Membiasakan anak kecil dengan minuman manis sejak kecil tak elok kerana anak boleh ketagih dan mula tidak suka pada air putih. Bila berterusan dan anak makin besar, nak ubah tabiat tersebut lagi susah.
Melalui perkongsian dari Puan Mazliana Mazlan, dia cukup terkejut apabila ada seorang ibu bercerita kepadanya apabila si anak langsung tak mahu minum air putih selepas usia setahun akibat ketagih minuman manis. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada ibu bapa lain. Jika anak anda pun sukakan minuman manis tak terlambat lagi untuk mengubah tabiat tersebut.
Anak umur 5 tahun, tak pernah minum air putih kecuali setahun pertama sahaja dan sewaktu makan ubat.
Allahu.Terkejut Ummi dengar ibunya bercerita. Sampai Ummi ulang ‘tak penah langsung?’ sampai beberapa kali.
IKLAN
Air yang diminum selepas umur 1 tahun, hanyalah air manis. Di rumah, suka minum air sirap dan M***. Ke sekolah, suka bawak air teh o. Di sekolah, juga dihidangkan dengan air manis mengikut jadual harian.
Deria rasa lidahnya dah terbiasa dengan makanan minuman manis. Sehinggakan air putih tanpa rasa tidak dapat diterima oleh tekaknya.
Bukan itu sahaja, nasi juga hanya 1 – 2 mulut yang boleh ditelan. Mesti ayam goreng atau telur goreng menjadi lauk. Sayur dan buah? Juga direject.
IKLAN
Tidak salah Ummi katakan semua kesan ini, adalah sebab gula dan pemanis tiruan yang berlebihan telah terserap di dalam badan anak tadi.
Makanan dan minuman proses bukan saja tinggi kandungan gula, pemanis tiruan juga tidak ketinggalan. Semakin diamalkan makanan minuman proses, semakin susah untuk elakkan ketagihan makanan minuman manis pada anak.
IKLAN
Bila dah begini, apa saya boleh buat? Gantikan gula dan pemanis tiruan dalam makanan minuman proses anak, kepada makanan yang segar dengan menggunakan gula dan pemanis semulajadi yang dicipta Allah.
Madu
Daun stevia
Kurma
Puree epal
Gula versi lebih sihat dari gula putih – Gula tebu asli – Gula kelapa -Gula kabung -Gula mollasses
Cuba ya, kita sama-sama jaga makan minum anak-anak kita.Kerana apa? Kerana Allah telah amanahkan kita sebagai ibu dan ayah, untuk menjaga dan membentuk mereka sebaiknya.
Sekian dari Ummi Mazliana Mazlan.
Ibu anak 2 yang masih bertatih ke arah kehidupan sihat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak perlu sihat, ceria dan aktif bermain. Itulah kebahagiaan buat insan bergelar ibu bapa.
Malah ibu bapa mana yang tidak runsing apabila anak asyik sakit dan keluar masuk hospital.
Semua ini mengganggu emosi dan rutin harian ibu bapa. Apatah lagi apabila anak-anak mula sakit hanya disebabkan penyakit biasa seperti batuk dan sebagainya.
Janganlah pandang ringan apabila anak batuk, demam dan selesema kerana ia merupakan
simptom kepada pelbagai penyakit. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memastikan kesihatan anak-anak mereka terjamin, termasuklah melindungi anak-anak mereka daripada penyakit seperti penyakit pneumokokal.
Apakah yang menyebabkan jangkitan Pneumokokal?
Penyakit pneumokokal ialah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus pneumoniae. Ia menjangkiti semua golongan umur tetapi lebih sering menjangkiti kanak-
kanak dan warga tua1.
Bakteria ini boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan termasuk pneumonia
(jangkitan/radang paru-paru), meningitis (radang membran yang mengelilingi saraf tunjang atau otak), sepsis (jangkitan dalam darah), sinusitis (jangkitan pada sinus) dan otitis media (jangkitan telinga tengah)1.
Perkara yang ibu bapa perlu ambil tahu ialah penyakit pneumonia ini kerap dijangkiti oleh
kanak-kanak bawah umur 5 tahun1.
Penyakit pneumonia boleh membuatkan seseorang yang dijangkiti sukar untuk bernafas. Ini berlaku kerana nanah dan lendir memenuhi saluran udara pada paru-paru yang sekaligus mengganggu sistem pernafasan2.
Jika ianya dibiarkan, oksigen mungkin tidak dapat sampai ke dalam darah dan boleh
membahayakan nyawa anak anda2.
Apakah kepentingan vaksin Pneumokokal?
Untuk pengetahuan ibu bapa, suntikan vaksin Pneumokokal merupakan sejenis imunisasi yang boleh diberikan kepada kanak-kanak sebagai langkah awal untuk mencegah daripada jangkitan kuman di paru-paru yang dikenali sebagai penyakit pneumonia pneumokokal1.
Disebabkan penyakit pneumokokal ini yang begitu mudah merebak, adalah disarankan untuk kita mencegahnya lebih awal dengan memberikan vaksin untuk melindungi anak kita1.
Pengambilan vaksin Pneumokokal boleh mengelakkan situasi di mana ibu bapa terpaksa menanggung perbelanjaan jika anak sakit pada tempoh masa yang lama sehingga menjejaskan rutin harian dan kewangan keluarga.
Tambahan pula kos perubatan kini yang semakin meningkat dari hari ke hari, adalah lebih bijak kita sebagai ibu dan bapa mempunyai kesedaran untuk mencegahnya lebih awal3.
Dengan adanya dos PERCUMA yang diberikan, ibu dan bapa bolehlah membawa anak mendapatkan suntikan ini.
Dos PERCUMA ini diberikan secara percuma sejak 1 Jun lalu hingga 31 Mei 2024 ini.
Keutamaan dos PERCUMA ini diberikan kepada kanak-kanak yang lahir pada tahun 2018 dan 20194.
Antara cara untuk mendapatkan suntikan Vaksin Pneumokokal ini adalah4:
Datang terus (walk in) ke Klinik Kesihatan KKM.
Buat temujanji melalui MySejahtera.
Sebagai ibu bapa kesihatan anak-anak merupakan keutamaan. Apa salahnya kita berfikir secara bijak untuk kesihatan jangka panjang anak anak. Jom tempah temujanji anak anda sekarang!
4. Kementerian Kesihatan Malaysia. Pemakluman megenai perluasan pemberian vaksin pneumokokal di bawah Program Imunisasi Kebangsaan bagi kanak-kanak (Catch-Up Immunisation). Diakeses pada 11 Januari 2024 – https://mma.org.my/web/wp-content/uploads/20230601104919082-1.pdf
Dibawakan Kepada Anda Oleh Pfizer Imej digunakan untuk tujuan ilustrasi sahaja
**Pa & Ma Advertorial: PP-PRV-MYS-0383-8JAN2024
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu ayah jika anak usia 2 tahun ke atas suka explore, melompat tu bagus. Cuma anda perlu tahu cara yang betul untuk rangsang perkembangan anak tanpa mengehadkannya. Tak semestinya anak tak duduk diam itu hiperaktif ya!
Sebab itu, menurut Terapis Cara Kerja, Puan Siti ‘Aisyah Rozalli, kemahiran melompat merupakan kemahiran yang penting untuk dikuasai oleh kanak-kanak. Pada usia 2 tahun, kanak-kanak akan boleh mula melompat (kaki terangkat dari lantai, bukan hanya “bounce” tanpa mengangkat kaki).
Kanak-kanak yang lambat menguasai kemahiran melompat, biasanya akan turut berisiko mempunyai kelewatan dalam perkembangan lain termasuk kemahiran motor halus dan kemahiran berkomunikasi.
KEBAIKAN MELOMPAT ATAS TRAMPOLINE
Stimulasi Sensori Vestibular & Proprioception
Bila anak-anak melompat di atas trampoline, daya lonjakan dari trampoline yang anjal akan menyebabkan berlaku tekanan (pressure) pada bahagian sendi-sendi utama kaki dan tulang belakang semasa anak-anak ‘mendarat’ di atas trampoline. Ini adalah stimulasi proprioception. Manakala semasa anak-anak melonjak, daya tujahan yang diberikan oleh keanjalan trampoline akan menyebabkan anak-anak melompat lebih tinggi dan perlu mengawal keseimbangan tubuh dari terjatuh. Ini adalah stimulasi vestibular.
Kesedaran Bahagian Tubuh
Stimulasi proprioception yang berlaku semasa anak-anak melonjak di atas trampoline akan membantu mereka untuk mengenalpasti bahagian tubuh dengan lebih baik. Input sensori yang lebih baik dapat disampaikan kepada tubuh badan. Ini akan membantu anak-anak untuk lebih sedar akan pergerakan tulanh belakang dan sendi utama kaki. Kesedaran ini akan membantu anak-anak untuk kurang hiperaktif, menguatkan ‘core muscles’ serta membantu meningkatkan ‘alertness’ pada persekitarannya.
Mempunyai Kekuatan ‘Core Muscles’ Yang Baik
Ini akan membantu anak-anak untuk mempunyai ‘endurance’ yang lebih panjang kepada aktiviti statik. Aktiviti statik seperti belajar sambil duduk di atas kerusi akan lebih mudah dilakukan bila ‘core muscles’ anak-anak lebih kuat.
Fokus Dan Koordinasi Visual
Apabila anak melompat di atas trampoline sambil memandang anda, atau membaling bola pada target sambil melompat di atas trampoline, atau memandang pada satu poin di dinding, ini akan membantu fokus dan koordinasi visual anak-anak. Perkara ini adalah amat penting bagi membantu anak-anak mempunyai fungsi tubub yang lebih bersedia untuk belajar perkara yang berkaitan dengan visual motor-perseptual seperti MEMBACA dan MENULIS.
Mengurangkan Hiperaktif
Melompat di atas trampoline adalah antara ‘diet sensori’ yang biasa akan diberikan oleh terapis bagi anak-anak yang hiperaktif. Memberikan waktu untuk anak-anak melompat sepuasnya, akan mengurangkan keinginan dan tenaga bagi anak-anak yang sentiasa ingin berlari, dan memanjat ke sana ke mari.
Meningkatkan Kemahiran Memahami Arahan
Melakukan aktiviti melompat di atas trampoline sambil mengajak anak bermain permainan “jump, jump, jump, jump, stop!” akan membantu anak-anak yang sukar mengikut arahan, hiperaktif dan suka melakukan kerja dengan cepat-cepat sehingga kelihatan ‘clumsy’. Ajarkan anak untuk lompat semasa anda sedang menyebut “jump, jump, jump”. Dan minta anak anda berhenti bila anda sebut “stop!”. Jika anak anda sukar mengikut arahan pada awalnya, gunakan bantuan fizikal atau modelkan pada anak anda untuk membantunya faham permainan ini.
Stimulasi Komunikasi Sambil Melompat
Melihat anak-anak yang sentiasa berkembang secara holistik, tidak salah jika anda mahu membantu kesukaran anak anda semasa melakukan aktiviti atas trampoline. Ajak anak anda mengira bilangan lompatannya, ajak anak anda menyebut “jump, jump, stop” bersama semasa bermain permainan “jump, jump, stop” dengannya, pastikan anak anda faham maksud naik dan turun, ajak anak anda tepuk tangan sambil melompat, dan apa sahaja. Gunakan kreativiti anda! Have Fun!
Tapi, jika anak anda belum boleh melompat dengan baik, fokuskan aktiviti atas trampoline untuk membantu anak anda melompat dengan baik dahulu. Kepelbagaian aktiviti tambahan, lakukan bila anak anda sudah semakin menguasai aktiviti melompat di atas trampoline.
Tips Jika Anak Anda Takut
– Ajak anak anda main dahulu permainan kegemarannya di atas trampoline sebelum anda ajak anak anda melompat.
– Anak-anak yang sering takut, biasanya mempunyai anxiety level yang agak tinggi. Melompat di atas trampoline akan membantu meningkatkan keyakinan dirinya.
Secara umumnya, apabila anak dah mula membesar dan makin aktif, corak pemakanannya juga akan mempengaruhi tumbesaran anak. Jadi di usia anak 1- 4 tahun, anak-anak telah didedahkan dengan makanan keluarga secara beransur-ansur.
Bagaimanapun bukan semua makanan yang dimakan anak-anak dapat membekalkan semua zat yang diperlukan tubuh. Oleh itu, ada baiknya ibu bapa mempelbagaikan pengambilan makanan anak anda berasaskan piramid makanan.
Cuma apa yang menjadi masalah, ramai ibu bapa merungut anak susah nak makan makanan yang disediakan untuk mereka. Ada anak-anak yang hanya nak susu sahaja dan makan kurang dan ada juga yang langsung tak mahu nasi.
Disebabkan masalah ini ibu bapa dah jadi buntu dan berputus asa hingga biarkan anak makan apa yang dia nak. Jika diikutkan kalau kita tak ajar dan biasakan dari awal lama-kelamaan anak pun akan kekalkan tabiat itu hingga mereka besar.
Lagi susah bila anak hanya berminat dengan makanan ringan yang tinggi kandungan garam, MSG, pewarna dan sebagainya.
Bukan hanya boleh menjejaskan kesihatan anak, tapi mungkin boleh menyebabkan daya tumpuan anak nak belajar terganggu, tingkah laku yang sukar di kawal selain menyebabkan sistem imun badan anak jadi tak kuat.
Bagi yang rasa sukar nak biasakan anak-anak dengan pemakanan yang sihat, ikutlah jadual pemakanan terbaik untuk anak-anak berumur 1 hingga 4 tahun seperti yang dikeluarkan oleh Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.