Perasan tak anak umur 3 tahun makin bijak manipulasi kita sebagai ibu ayah. Macam-macam perangai dia tunjukkan.
Kadangkala ibu atau ayah mudah jadi ‘cair’ bila anak minta sesuatu sampai dia dapat. Sebenarnya anak umur 3 tahun semakin bijak memahami kelemahan anda, jadi berhati-hati.
Ibu ayah kena faham betul-betul karektor anak dan apa aktiviti terbaik untuk mereka supaya perkembangannya lebih optimum.
Puan Ruby Atika
Puan Ruby Atika seorang Speech Therapist yang mempunyai pusat terapi pertuturan berkongsi karektor, kebolehan dan aktiviti yang sesuai dibuat dengan anak 3 tahun.
Kanak-kanak yang berusia 3 tahun amat suka bermain dan berimaginasi. Pada usia 2 tahun, mereka lebih banyak meneroka dengan keupayaan fizikal (lari, lompat, berguling). Tetapi apabila masuk usia 3 tahun, mereka lebih fokus pada kemahiran motor halus.
Anda akan dapati kanak-kanak 3 tahun boleh duduk agak lama di suatu tempat, bermain dengan permainan menggunakan imaginasi.
Mereka mungkin berlakon sedang membayar wang di kaunter atau mengambil tempahan makanan. Mereka juga mungkin sedang membayangkan situasi peperangan atau sedang memandikan bayi.
Kemahiran motor halus seperti pergerakkan jari-jari juga menjadi lebih cekap. Mereka boleh disuruh untuk mengemas barang, membuang sampah dan meletak cawan ke dalam sinki. Malah ramai antara mereka sudah boleh menumpukan perhatian terhadap aktiviti mewarna.
Kredit foto: Instagram noorabita
Si Kecil Semakin Bijak
Pada usia begini, aktiviti kreatif seperti ‘arts and painting’ amat digemari kanak-kanak. Aktiviti mewarna tanpa berus pasti lebih menarik dengan menggunakan jari atau apa saja peralatan dalam rumah (span, kertas yang direnyuk, bawang, putik kapas).
Kredit foto: Instagram noorabita
Mereka juga sudah begitu bijak memanipulasi ibu bapa. Mereka tahu kelemahan ibu bapa. Maka kita mestilah yakin bahawa kita sebagai ibu bapalah yang mengetuai peraturan dalam rumah.
Ads
Pada waktu ini, kita mesti menegaskan sempadan, apa benda yang boleh dan apa benda yang tak boleh. Jangan takut kepada anak sendiri. Anda mesti bijak menilai sama ada anda sedang memanjakannya atau anda sedang merosakkannya.
Contoh paling mudah ialah penggunaan gadget dan tv. Begitu juga tentang pemakanan yang tidak berkhasiat.
Bagi kanak-kanak luar bandar, sudah ada yang pandai keluar bermain di luar rumah tanpa pengawasan ibu bapa dan tidak pula meminta izin untuk keluar (padahal umur baru 3 tahun! bayangkan anak itu pada usia 15 tahun nanti)
Secara umumnya, kanak-kanak 3 tahun boleh menggunakan 3 perkataan dalam satu ayat. Contohnya : “mama, nak keluar.” “adik nak ikan” “ni kasut ayah”.
Mereka masih lagi pelat beberapa bunyi tetapi pertuturannya boleh difahami oleh ahli keluarga. Ayat yang digunakan juga masih tidak begitu teratur. Tetapi mereka tetap cuba untuk menggunakan ayat yang lebih panjang.
Aktiviti Untuk Rangsang Si Kecil
Ads
Antara aktiviti berkaitan pertuturan-bahasa yang boleh dibuat oleh ibu bapa bersama anak 3 tahun ialah:
Kredit foto: Instagram noorabita
1) Suruh dia lakukan sesuatu dengan arahan yang panjang.
Contohnya : “letak seluar ni dalam bakul, lepas tu tolong ambilkan bedak kat atas meja”, “buang tisu ni dalam bakul sampah, lepas tu basuh tangan.”
Pastikan anda sertai dengan pujian dan galakkan.
2) Aktiviti mengenal warna dan menamakan warna.
Apabila anak memilih sendiri pakaian, suruh dia sebut warna pakaian yang dipilih. Begitu juga apabila nampak kereta lori dijalanan. Sebut warna kenderaan tersebut.
Ads
3) Banyakkan penggunaan kata sifat @ kata adjektif dalam perbualan bersama anak.
Contoh kata sifat seperti : wangi, busuk, panjang, laju, lambat, banyak, sedikit, kuat, keras, lembut.
Kredit foto: Instagram noorabita
4) Aktiviti bercerita buku bergambar.
Buku cerita, bukan buku ABC, 123, atau tulis ikut titik. Ingat, buku cerita yang ada watak, plot dan pengajaran. Jika anda target bab akademik, maka itu adalah bab lain. Di sini saya khusus menerangkan tentang pertuturan bahasa.
5) Pandang mukanya, dengar percakapannya dengan penuh perhatian.
Berhenti sekejap dari gadget anda dan tumpu pada apa yang dia nak cakap. Jika dia tersilap cakap (pelat atau ayat terbalik), maka anda mesti ulang ayatnya itu dengan betul.
Jika anda mengesyaki anak anda lewat bercakap berbanding rakan sebaya, bawalah anak berjumpa speech therapist berhampiran untuk melakukan penilaian.
Tiada apa yang membanggakan kita sebagai ibu ayah melainkan melihat pencapaian anak setiap hari. Ada sahaja yang anak-anak buat akan buat kita rasa gembira, sepanjang nak membesar banyak yang mereka belajar.
Untuk anak yang sedang bersekolah, ibu ayah pasti teruja bila lihat anak-anak semakin bijak dan memahami setiap apa yang dipelajari. Tak kisahlah sama ada anak belajar di sekolah mahupun yang diajarkan sendiri oleh ibu ayah, selagi ada perkara baru yang anak dapat ‘tangkap’, ia sememangnya pengalaman yang menyeronokkan.
Begitu juga dengan pelakon dan usahawan, Dazrin Kamarudin yang berkongsi video anaknya sedang menulis. Yang menarik perhatian bukan sahaja kebijaksanaan Dasuki mengeja tetapi juga tulisannya yang cukup teliti dan kemas.
“Ini sangat comel, Masya Allah dah tentunya saya seorang ayah yang bangga. Syukur, Alhamdulillah tak ada apa yang menggembirakan saya dari melihat perkembangan anak saya. Salam Jumaat semua..”
Di dalam video tersebut, Dasuki yang kini berusia empat tahun diminta oleh ibunya untuk menulis beberapa perkataan. Biarpun perkataan yang ringkas namun ia satu pencapaian yang sangat bagus untuk kanak-kanak sekecil Dasuki. Tambah menarik kerana si comel ini menulis tanpa ada rasa ragu-ragu.
Memang bijak betul Dasuki ni, tak lama lagi bolehlah dia menulis perkataan lain yang lebih panjang. Semoga anak lelaki kepada pasangan Dazrin dan Nur Fazulin akan membesar menjadi anak yang soleh dan membanggakan kedua orang tuanya.
Anak kecil jiwanya mudah dibentuk. Apa yang diajar ibu bapa itulah yang akan diingatinya sampai mereka besar. Dalam bab memberi salam, ibu bapa juga harus mula mengajar anak seawal mungkin.
Nampak macam remeh tapi inilah yang mengambarkan jiwa anak kecil yang luhur hatinya untuk terus mempunyai keperibadian unggul.
Ia kaedah yang terbaik bagi memulakan komunikasi dengan penuh keberkatan.
Latih anak-anak kecil dengan memberi salam kepada mereka dahulu
Benar, memberi salam kepada anak-anak adalah satu latihan kepada mereka supaya mengaplikasikan adab-adab syarak disamping menunjukkan sikap rendah hati dan lemah lembut.
Perkara ini merupakan adab yang paling asas untuk anak-anak terutama ibu bapa apabila masuk ke dalam rumah. InsyaAllah, lama-kelamaan adab memberi salam ini akan menjadi amalan kepada anak kita sehingga mereka meningkat dewasa.
Salam adalah doa. Doa itu positif pula.
Kebaikan itu bila kita bermula dan kebaikan akan kembali balik pada kita. What you give, is what you get back. Bila kita memberi salam dan senyum, orang lain juga akan balas perkara yang sama.
Oleh itu terapkanlah ke dalam jiwa anak-anak sejak mereka kecil lagi agar sentiasa menyebarkan kebaikan.
Salam dan senyum itulah kesan daripada apa yang telah kita lakukan. Senyum mengubah emosi diri dan juga orang sekeliling. InsyaAllah dengan ini kita juga berusaha menyediakan pintu rezeki yang terbuka luas kepada keluarga kita.
Bersama-samalah kita membina keluarga yang penuh berkat.
Sumber: Muhammad Naim Abd Manaf
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila anak memanjat, melompat cepat je hulur gajet sebab nak bagi anak diam dan tak ganggu kerja. Ingat di usia setahun hingga empat tahun itulah bagus untuk anak aktif dan bergerak. Tapi bila ibu bapa tengok anak aktif, mereka akan suruh anak duduk diam dan bagi gajet sampai 2 3 jam tak bergerak.
Oleh itu, pilihan paling baik nak bagi anak duduk diam, buka TV, bagi iPad, bagi telefon.
“Nah! Ambil, duduk diam-diam, jangan bergerak.”
Di sebabkan ibu ayah sendiri yang menggalakkan, anak pun suka. Fokus bukan main lagi tengok cerita apa pun dalam gajet. Lepas tu leganya mak ayah rasa… aman dunia.
Menurut Liyana Raya (Terapis Cara Kerja), jika diikutkan mak ayah dah buat banyak salah bila ‘divert’ kan perhatian anak kepada gajet dan TV sebab runsing tengok anak-anak bergerak.
Dalam situasi ini, mak ayah kena tahu kenapa anak kita suka bergerak? Bila anak-anak ni bergerak, tahu tak sebenarnya mereka sedang meransang sistem keseimbangan (vestibular system), sistem otot & sendi (proprioceptive) serta pergerakan motor kasar (gross motor movement) untuk menjadikan mereka lebih fokus, merangsang kebolehan berfikir, membantu menstabilkan otot-otot yang terlibat dalam penulisan, serta membantu anak-anak menjana sistem visual yang membantu dalam proses penulisan dan copying di sekolah.
Pemahaman anak-anak terhadap pembelajaran akan lebih bagus sekiranya anak-anak bergerak. Dengan bergerak, anak-anak akan lebih bersedia untuk mengatur pergerakan dan penulisan dengan lebih tersusun.
Sebab itu saya tak menggalakkan sangat anak-anak usia setahun hingga empat tahun tu belajar dengan flashcards dan gajet sahaja.
Kita masa kecil pun mana ada mak ayah bagi duduk dan belajar sekitar usia tersebut. Lebihkan bergerak berbanding duduk dan belajar. Sistem visual, tactile, proprioceptive dan vestibular mereka kena banyak bagi exposure dan exploration berbanding sistem ‘duduk diam-diam’ yang mak ayah sekarang buat untuk anak-anak.
Kalau anda rasa rimas bila tengok anak-anak bergerak di rumah orang lain, kawal pergerakan anak-anak anda. Boleh hadkan seketika, boleh bagi gajet.Tetapi ingat, lepas tu kena ganti dengan bagi bergerak balik. Bawa ke taman permainan sama ada indoor ataupun outdoor. Di situ, bagilah dia orang bergerak dengan bebas. Taman permainan adalah tempat yang terbaik untuk membuat pergerakan bebas anak-anak anda.
Jadi, jangan ingat kalau anak duduk diam tu, banyak yang mereka belajar. Sebenarnya mereka tak belajar apa pun. Sistem dalam badan tak diransang juga. Bagi gajet tak salah, tapi mcm mana kita seimbangkan dengan pemberian ransangan badan, itu yang penting.
Bila Anak Ada Minat, Tugas Kita Adalah Menyokong”: Inspirasi Dari Dunia Taekwondo Si Cilik
Pernah tak kita sebagai ibu bapa terhenti sejenak dan bertanya, “Apa sebenarnya...