini, Puan Nor Ashilla boleh dijadikan peringatan bersama.
Aqeef di diagnosekan SEVERE ACUTE BRONCHITIS WITH SECONDARY BACTERIA INFECTION.
(PEROKOK SILA BACA)
Alhamdulillah dah ada kekuatan untuk menceritakan kepada orang ramai atas apa yang berlaku kepada Aqeef. Actually saya tak ada ditempat kejadian dimana hari pertama Aqeef dikejarkan ke unit kecemasan salah satu hospital di Terengganu. Semasa kejadian saya dan suami berada di KL bekerja. Aqeef berada dikampung untuk 3 minggu.
4/3/18
Pagi. Atok dan nenek aqeef bawa aqeef ke klinik private memandangkan semalam sebelumnya aqeef tiba-tiba demam,tak makan dan minum dan asyik menangis tanpa henti. Di klinik tersebut doktor memberikan surat refer ke klinik berdekatan memandangkan condition aqeef pada waktu itu tidak stabil.
Tengahari. Sebaik tiba di unit kecemasan hospital , doktor telah membawa aqeef ke zon kritikal. Aqeef dalam keadaan sangat kritikal. Waktu itu doktor cuba bagi aqeef nebulizer,xray,blood taking,insert IV line dan lain-lain prosedur. Saya tahu doktor dan nurse dah sedaya upaya untuk menolong aqeef. namun aqeef masih lemah. Doktor decide INTUBATE buat aqeef dan diberikan ubat penenang.
Petang berlalu. Aku dikejutkan dengan panggilan seorang doktor dari hospital tersebut. Betapa luluh dan sedihnya hati bila doktor meminta izin dari kami suami isteri untuk doktor teruskan prosedur INTUBATE aqeef. Dunia bagaikan gelap buat kami. Shock. WHAT???INTUBATE???? pada waktu itu terbayang2 LARYNSCOPE difikiranku. (boleh tengok gambar dibawah alatan mcmmana yang digunakan untuk intubate) Allahu…sangat ngeri. Aku tak pernah berdepan dengan situasi macam nie. Bagaikan luruh jantung. Hanya terucap dibibir kepada doktor pada waktu itu ialah ” DOKTOR…TOLONG BUAT YANG TERBAIK UNTUK ANAK SAYA..TOLONG SELAMATKAN ANAK SAYA..” tu je mampu aku katakan pada doktor sambil sebak.
On the way. Sepanjang perjalanan dari KL-TERENGGANU kami suami isteri tak putus-putus kirimkan doa,yassin,zikir,selawat untuk anak kami Aqeef. Air mata mengalir tanpa henti mengiringi perjalanan kami di highway.
05/3/18
Jam menunjuk pukul 12.30 pagi. Kami selamat tiba di wad pead ICU. Perlahan-lahan kami menuju ke katil dimana aqeef berada. Dari jauh kami melihat kelibat anak kami. Terbaring kaku di katil no 5. Tak sedarkan diri dan melihat dibadannya dipenuhi dengan wayar-wayar,mesin,tiub dan jarum ditangan dan dikaki. Kedua-dua kaki dan tangannya diikat pada pagar katil. (bertujuan supaya bila sedar dia tak akan buang segala wayar-wayar yang ada dibadan dia) Ya allah. Anak kami langkah ku longlai. ku cuba menahan sebak.namun makin ditahan,makin sebak. Cuba ditenangkan oleh sang suami. Dipujuk supaya reda dengan apa saja yang berlaku. ku rebah dipangkuannya. Hanya mampuku sebut ALLAH..ALLAH..ALLAH..besarnya dugaan mu pada ku..AKU HARUS KUAT DEMI ANAK AKU.
Pagi. Aqeef masih tak sedar lagi. sesekali dia terkejut meronta-ronta lepas tu diam. Kami berdoa berdoa dan terus berdoa. Semoga Allah perkenankan doa kami. kami tak jemu-jemu berbisik ditelinga aqeef. “AQEEF ANAK YG KUAT..AQEEF KENE KUAT..AQEEF ADA DADY..ADA MAMA..ADA KAKAK DAN ADA SEMUA ORG..AQEEF KENE KUAT..”
Alhamdulillah…Aqeef dh extubate! oksigen dia maintain dengan mesin oksigen.mama bisik kat aqeef “MAMA DATANG SAYANG….BANGUN NAK..” dengan kuasa Allah s.w.t,aqeef bukakan matanya. merenung dengan tajam kepadaku selama beberapa saat dan dia kembali pejamkan matanya. Allah..aku terkejut dan terkesima. aqeef buka matanya semata mata untuk melihat ku berada didepannya. Aku happy bercampur sebak. Renungan aqeef selama beberapa saat itu seperti ingin mengatakan “MAMA….AQEEF SAKIT SANGAT…TOLONG AQEEF MAMA..”Mama dapat rasakan nya sayang! mama rasa firasat mama betul! mama tahu aqeef tengah sakit yang teramat sangat! Aqeef tengah struggle bertarung! Airmata mama bercucuran membasahi bantal aqeef tanpa dapat berselindung lagi.
Keadaan aqeef sebelah malam masih sama. masih bergantung pada mesin oksigen. tiada banyak perubahan. dia dah sedar tapi banyak tidur. kesan ubat morphine yang kuat menyebabkan dia masih lagi lalok.
Esoknya aqeef semakin teruk. oksigen aqeef mendadak turun. doktor datang tukar kan mesin oksigen kuat untuk aqeef. selepas beberapa jam aqeef masih critical. mesin oksigen yang baru tukar masih tak berkesan untuk dia. Doktor datang lagi . Dan decide tukar lagi mesin oksigen yang paling kuat.mama menangis semah-mahunya. Tak berjaya menahan sebak. berdoa berdoa dan trus brdoa. doktor ramai kelilingi aqeef..mama takut..dada mama kuat berdebar-debar. mama keluar sekejap..mama tak mampu nak tengok..mama takut..perasaan takut menyelubungi fikiran mama..takut sangat.
Alhamdulillah..sepanjang malam aqeef bagi respon yang baik. oksigen dah normal. tapi masih perlu pemantauan rapi. mama berasa amat lega. masih tak putusputus mama minta tolong kawan-kawan facebook mama doakan anak lelaki mama..ramai yang doakan aqeef. ramai yang buatkan solat hajat untuk anak mama. syukur ya allah.
Selepas tukar mesin oksigen yang kuat tu aqeef semakin okey. harini aqeef berborak dengan mama. aqeef dah boleh main GIVE ME FIVE dengan mama. mama so happy sangat-sangat. mama tengok bibir aqeef kering sangat. aqeef lapar. mama tahu. tapi doktor tak bagi aqeef makan lagi..doktor suruh aqeef puasa lagi. dan minum susu pun tak boleh melalui oral lagi. just guna tube ikut hidung sahaja. kesian mama tengok anak mama. lapar. sesekali mama titiskan air zamzam pada bibir kering dia. memang dia rindu nak minum dengan mulut. tapi apakan daya doktor masih tak bagi keizinan.
Kahak aqeef masih banyak. kali ni doctor dan nurse nak suction lebih lama sikit. sebelum ni mmg sehari dalam 3 kali aqeef kene suction. bergantung pada kahak banyak mana pada haritu. tapi harini aqeef suction lama sikit. meronta ronta mama tengok aqeef. menangis terjerit-jerit menahan sakit dijolok-jolok dengan tube suction. disebabkan aqeef melawan semasa nurse tu suction kat dalam hidung aqeef mengalami sedikit pendarahan disitu. pilu hati mama melihat aqeef mcm tu. mama tak sanggup sayang melihat mu menderita. tapi apakan daya mama. lepas dah suction lama pada ptg tu aqeef sedikit aktif. bertambah baik. banyak berborak dengan mama. tido pun dah lena. tiada masalah. mama syak esok aqeef dah betul-betul sihat dan boleh balik. Hehe
9/03/2018.
Aqeef jadi semakin teruk kembali. oksigen dia turun mendadak. blood pressure dia betul-betul high. jantung dia laju. pulse rate dia laju. sepanjang malam mama dan nurse yang jaga aqeef pada malam tu tak tidur langsung. setiap beberapa minit oksigen dia turun mendadak. mama memang tak lena nak tidur. mama takut nak pejam mata walau 1 saat. mama takut apa-apa jadi pada aqeef. hati mama kembali risau. hati mama kembali rapuh. Allahu…pada waktu pagi tu issue aqeef adalah hypertension (darah tinggi). doktor datang naikkan setting pada mesin oksigen. paling kuat.kata doktor ini cara yang terakhir. kalau cara ni tak berkesan lagi dia terpaksa INTUBATE aqeef balik. masa tu mama menangis semahu-mahunya. mama dah tak rela nak tengok aqeef kene intubate lagi. Mama berdoa lagi dan berdoa lagi. supaya Allah kembalikan aqeef mama yang dulu.
Keesokkan harinya,Aqeef semakin baik. oksigen bagus. jantung bagus. paru2-paru dah clear. cuma kahak ada sedikit lagi. tekanan darah tinggi pun dah kembali normal. cuma makan je aqeef tak boleh lagi. just boleh minum sahaja. tapi mama tak boleh nak menarik nafas lega lagi. selagi aqeef tak keluar dari ICU selagi tu la mama tak akan tarik nafas lega lagi. mama takut.
11/3/18
Allahuakbar!!!! takbirrr…! aqeef dah boleh transfer ke wad biasa. sujud syukur syukur syukur. perasaan lega. lega yang amat sangat. penderitaan di ICU sudah berakhir. berharap agar ini kali yang pertama dan ini juga kali terakhir jejakkan kaki ke ICU.
Dan treatment aqeef di continue ke wad biasa selama 3hari. doktor dan nurse hanya memantau sebelum diberi kebenaran untuk discaj dan complete antibiotik yg dia ada.
Boleh agak apa sebenarnya yang berlaku kat aqeef?
Doktor cakap kemungkinan BESAR ini disebabkan oleh ASAP ROKOK. tau asap rokok??
ASAP ROKOK ni datang dari orang luar sebab dari kalangan family ku tiada yang merokok termasuk la dady aqeef dah lama berhenti merokok.
Kalau ada yang cakap “ALAH..AKU MEROKOK OKEY JE. ANAK AKU DAH 6 ORANG DAH. SEMUA HIDUP JE. SEMUA SIHAT JER PUN”
Tu aku boleh katakan NASIB KAU BAIK LAGI. Ye…kau masih bernasib baik lagi bro. Kau boleh jawab selamber sebab yang sakit tu anak aku. bukan anak kau. kan????? suatu saat kalau benda ni berlaku kat anak-anak sendiri masa tu baru kau tahu erti penyesalan. masa tu baru tahu langit tu tinggi ke rendah. Masa tu baru kau tahu betapa bahayanya ASAP ROKOK.
Jadi tolonglah perokok-perokok tegar disana. Kalau ternampak anak-anak kecil ketika direstoran atau dimana-mana tolong la matikan rokok tu. sambung balik ditempat yang tiada kanak-kanak. Tolonglah. kasihani lah anak-anak yang tak berdosa ini terpaksa menahan kesakitan disebabkan anda.
Sedikit perkongsian dari saya,beberapa langkah boleh diikut untuk menghindari kes ini terjadi lagi :-.
1)hindari anak dari disentuh oleh siperokok
2)completekan vaksination (kalau belum complete)
3)sentiasa hand washing sebelum memegang anak
4)tukar baju anak sebaik sahaja sampai dirumah bila keluar rumah
5)elakkan pergi ditempat yang ramai orang (pasar malam/pasar pagi)
6)diet yang sihat setiap hari (nasi/sayur/buah
7)elakkan anak daripada orang yang tidak sihat.lebih-lebih lagi dari bayi yang tidak sihat seperti selsema demam & batuk
DAN!!! Kalau ada perokok nak juga pegang anak kite, pastikan tukar dahulu baju perokok itu dan basuh tangan & berkumur sebelum memegang anak. paling baik MANDI dahulu sebelum memegang anak kalau selepas merokok.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...