Apa nak mula untuk makanan pertama bayi? Ini antara soalan yang sering ditanya oleh ibu-ibu yang mempunyai anak yang akan menginjak usia 6 bulan. Ada yang kata mulakan dengan puri buah, ada juga yang kongsikan mulakan dengan rasa tawar seperti bubur kosong.
Bagaimapun, menurut pakar pemakanan sebaiknya ibu bapa boleh praktikkan peraturan 4 Days Wait Rule ketika proses memperkenalkan makanan pada bayi.
Ini dapat membantu ibu mengetahui anak alergi pada sesuatu jenis makanan itu atau pun tak. Bukan itu saja, dalam tempoh ini juga kita dapat mengenal pasti makanan ini juga boleh menyebabkan masalah pencernaan anak terganggu atau tidak seperti kembung perut atau sembelit.
Buat pengetahuan ibu, 4 days wait rule ni sebenarnya hanya satu jenis makanan saja akan diberikan dalam tempoh empat hari. Selepas tempoh itu, barulah anak akan diberi pula jenis makanan lain.
Perkongsian dari seorang ibu, Puan Nur Hazwani Izham ini sangat menarik. Dia berkongsi mengenai cara memperkenalkan menu makanan untuk anak masuk 6 bulan.
Alhamdulillah ramai ye anak baru masuk 6 bulan. Sama la anak saya pun dah 6 bulan lebih. Ramai juga yang bertanya menu apa nak start untuk baby 6 bulan. Saya share dengan ibu-ibu menu untuk sebulan ni.
Saya buat 4 day rule (gambar). Bubur kosong + minyak +EBM untuk hari 1-4. Seterusnya campurkan apa-apa jenis sayur dan seterusnya apa-apa jenis buah. In between boleh bagi snacking buah/steamed vege.
Oh 6 bulan pun dah boleh intro protein ikan, ayam dan daging, boleh masak sekali dengan bubur dan blend sekali. Titiskan minyak masak/zaitun dalam bubur ye untuk asid lemak dan kadar penyerapan vitamin yang baik.
Umur 6 bulan juga dah boleh minum air masak, macam saya isi air dalam straw cup. So anak saya slowly belajar hisap walaupun sampai sekarang tak cekap lagi.
Oh jangan salah faham, 4 day rule ni tak wajib, terpulang pada keselesaan ibu-ibu. Cuma ia sekadar nak monitor tahap penerimaan anak dengan makanan secara berperingkat. Asalkan bebas gula, garam dan bahan pengawet. Menu cadangan dari klinik kesihatan pun menarik juga.
Lagi satu perkara penting saya nak share juga tentang tekstur bubur untuk 6 bulan. Bubur perlu blend halus seperti mash potato KFC tu, tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Ni penting untuk anak sebab baru nak kenal erti makanan selain susu kan. Nanti dah masuk 7 bulan dah seronok dengan makanan, ibu dah boleh lenyek nasi tapi masih lembik.
Sumber: Nur Hazwani Izham