Pemilihan nama untuk bayi biarlah yang baik maksudnya. Ini kerana panggilan nama itu adalah satu doa dan akan dibawanya sehingga ke akhir hayat. Bagaimanapun, trend ibu bapa sekarang gemar meletakkan nama anak yang panjang atau menggabungkan nama suami isteri.
Betul ia adalah hak ibu bapa, tetapi fikirlah juga masa depannya dan kesukaran apabila nak mengisi sebarang dokumen penting.
Seperti kisah sepasang suami isteri di Jawa Timur memilih nama buat anak lelaki mereka yang sangat panjang sehingga berhadapan masalah untuk mendapatkan sijil kelahiran.
Tidak seperti kebanyakan nama yang panjang hanya terdiri beberapa perkataan sahaja tetapi bagi pasangan, Arif Akbar dan Suci Nur Aiysiah memilih nama Rangga Madhipa Sutra Jiwa Cordosega Akre Askhala Mughal Ilkhanat Akbar Sahara Pi-Thariq Ziyad Syaifudin Quthuz Khoshala Sura Talenta buat anak lelaki mereka yang terdiri daripada 19 perkataan dan 115 huruf.
Kata Arif, nama yang dipilih untuk membawa makna adalah berkaitan dengan sejarah ketamadunan Islam. Ia dipilih hasil perbincangan saudara mereka yang juga seorang budayawan, Mujoko Zahid.
Berhadapan dengan masalah dokumen rasmi kelahiran, menurut laporan Detik, pasangan itu telah menulis surat kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo.
Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa menyarankan agar pasangan berkenaan memendekkan nama anak mereka, lapor Kompas.
Ia berikutan tindakan pihak berkuasa yang menolak permohonan dokumentasi pasangan itu kerana had jumlah abjad yang dibenarkan ialah 55 abjad iaitu separuh daripada nama kanak-kanak yang mesra dipanggil Cordo itu.
55 karakter tersebut ialah termasuk huruf dan jarak.
Antara nama yang menjadi nama terpanjang di dunia ialah Willow Sullivan Corbett Fitzsimmons Jeffries Hart Burns Johnson Willard Dempsey Tunney Schmeling Sharkey Carnera Baer Braddock Louis Charles Walcott Marciano Patterson Johansson Liston Clay Frazier Foreman Taylor-Brown
Gadis itu berusia 13 itu berasal dari England memiliki nama tengah sebanyak 25 perkataan.
Kredit: Detik.com, Kompas
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI