Tidak disangka-sangka buah durian gugur, sudah dielak tetap tertimpa ibu dan bayi. Walau pun tiada kecederaan serius kepada si kecil, buah durian seberat kurang 1 kg itu telah mengakibatkan keadaan lebam pada dada ibu bayi berkenaan.
Menurut bapa bayi lelaki berkenaan, Megat Zarulfais Megat Kamaruddin, sebelum durian tersebut terkena pada wajah anaknya, ia terlebih dahulu tertimpa dada isterinya.
Kredit: akuanakpahang.blogspot.com
DURIAN TERLEBIH DAHULU MENIMPA DADA ISTERI BARU TERKENA ANAK
“Durian itu jatuh mengenai isteri saya terlebih dahulu, barulah melantun ke kepala anak.
“Kalau betul-betul jatuh atas kepala, mungkin anak saya lagi teruk daripada ini,” kata Megat Zarulfais
Menurut bapa berusia 26 tahun itu, kecederaan anak lelakinya, Megat Muhammad Kays Muhaddin yang berusia empat bulan tidak cedera teruk berbanding isterinya yang lebam pada dada akibat terkena duri raja buah seberat kurang satu kilogram di Felda Jengka 17, Jengka, petang kelmarin.
Gambar hiasan.
BAYI DIDUKUNG KERANA MENANGIS
Menceritakan kejadian itu, isterinya, Norfarahana Baharuddin sedang mendukung Megat Muhammad Kays sambil bersiar-siar di halaman rumah selepas anak bongsu daripada dua beradik itu menangis.
Ads
ISTERI SUDAH BERALIH TAPI…
Bapa ini juga menjelaskan bahawa isterinya sudah mendengar buah terjatuh dan beralih dari kawasan yang dianggarkan ia gugur. Bapa ini juga menjelaskan pokok berkenaan hanya terletak bersebelahan dengan rumah mereka.
“Masa dukung Megat Muhammad Kays, isteri terdengar buah terjatuh lalu melarikan diri. Biasanya durian kalau jatuh, buah ini menghempap dahan lain.
“Kebetulan dia terdengar, jadi dia segera lari takut terkena serpihan dahan atau buah.
“Tapi takdir Allah SWT dan buah itu terkena isteri dan anak. Bukan dia pergi mencari durian dan kebetulan pokok ini terletak bersebelahan rumah sahaja,” katanya.
Ads
TIADA SIAPA MAHU KEJADIAN SEPERTI INI BERLAKU
Katanya, tiada sesiapa mahu perkara itu berlaku, tambahan pula durian ini jatuh ke arahnya selepas terkena dahan lain.
Megat Zarulfais berkata, disebabkan salah faham, ramai pihak mengecam seolah-olah isterinya membawa bayi ke kebun mencari durian.
“Bagi yang tidak tahu cerita sebenar, usah membuat andaian sendiri,” katanya.
Ads
KECEDERAAN ANAK TIDAK SETERUK ISTERI
Katanya, selepas dibawa ke hospital, bayinya dibenarkan pulang berikutan kecederaannya tidak seteruk isteri.
“Rumah berkenaan hanya didiami isteri dan anak saya manakala saya bekerja di Kuala Lumpur.
“Saya menganggap kejadian ini sebagai ujian buat kami sekeluarga,” katanya.
Ditanya mengenai keadaan Megat Muhammad Kays, dia berkata, anaknya kelihatan cergas dan aktif seperti biasa.
“Saya terima mana-mana pihak yang mengecam kerana mereka mungkin tidak tahu cerita sebenar. Saya ucap terima kasih kepada mereka mendoakan Megat Muhammad Kays cepat sembuh,” katanya
Kebanyakan orang kata eloknya orang perempuan ni ada duit sendiri dalam tangan. Tak banyak pun tak apa simpanan tu, asalkan boleh digunakan dalam masa terdesak.
Mungkin bagi yang bekerja makan gaji atau pun buat bisnes kecil-kecilan tak ada masalah, cuma bagi yang tiada pendapatan tetap, simpanan sikit-sikit tu tetap boleh dilakukan jika pandai menyimpannya.
Menerusi perkongsian saudara Firdaus Shakirin yang banyak berkongsi ilmu rumah tangga, beliau mengupas kenapa pentingnya isteri ada duit sendiri. Bukan maknanya kita harapkan sesuatu yang buruk berlaku tetapi untuk kesenangan bersama.
Ada pendapatan boleh bantu ringankan beban suami
Baik dan bagus sekiranya isteri itu ada pendapatan bulanan. Tapi nawaitu untuk ada pendapatan itu bukanlah sebagai persediaan untuk ditinggalkan suami.
Ada pendapatan, untuk meringankan bebanan suami. Ada pendapatan untuk perbelanjaan kelengkapan sendiri. Ada pendapatan, untuk buat simpanan, beli aset dan kegunaan kemudian hari..Sekurang-kurangnya ada pendapatan untuk di hulurkan kepada orang tua sendiri.
Maka, tidak lagi perlu meminta-minta dari suami untuk kegunaan-kegunaan berikut sebab dah ada duit sendiri.
Persediaan sekiranya ditinggalkan suami itu tak perlu dibuat oleh seorang isteri bila awk dah pun buat perkara-perkara diatas. Secara automatiknya, jika berlaku sesuatu yang tidak di ingini, maka tiada apa yang awak perlu khuatirkan atau risaukan sebab awak dah lebih dari boleh untuk hidup tanpa seorang suami.
Bagi yang tiada pendapatan, janganlah terus risau
Dan bagi yang tiada pendapatan, jangan risau, jangan kelam kabut…Jangan esok terus cari kerja, jangan esok terus nak berniaga.
Allah SWT dah janji bahawa Dia akan mencukupkan sekiranya terjadi sesuatu kepada pasangan awak tu. Maka letak keyakinan anda pada Allah SWT.
Memang langit tak selalunya cerah, tapi selalukah kita berdoa untuk mintak hujan turun di tengah hari?
Perbaiki nawaitu, “Saya cari duit bukan sebagai persediaan untuk kehilangan suami…” InsyaAllah, hidup kita akan baik-baik sahaja.
Anak perempuan sememangnya cukup istimewa. Dikurniakan dengan pelbagai emosi dan pelbagai, kelembutan dan kasih sayang dari dalam, maka jiwa halus dan lembut perlu dibajai dengan kasih sayang.
Namun dalam menerapkan kasih sayang yang tepat, terapkanlah ilmu asas dalam diri agar anak perempuan tahu akan batas-batas yang perlu dijaga sebaiknya.
Menurut perkongsian Dr Taufiq Razif, didiklah anak perempuan kita dengan ilmu-ilmu ini sebelum mereka menginjang usia remaja. Ini penting!
Anak perempuanmu harus menjadi wanita yang ‘Iffah. Didiklah 8 perkara ini sebelum anak perempuan masuk umur remaja
1. Didiklah dia rasa malu dengan lawan jantina.
2. Ajari dia cara untuk berkata TIDAK / NO pada perkara yang boleh menjatuhkan maruahnya.
3. Didiklah dia untuk bersikap agak tegas pada orang luar tetapi berlemah lembut dengan keluarganya.
4. Bagitahu dia bahawa rasa malu itu benteng pertahanan terkuat seorang wanita
5. Ajari dia untuk ada pendirian agama yang kukuh dan kuat walau apa pun terjadi di sekelilingnya
6. Didiklah dia untuk hanya bergantung pada Penciptanya
7. Didiklah dia untuk mengawal emosinya di saat dia sangat marah dan berduka
8. Beritahulah dia bahawa dialah wanita paling cantik di pandangan orang tuanya
Ya Allah. Lindungi anak anak perempuan kami daripada segala ujian dan fitnah dunia. Dan jadikanlah anak anak perempuan kami anak yang ‘Iffah yang jauh daripada kerosakan dan godaan dunia dan jadikan anak anak perempuan kami wanita solehah semuanya.
Setiap masa kita doakan anak agar dipermudakan segala urusannya. Namun lebih afdal lagi sekiranya doa itu dimulakan ketika anak masih di dalam perut lagi. Inilah yang dikongsikan oleh selebriti media sosial, Aisyah Hijanah.
Menurut perkongsian Aisyah yang dikongsikan oleh kenalannya ketika mengunjungi Tanah Suci Mekah baru-baru ini, mendoakan anak sebaiknya dimulakan sebelum usia mereka empat bulan ketika di dalam kandungan.
Melalui Instagramnya, Aisyah turut sama berkongsi doa itu kepada semua.
“NAK ANAK PANDAI? MUDAH DIJAGA?
“Masa dekat Madinah, Aisyah jumpa dengan Kak @nurulhidayahzaini & Abg @jaz_z88. Ada satu pesan Abg Jaz yang Aisyah ingat pasal Doakan anak.
“Kadang tu mak ayah ni doakan anak bila anak tu dah besar. Tak salah, memang boleh. Tapi kita diperbaik untuk doakan anak daripada anak tu belum cukup sempurna lagi, even dalam perut sebab Allah sedang ciptakan takdir untuk anak kita.
“Doa mak ni tak ada hijab. Waktu anak diciptakan dalam perut (sebelum masuk 4 bulan) ni doakan sebanyak nya. Jodoh, rezeki, sifat, semuanya,” tulisnya berkongsi.
Banyakkan berdoa dunia akhirat
Malah cara ini juga yang dilakukan oleh ibu cantik manis ini buat anak sulungnya, Khadeejah.
“Pada waktu sebelum 4 bulan tu, semua doa sangat mustajab untuk anak. Jadi banyakkan doa untuk dunia & Akhirat anak. Antara doa yang Aisyah tak pernah tinggal daripada Khadeejah lagi “jodoh dengan yang terbaik di dunia Akhirat, mudah dijaga, tajam akal, dijauhkan dari kezaliman jin, syaitan & manusia, dimudahkan menerima & manfaat kan ilmu”
“Mungkin tips Abg Jaz ni kita semua boleh amalkan, especially ibu yang hamil. Usap perut, Doakan. Minta doa anak jadi orang yang benar-benar mengamalkan agama.
“Anak-anak zaman akan datang ni sangat kesian & bahaya. Banyak fitnah yang diorang akan lalui berbanding kita. Jadi, doakanlah semoga anak-anak kita ni terlindung dari fitnah Dajjal, fitnah dunia,” tulisnya berkongsi.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tragedi kanak-kanak 5 tahun lemas selepas majlis graduasi tabika ini mengundang pilu dan menjadi peringatan penting tentang keselamatan air. Ketahui kronologi, luahan keluarga dan langkah pencegahan.