Setiap kanak-kanak tahap perkembangan berbeza mengikut rentak mereka sendiri. Ini kerana ia dipengaruhi pelbagai faktor antaranya genetik, neurologi, fizikal, persekitaran dan emosi.
Di fasa awal perkembangan itu adalah penting untuk kanak-kanak membesar dengan sempurna. Ibu bapa harus memastikan perkembangan anak bermain, belajar, bercakap, bertindak dan bergerak setiap hari adalah selari dengan peningkatan usianya. Jangan ambil sikap bertangguh dan tunggu sehingga terlambat.
Disebabkan itu, Terapis Cara Kerja, Puan Maryam Jamadi berkongsi mengenai apa ibu perlu tahu untuk anak sekitar usia 2 tahun sebelum terlepas begitu sahaja.
“ANAK SAYA NORMAL KE?”
Baru-baru ini, banyak pula kes baru yang saya kendalikan melibatkan anak umur 1 tahun 6 bulan ke 2 tahun.
Soalan utama yang mak ayah akan tanya adalah “anak saya normal ataupun tidak”. Sebab biasanya umur 1 tahun 6 bulan kebanyakan mak ayah baru sedar yang anak terlewat perkembangan terutamanya bila belum mula bercakap lagi.
Jadi, saya nak kongsikan sedikit perkembangan normal anak umur 2 tahun:
PERKEMBANGAN ANAK UMUR 2 TAHUN
1. SKILL URUS DIRI
– Minum air guna cawan
– Makan guna tangan/sudu/garfu
– Basuh dan keringkan tangan
– Berus gigi (dengan bantuan)
2. SKILL BAHASA
– Mula gabungkan 2 patah perkataan 1 ayat (“nak makan”)
– Tahu sekurangnya 6 anggota badan
– Tahu lebih 50 perkataan
3. SKIL EMOSI DAN SOSIAL
– Tahu dan boleh salam/hi, bye-bye dan high-5.
– Meminta sesuatu
– Sedih bila ada orang lain menangis
– Melihat reaksi muka mak ayah apabila berada dalam situasi baru
– Mula “temper tantrums”, mengamuk apabila tak dapat apa yang diingini
4. SKIL MOTOR HALUS
– Boleh susun 6 blok secara menegak
– Menconteng
5. SKIL MOTOR KASAR
– Baling dan sepak bola
– Naik dan turun tangga
– Melompat setempat
6. SKIL KOGNITIF
– Cuba buka/tekan/guna butang, tombol pintu, bekas atau suis
– Memahami arahan mudah
– Faham konsep kepunyaan
– Meniru perbuatan atau pergerakan
Sekiranya umur 2 tahun 6 bulan, anak masih belum boleh lakukan semua perkara di atas bermaksud anak sudah mempunyai masalah kelewatan perkembangan.
Banyak kes yang mak ayah sebenarnya risau anak tak cakap lagi tetapi semasa sesi penilaian baru sedar yang anak ada masalah dalam perkembangan lain juga. Sebab kebanyakan orang hanya nampak:
❌️ Kenapa anak tak cakap lagi?
❌️ Kenapa anak tak faham arahan lagi?
❌️ Kenapa bila dipanggil anak tak menyahut?
Tapi sebenarnya sebelum anak mula bercakap, ada banyak lagi proses yang anak perlu capai dahulu. Bahagian inilah yang mak ayah perlu dapatkan bantuan terapis. Sebab itu semasa sesi penilaian bersama saya, soalan wajib saya adalah:
– Masa bayi anak ada fasa masukkan benda dalam mulut?
– Umur 2 tahun, masih makan bubur kisar?
– Anak pandai meniarap, merangkak dan berjalan umur berapa?
– Berapa lama purata anak didedahkan dengan skrin?
Soalan diatas ini penting untuk kami terapis mengenalpasti masalah dan punca. Jika tak betulkan lubuk masalah dahulu, perkembangan anak memang tak akan berkembang ataupun lambat.
Perkara paling bahagia sepanjang menjadi terapis adalah apabila melihat sendiri perkembangan pesakit/client. Lagi-lagi bila mak ayah jenis cakna dan dapatkan bantuan seawal anak umur 2 tahun ke bawah, memang kesannya nampak cepat sangat.
Ada beberapa kes saya baru-baru ini, anak umur 2 tahun daripada tak ada sebut apa-apa perkataan. Kurang dari 4 sesi terapi, sudah mula sebut perkataan.
Akhir sekali, pesanan saya kepada mak ayah yang perasan perkembangan anak sudah terlewat, dapatkan bantuan awal. Makin lambat, makin jauh jurang perkembangan anak.
*Ada mak ayah yang ada anak umur 1-2 tahun ke?
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan membantu mak ayah yang memerlukan.
Kredit: Maryam Jamadi, Pediatric Occupational Therapist
BEYOND Home Therapy, Selayang
BACA [Ini 8 Perkara Anak Sulung Nak Daripada Ibu Ayah, Tapi Tak Mampu Ungkapkan!]
BACA JUGA [Ibu Ini Kongsi Cara Rangsang Deria Bayi Lebih Cepat Dengan Lihat 3 Warna Ini!]
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI