Anak menangis berkehendakkan sesuatu adalah perkara biasa. Akan tetapi bila anak mula mengamuk menangis tanpa henti pada tempoh yang lama, mama mula hilang sabar. Inilah kisahnya yang berlaku kepada anak kita berusia 3 tahun. Puas dipujuk tapi masih lagi tidak reda. Bukan sekali tetapi berkali-kali. Buntu mama.
Tip yang dikongsi oleh Ibu Rose -Mesejnya Kasih ini mama boleh ikuti dalam menangani masalah anak seusia ini. Paling utama anak pada usia ini sedang berhadapan dengan perkembangan hidupnya kini.
“Tak nakkk…nak yang tu jugakkk…Uwaa…”
Aduhh..serius..rasa nak nangis pun ada bila anak buat perangai macam ni kat luar. Dah la kita terpaksa fokus pada baby dan anak lain yang masih juga kecil. Uwaa…mama rasa nak nangis dalam hati jugak boleh tak? Tak larat kadang tu nak melayan perangai anak 3 tahun yang sorang ni.
PAUSE…TENANG..RILEKS…RILEKS YOUR MIND.
Ramai para ibu bapa berasa sedih bila melihat anak kecil mereka yang dulunya baik saja kini sudah suka mengamuk, memukul-mukul, membaling barang dan ada juga yang menyepak.
Ads
Ramai para ibu berasa sedih dan berasa gagal. Ramai pula para bapa yang merasakan anak itu perlu didisiplinkan dengan lebih keras supaya dia tidak menjadi begitu selama-lamanya.
Sayang Ibu semua, pertamanya sayang perlu faham, ini adalah perkembangan diri anak itu. Ia tidak ada kena mengena dengan akhlak atau didikan. Setiap anak akan melalui fasa ini. Perbezaannya adalah samada ragamnya itu sangat kuat atau tidak begitu banyak. Itu saja.
Macam rama-rama. Kan kena lalui fasa kehidupannya sebelum jadi rama-rama.
Ads
Dari menjadi telur, bertukar jadi ulat beluncas, jadi kepompong dan akhirnya menjadi rama-rama yang besar dan cantik.
Begitulah juga manusia. Pada usia 1.5 -3 tahun ini, anak itu sudah mula menyedari dirinya berasingan dari ibunya dan keinginan untuk terus hidup – survive- mula kuat.
Ini adalah tahap yang dipanggil ‘individuating’ – saya juga seorang ‘individu’. Tahap dia mula sedar dia adalah individu dan dia ada kemahuannya sendiri dan dia mahu orang tahu yang dia ada kemahuannya sendiri.
Ads
Dia mula sedar dia tidak lagi sebahagian dari ibunya atau orang yang paling rapat mengasuhnya. Dia individu tersendiri dan boleh menyatakan kemahuannya dan perlu menyatakan kemahuannya untuk dia terus hidup.
Ditambah pula, pada usia ini, seorang anak itu melalui fasa ‘egocentric’ dan sangat EGO-CENTRIC.
Maksudnya, dia hanya memikirkan dirinya. Mekanisma ini Allah letakkan untuk kemandirian anak itu.
Begitulah anak ini memastikan dia terus boleh hidup terutamanya jika dia berpisah dari ibu bapanya. Itu yang Ibu maksudkan dengan kemandirian hidupnya.
Pada usia ini, apa yang mereka sangat mahu ialah rasa SELAMAT, TERLINDUNG dan DIKASIHI, DIFAHAMI TANPA SYARAT.
Semoga, perkongsian Ibu kali ni membantu sayang dalam menghadapi cabaran keibubapaan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Datin Diana Danielle mengakui, sebagai ibu, dia garang dan tegas terhadap dua anaknya, Muhammad, 5, serta Nur Aurora, 3.
Isteri kepada Datuk Farid Kamil itu berkata, dia lebih selesa mendidik anak-anak ikut cara yang diterapkan oleh ibunya semasa kecil.
Walaupun sibuk tapi bab mendidik anak saya tegas. Marah saya bukan sekadar marah tapi saya nak mereka faham saya sayang dan pada masa sama cuba menerangkan situasi sebenar supaya mereka memahami apa yang berlaku.
“Muhammad pun dah faham bila saya marah. Dia pula yang terangkan pada Aurora. Siap boleh cakap pada adiknya, ibu marah sebab ibu sayang,” katanya.
Jika dibandingkan dengan Farid, dia banyak berlembut dengan anak. Dia hanya akan marah dan masuk campur pada masa tertentu. Namun bab keselamatan anak memang dia nombor satu.
Diana juga mengakui, Muhammad dan Aurora automatik faham saya marah bila angkat tangan. Tak sempat pukul pun tapi isyarat itu dah buat mereka memahami.
Setakat ini paling berkesan, saya gunakan teknik ‘naughty corner’ bila anak buat salah. Teknik ini anak paling tak mahu kerana dia hanya perlu duduk menghadap dinding dalam tempoh masa tertentu.
“Bila saya sebut je ‘naughty corner’ mereka cepat-cepat minta maaf.
“Apa yang saya buat ini antara salah satu cara mendidik dari awal. Jika dah masuk sekolah rendah baru nak mulakan agak sukar untuk disiplinkan mereka,” jelasnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengacara, Irma Hasmie antara yang jarang-jarang berkongsi kisah anak-anaknya. Namun sempena bulan yang mulia ini, Irma turut berkongsi kisah mendidik anak-anaknya berpuasa.
Bahkan Irma turut berkongsi video dua anaknya yang kini sudah pun berpuasa penuh. Malah Irma juga turut memberikan tip untuk mendidik anak-anak kecil kita berpuasa.
Kata Irma menerusi satu entri di Instagramnya, dia mendidik anak-anaknya berpuasa penuh sebaik usia mereka menjangkau tujuh tahun.
“Masyallah…penat berpuasa.” tulis Irma pada video yang dikongsikan olehnya.
“Saya mengambil saranan mengajar dan mendidik anak-anak supaya berpuasa seawal usia 7 tahun. Mengambil dari hadith mendidik anak-anak solat.
“Tapi pantau la, pastikan puasa anak-anak tidak menyebabkan kemudaratan dan nilai tahap kemampuan mereka untuk terus puasa penuh.
“Kalau berjaya puasa penuh.. Alhamdulillah, boleh lihat dorang sendiri enjoy dan bersemangat bila berjaya,” katanya berkongsi tip.
Malah kata Irma lagi, puasa dapat melatih anak pada pelbagai perkara termasuk erti sabar dan membentuk akhlak mereka.
“Tujuan nya antara yang baik dapat latih anak-anak bersabar dan membentuk akhlak mereka,” kongsinya.
Namun ibu kepada dua orang cahaya mata ini juga turut berpesan agar jangan sesekali memaksa anak-anak berpuasa. Biar anak-anak memahami apa itu Ramadan dan kemudiannya barulah anak akan mula mengerti dan seterusnya berpuasa dengan ikhlas hati.
“Jangan paksa anak-anak tau, bagi dorang pengalaman sendiri dan excited bila faham apa itu Ramadan,” kongsinya lagi.
Video pendek yang dikongsikan Irma memperlihatkan dua anak-anaknya tidur kepenatan ketika di dalam kereta kerana terlalu penat berpuasa.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan pengikut Irma di Instagram turut meninggalkan reaksi mereka melihat telatah anak-anak Irma malah turut berkongsi tip dan cara mendidik anak-anak mereka berpuasa.
Terdahulu, Irma Hasmie mendirikan rumah tangga bersama pasangannya Redza Syah Azmeer pada 29 Jun 2012 dan kini mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Redza Syah Irfhan dan Irma Nur Naylie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @irmahasmie
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tak mahu anak bijak serba serbi? Satu kebanggaan pastinya bila anak mempamerkan keputusan yang cukup cemerlang dan akademik juga kurikulum di sekolah.
Selain usaha dan tidak putus asa, kejayaan anak perlu diiringi dengan doa dari ibu dan ayah.
Ini yang dikongsikan oleh penceramah bebas, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli ketika mendoakan anak kita setiap hari.
“Sembahyang hajat dua rakaat mintalah pada Allah.
“Ya Allah tolong jadikan anak aku ini anak yang soleh/solehah, ulama lagi cerdik.
“Minta tiga ni sahaja. Dapat tiga ni bermaksud dapat semua sekali. Sebab yang kita kena minta tiga sahaja.
“Yang pertama minta agama. Doakan anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah. Doakan anak dalam kandungan kita ini anak yang agamanya kuat.
Yang kedua minta ilmu. Mintalah anak kita jadi ulama. Kalau nak jadi ulama, doranglah dia mengaji ilmu agama, masuk sekolah agama, sekolah pondok, masuk sistem aliran pendidikan Islam, barulah boleh jadi ulama.
Yang ketika pula minta akal. Minta anak kita jadi cerdik dan pandai. Kalau anak kita tak ada kecerdikan, tak boleh dapat ilmu,” kongsinya.
Doakan anak kita agar menjadi insan yang dapat berjasa kepada agama dan bangsanya. Doakan selalu tanpa henti.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Solat berjemaah adalah satu ibadah yang menuntut kesempurnaan saf lurus, rapat, dan tersusun seperti mana yang diamalkan oleh para malaikat. Namun, apabila melibatkan jemaah...