Sejak dari lahir lagi sebenarnya anak kita mula berkomunikasi. Walaupun belum boleh cakap, tangisannya itu dah memberi isyarat sebelum mulutnya mampu untuk menuturkan perkataan pertamanya.
Di usia anak mencecah setahun, sepatutnya ada beberapa perkataan bermakna dah boleh diungkapkan. Selepas beberapa bulan dan menjangkau usia 2 tahun pula, seelok-eloknya lagi banyak perkataan keluar dari mulut anak.
Jika dalam tempoh ini anak belum mampu sebut sepatah perkataan pun, bermakna ibu bapa seharusnya bimbang dengan perkembangan itu. Ada kemungkinan anak mungkin berdepan masalah lambat bercakap berbanding rakan seusianya yang lain.
Semakin lambat ibu bapa menyedari perkara itu, semakin lambat rawatan diambil, sekali gus masalah lambat bercakap tidak dapat diselesaikan.
Justeru itu, jika anak masih belum boleh bercakap, Terapis Pertuturan, Puan Ruby Atika berikan tip apa perlu ibu bapa buat selain bawa jumpa pakar untuk tindakan selanjutnya.
Anak yang dah umur 2 tahun lebih, masih tak bercakap. Apa nak buat?
1) pergi buat ujian pendengaran. Bawa ke klinik kesihatan, bagitau doktor yang anak masih tak cakap, nanti doktor bagi surat rujukan.
Sementara tunggu tarikh, apa nak buat?
2) semak kefahaman anak. Suruh dia tunjuk anggota badan (mata, telinga, rambut, kaki, tangan, hidung, gigi). Suruh dia ambil beg, ambil cawan, ambil bantal. Masa suruh tu, tak payah tunjuk isyarat. Bagi arahan verbal sahaja.
3) semak kemahiran preverbal. Perhatikan anak suka main mainan apa. Dia boleh tak main kereta lori, sepak bola, main sorok-sorok dengan ibu.
Perhatikan jika anak boleh tiru gaya isyarat komunikasi seperti bye bye, habis, high5, salam, tepuk tangan, tunjuk dengan jari telunjuk.
4) masa anak makan, tak payah pasang tv. Masa anak baru bangun pagi, tak payah pasang TV. Masa anak minum susu, tak payah duduk depan tv. Kurangkan tempoh masa anak di depan skrin.
5) tampal poster bergambar di dinding. Poster A ayam, b bola, c cawan, d daun. Ajar anak menunjuk pada gambar-gambar. Bukannya poster warna/bentuk atau poster haiwan di zoo. Tapi gambar objek harian yg anak mudah kenal.
6) suruh anak. Suruh dia hantar cawan ke sinki. Suruh anak letak cawan di meja. Suruh anak ambilkan sikat. Suruh anak bagi ayah kunci. Suruh anak ambil beg.
7) main bola bagus untuk galakkan interaksi dua hala. Ayah sepak kat dia, dia mesti sepak semula kat ayah. Kalau tak reti sepak pun, dia mesti kejar bola tu dan baling kepada ayah semula. Kalau dia buat tak heran, maka ibu mesti bantu dia, pimpin dia.
Petang-petang bawa anak ke taman. Nampak daun kering, ajar dia “pijak, pijak!”. Nampak ada kucing, “meow…meow…” panggil kucing. Nampak burung, panggil “cip cip cip”. Naik gelongsor, masa nak turun tu sebut “1,2,3 weee….” Naik mainan goyang spring tu, sebut “iyah, iyah, iyah”
9) main tiup bubbles. Ajak anak pecahkan bubbles sambil “pop pop pop”, ajak anak minta setiap kali dia nak celup lagi. Ajak anak jadi ninja dan “hiyah” dekat setiap bubble.
Saya membimbing ibu bapa membuat aktiviti rangsangan guna teknik-teknik speech therapy di rumah. Komunikasi bermula dari rumah.
10) bila pihak hospital bagi tarikh appointment, pergilah ikut tarikh yang ditetapkan. Sebab kita tak tau jika ada isu lain yang kita tak nampak dan memerlukan penilaian lanjut.
Kredit: Ruby Atika
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/