Anak bawah tiga tahun memang selalu suka mengamuk sampai hempas-hempas badan. Situasi itu tentunya membuatkan ibu bapa menjadi bingung. Tertanya-tanya mengapa anak mereka jadi begitu.
Bagi ibu bapa yang selalu sangat mengalami situasi ini bila berdepan dengan anak usia setahun ke atas, elakkan bertindak mengikut perasaan. Perkongsian dari Ibu Rose yang banyak berkongsi ilmu keibubapaan ini sangat bermanfaat.
Anak 3 Tahun Ke Bawah Suka Mengamuk, Hempas Badan
Sayang, rileks ya. Jangan stress stress, nanti cepat tua. Abis susut kejelitaanmu. Baik, demi meredakan keresahan, biar ibu bantu sayang leraikan segala persoalan itu ya. Cuba sayang baca perlahan-lahan dan hadamkan apa yang Ibu bakal kongsikan.
Anak baru 1 tahun 6 bulan. Usia ini masih kecil dan yang paling ketara pada usia ini ialah anak-anak kecil dijadikan oleh Allah kuat EGO CENTRIC. Maksudnya bukan dia ego, tetapi dia LEBIH FOKUS KEPADA DIRINYA.
Mekanisma ini ada pada setiap manusia pada usia ini. Inilah cara Allah memastikan kemandirian manusia di dunia ini.
Anak-anak pada usia ini hanya memikirkan dirinya kerana pada usia ini bahagian lapisan kedua daripada bahagian ketiga lapisan otak – triune belum begitu berkembang. Otak ada tiga lapis. Bahagian paling bawah mengawal keselamatan, berkembang pada masa lahir hingga 3 tahun. Pada usia ini anak-anak hanya memberi respons kepada stimulus, ransangan dan belum boleh berfikir.
Mama & Papa Jangan Bertindak Ikut Perasaan
PADA USIA 3 TAHUN BARULAH LAPISAN KEDUA ATAU OTAK TENGAH ANAK BERKEMBANG. BAHAGIAN OTAK INI MENJAGA EMOSI DAN KESIHATAN. PADA KETIKA INI BARULAH ANAK-ANAK MEMIKIRKAN ORANG LAIN DAN SEDAR LEBIH MENGENAI KEWUJUDAN ORANG LAIN. PADA MASA INI JUGA BARULAH EQ ANAK MULA BERKEMBANG DAN DIA MULA FAHAM UNTUK BERTOLAK ANSUR.
Anda akan lihat anak yang merasakan dia dijaga dengan baik dan berasa selamat, bahagian otak tengah ini mungkin sudah mula berkembang pada usia lebih awal. Maka anda melihat situasi anak-anak itu baru menjangkau 2 tahun, tapi sudah boleh memikirkan perasaan orang lain. Pucuk pangkalnya, BILA ANAK RASA SELAMAT, PERKEMBANGANNYA CEPAT.
Pada usia 4 tahun ke atas barulah bahagian otak paling atas iaitu neokorteks atau otak berfikir anak mula develop. Barulah mereka boleh faham penerangan yang kita beri dengan lebih lagi. Namun, mereka masih belum boleh membezakan yang baik dari yang buruk kerana mereka belum mumayiz. Frontal lobe mereka belum develop penuh.
Haa..sekarang dah faham tak kenapa anak 2 tahun mengamuk? Selepas ini ibu ayah jangan bertindak ikut perasaan tetapi terus tegur dengan cara betul agar anak boleh memahami secara berperingkat mengikut usianya.
Sumber: Ibu Rose
Kredit foto: Freepik
Artikel berkaitan: Tak Perlu Marah-Marah Bila Anak Mengamuk, Menangis Serentak, Ikut Teknik Ni Redakan Anak!
Anak Mengamuk & Buat Perangai Jangan Abaikan, Terus Sabar, Sayang Anak Macam Biasa!
Marah Anak Mengamuk, Kita Cubit & Pukul. Diam Waktu Tu, Tapi Sampai Bila?
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI