Cabaran pendidikan hari ini memerlukan anak-anak bersedia dari aspek mental dan fizikal. Jika dulu anak-anak di peringkat sekolah rendah balik je sekolah boleh bermain keliling kampung, namun hari ini keadaan itu dah tak sama.
Dek kerana persaingan yang semakin sengit sekarang ini, ibu bapa dah ada perancangan untuk anak. Mendidik anak ibarat satu pelaburan untuk jangka masa panjang. Jika kena caranya, anak akan jadi orang. Kalau sebaliknya itu yang sangat dirisaukan.
Sekolah pertama anak adalah di rumah. Perkara asas yang boleh diajar di rumah, ibu bapa bantulah dulu. Jangan semua harap guru di sekolah semata-mata. Bagi yang ada anak usia 4-6 tahun sambil-sambil main, boleh ajar anak kenal huruf dan asas membaca. Ini sangat penting ye!
Menurut Speech/Language Therapist, Puan Ruby Atika, bagi kemahiran membaca sekurang-kurangnya sebelum masuk Tahun 1 anak dah boleh kenal asasnya dulu.
Ads
Bila Umur Anak Masuk 6 Tahun, Masih Tak Kenal Huruf, Sila Ambil Perhatian!
Bila umur dah masuk 6 tahun, masih tak kenal huruf, sila ambil perhatian. Ibu bapa jangan nak sedapkan hati cakap tak apa, kita dulu pun darjah 1 baru nak kenal dan belajar semua huruf.
Ads
Ingat jangan bandingkan zaman kita dulu dengan zaman anak-anak sekarang. Disebabkan kanak-kanak zaman sekarang masuk taska tadika lebih awal, maka ramai kanak-kanak yang kenal huruf pada usia lebih muda. Kebanyakan anak-anak umur 4-5 tahun dah kenal huruf.
Maksud kenal huruf ialah, dia boleh tunjuk huruf yang kita tanya, walaupun secara rawak. Kalau takat sebut nyanyi ABC sampai Z saja, itu belum lagi mengenal.
Lagi satu kasihan pada anak-anak kita kerana silibus darjah 1 zaman sekarang dah mencabar, maka ramai kanak-kanak dah diajar supaya boleh membaca pada usia 6 tahun.
Bukan suruh baca artikel peperangan Israel Palestin. Cuma suruh baca buku cerita yang ringkas, yang biasanya tulisan biru-merah ikut suku kata tu.
Ads
Umur 6 tahun patut boleh baca paling kurang 2 suku kata mudah. “Saya suka roti”. Kalau boleh baca yang ni, kiranya dia dah bersedia dah nak masuk darjah 1. Tapi kalau 6 tahun, belum kenal huruf….sila ambil perhatian.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semua ibu bapa pasti mengimpikan anak-anak membesar dengan bijak. Tapi tahukah di sebalik nak lahirkan seorang anak yang bijak, hubungan ayah dengan anak sangat penting untuk membentuk IQ yang tinggi.
Selain ibu yang menjadi insan pertama dalam hidup anak, ayah kena tahu memainkan peranan dan tak boleh nak lepas tangan begitu sahaja dalam soal mendidik anak.
Menurut Dr. Kyle Pruett, bimbingan secara langsung dari bapa dalam proses pembelajaran boleh memberi kesan positif terhadap pembangunan fizikal, kognitif, emosi, dan sikap anak-anak. Kanak-kanak mencari keselesaan daripada seorang ibu, tetapi dia masih memerlukan interaksi intensif dengan ayahnya.
Malah menurut satu kajian oleh Oxford University,kejayaan anak dalam bidang akademik juga kerana hubungan yang erat antara ayah dengan anak.
Jadi semua bapa digalakkan tidak melepaskan momen ini dalam membesarkan anak-anak supaya anak anda sentiasa menjadikan ayahnya sebagai idola dalam hidup.
Berikut adalah beberapa cara yang boleh dilakukan bagi memastikan hubungan anak dengan ayah terjalin erat sejak kecil:
1. Menukar lampin
Ini adalah perkara asas yang perlu dimiliki bapa. Anda harus tahu bila dan bagaimana menukar lampin bayi. Buang alasan tak tahu atau geli. Melalui cara ini anak jadi lebih mesra kerana ayah turut menguruskan hal anak.
2. Berjaga waktu malam
Kesibukan bapa sepanjang hari dengan tuntutan tugas mungkin membuatkan masa dengan anak agak terhad pada waktu siang. Jadi apa kata anda boleh membantu isteri menguruskan anak seperti melayan anak bermain atau menidurkan anak.
Bukan itu sahaja, ayah juga boleh bergilir bangun pada waktu tengah malam untuk menukarkan lampin anak atau buatkan juga susu.
Waktu ini amat penting kerana melalui interaksi tersebut anak yang diperingkat bayi tahu dan belajar mengenali suara bapanya.
3. Peluk anak
Pelukan ayah akan melahirkan satu emosi yang positif dalam diri anak.Inilah yang berlaku apabila anak berada dalam pelukan ibu. Sebagai contoh, apabila anak mengamuk,ayah perlu elak meninggikan suara tetapi guna kaedah pelukan untuk menenangkan anak.
4. Menyuap anak makan
Ini boleh jadi satu tugas yang paling menakutkan bagi bapa. Sudah tentu, apabila memberi bayi anda makan, ia memerlukan kesabaran dan toleransi pada kanak-kanak. Nak mudah bagi anak makan, ayah boleh melayan anak bermain sambil menyuap atau pun bercerita semasa makan.
5. Layan anak bermain
Bermain dengan anak-anak boleh membantu membina ikatan kasih sayang antara ayah dan anak. Layanlah anak bermain dan jangan terlalu sibuk dengan urusan sendiri.
Percayalah cara ini membuatkan anak rasa seronok walaupun kadang-kadang ayah terpaksa jadi pelbagai watak.
6. Memberi nasihat dan bercakap
Peranan ayah dalam memberi nasihat kepada anak sangat penting.Walaupun anak belum boleh bercakap, tapi apa yang ayah cakap anak boleh faham.
7. Idola anak
Anak-anak memang menjadikan ibu bapanya sebagai contoh. Jagalah tutur kata, tingkah laku di hadapan anak-anak kerana mereka membesar melalui didikan yang diperoleh.
8. Berikan sokongan
Apa sahaja yang anak lakukan selagi tidak memberi kesan negatif seharusnya ayah menyokong. Tak salah jika anda menjadi bapa demokratik untuk anak. Jangan sesekali memaksa kerana tidak ada kekuatan yang lebih besar untuk anak-anak daripada sokongan bapanya.
Contoh jika anak minat dalam bahasa, boleh hantar anak ke kelas bahasa atau pun jika anak suka muzik apa salahnya hantar anak belajar kelas muzik untuk asah kemahiran.
9. Beri perhatian jika anak sakit
Apabila rasa sakit seseorang akan lebih sensitif, begitu juga dengan anak-anak. Mereka akan lebih selesa jika ibu ayah sama-sama beri perhatian. Masa inilah anak nak manja lebih. Jangan biarkan ibu sahaja yang lakukan semua perkara.
Mulai hari ini, ayah kena manfaatkan masa dengan anak dan tak boleh nak serahkan sepenuhnya pada isteri. Sama-sama membantu untuk melahirkan anak yang bijak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tanggungjawab ibu bapa semakin besar seiringan dengan peningkatan usia anak. Ini apa yang perlu anda fahami berkaitan perkembangan dan pendidikan awal kanak-kanak.
Perkembangan fizikal kanak kanak
Istilah kanak-kanak kecil atau toddler, biasanya merujuk kepada anak yang berusia lingkungan 1 hingga 5 tahun.
Malah, kebanyakan daripada kita menganggap akhir usia bagi kanak-kanak kecil adalah apabila mereka bersedia untuk beralih ke alam prasekolah.
Jika terfikir tentang kanak-kanak berusia 3 atau 4 tahun, pasti terbayang betapa aktifnya mereka menggunakan kemahiran baru, bercakap dan meneroka dunia.
Tidak dinafikan adakalanya akan timbul kekeliruan mengenai perkembangan dan aspek keperluan dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Berikut antara 3 perkara asas yang perlu anda ketahui semasa membesarkan anak kecil.
Titik pencapaian dalam pendidikan awal kanak-kanak
Semakin anak membesar, kemahiran dalam diri mereka juga akan bertambah. Seperkara yang perlu anda fahami, apa yang dikongsikan di bawah bukanlah kemahiran khusus kepada anak.
Namun ia adalah untuk membantu anda mengetahui kemahiran apa yang mungkin dapat dikembangkan seorang kanak-kanak pada usia ini.
Kemahiran komunikasi
Secara konsisten menggunakan 2-3 frasa perkataan
Sekurang-kurangnya 50% pertuturan difahami ibu bapa/penjaga
Dapat mengikuti 2 arahan tidak berkaitan, seperti “Berikan Mama bola itu dan pakai kasut”
Faham mengenai ‘milik saya’ dan ‘milik awak’
Bertanyakan ‘apa’ dan ‘di mana’, faham soalan ‘mengapa’
Kemahiran motor kasar
Kemahiran yang menggunakan otot besar – kaki, lengan, tubuh dan leher.
Melompat dengan kedua-dua kaki
Naik dan turun gelongsor
Mengayuh basikal beroda tiga
Berjalan naik turun tangga dengan sebelah tangan dipegang
Berjalan menggundur
Kemahiran motor halus
Kemahiran yang menggunakan otot kecil – tangan dan jari.
Menyusun mainan blok
Memegang krayon dengan jari
Boleh memotong menggunakan gunting
Melukis garisan menegak, mendatar atau bulatan
Kemahiran berdikari
Antara kemahiran penting dalam pendidikan awal kanak-kanak untuk mengajar anak melakukan sesuatu dengan sendiri.
Menggunakan sudu dan garfu walaupun tertumpah
Membasuh dan mengeringkan tangan dengan pemantauan
Memberus gigi dengan bantuan
Menggunakan tandas secara konsisten walaupun ada beberapa kali bocor
Berpakaian dan menanggalkan pakaian dengan bantuan
Meletak barang sendiri, bantu membersihkan rumah dan membuang sampah
Kemahiran kognitif
Melibatkan kemahiran mental seperti berfikir, belajar dan menyelesaikan masalah
Terlibat dalam permainan bertukar watak (pretend) dan imaginatif
Memadankan bentuk
Memahami konsep ‘saya’
Bermain bersama rakan sebaya
Menyusun warna
Mengenal pasti bahagian badan dan fungsinya
Melengkapkan susun suai gambar 3 – 4 keping
Memahami perkembangan berkaitan pendidikan awal kanak-kanak
Ketika bayi memasuki tahun kedua kehidupan, mereka akan lebih bebas dan mempunyai keinginan untuk meneroka segalanya yang boleh dicapai.
Kebanyakan anak kecil sudah boleh berjalan apabila mencapai usia 1 tahun 6 bulan. Si manja juga akan mula belajar bercakap, mengenal pasti dan meniru individu di sekeliling mereka serta dapat mengikuti arahan mudah.
Semua ini boleh dianggap sebagai proses pendidikan awal kanak-kanak. Semakin meningkat usia, anak anda akan belajar mengekspresi lebih banyak emosi, bercakap dalam frasa dan ayat.
Mereka akan menggemari permainan mudah, lagu dan irama, mula mempelajari mengenai warna, bentuk dan abjad. Seperti span, anak akan menyerap segalanya dan mengingatnya dengan mudah.
Namun, seperkara jangan dilupakan, anak anda masih memerlukan kuantiti tidur malam antara 10 hingga 12 jam bersama tidur siang.
Keperluan nutrisi anak
Memberi anak kecil makan adakalanya boleh mendatangkan kekecewaan. Mungkin ketika berusia 6 bulan, anda boleh menyuapkan si kecil dengan pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan.
Namun apabila mereka semakin membesar, segalanya berubah. Anak akan lebih memilih atau cerewat dalam soal makan. Malah mereka mungkin makan dalam saiz hidangan lebih sedikit.
Usah bimbang, anda tidak keseorangan dalam hal ini, kerana keadaan itu boleh dianggap sebagai normal dan dialami oleh kebanyakan ibu bapa.
Apa yang penting, berat badan si kecil tetap bertambah dan aspek perkembangan fizikal kanak-kanak adalah normal.
Berikut antara cadangan yang boleh anda cuba untuk memastikan anak mendapat nutrisi yang diperlukan:
Elak paksa anak makan
Sediakan hidangan makanan utama dan snek sihat
Bersikap fleksibel terhadap penerimaan anak kepada makanan baharu. Jika mereka menolaknya pada kali pertama, cuba lagi dalam tempoh beberapa hari atau minggu
Realistik tentang jumlah pengambilan makanan anak
Galakkan anak makan buah-buahan
Elak menggunakan pencuci mulut sebagai ganjaran
Jadikan makanan mudah untuk dimakan, seperti dipotong dalam saiz kecil dan bertekstur lembut
Paling utama, ketika memberi anak makan, anda perlu sentiasa memantau dan memastikan mereka duduk ketika makan. Ini penting untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.
Kredit: Hello Health
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Ayah bangga dengan anak ayah,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen.
Dalam keputusan peperiksaan tersebut, Arrian yang berusia enam tahun itu memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambilnya.
Di ruangan komen, rata-rata pengikut Tomok mengucapkan tahniah dan memuji kepintaran Arrian.Apa yang membuatkan peminatnya bangga dengan keluarga Tomok, Tomok sentiasa menghargai isterinya yang banyak membantu mendidik Arrian dan Andra.
Sebelum ini, Tomok selalu berkongsi yang Ayu gunakan pelbagai pendekatan untuk anaknya sejak kecil lagi. Antaranya dengan selalu berbual, membacakan buku, menggunakan kad imbasan sambil bermain, banyak melakukan aktiviti fizikal seperti melompat, memanjat, berguling, berlari, merangkak semata-mata untuk perkembangan motor kasar mereka.
Selain itu, aktiviti menyanyi juga antara yang selalu dipraktikkan pada anak-anak untuk merangsang pendengaran dan apabila anak menyanyi akan menggalakkan aktiviti kedua-dua belah otak.
Sebagai ayah, Tomok lebih suka mendidik anak-anaknya dengan acuan sendiri. Bagaimanapun pasangan ini juga turut mendapatkan nasihat mereka yang berpengalaman.“Memang saya dan isteri ikut cara kami sendiri, sebabnya saya percaya setiap keluarga itu berbeza dan tidak boleh samakan.
“Cuma kami tetap akan ambil nasihat dari orang luar untuk membantu kami dalam membesarkan anugerah terindah ini,” katanya.
Tomok mendirikan rumah tangga bersama Rahayu Abbas pada tahun 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Arrian dan Andrashah Iman yang berusia empat tahun.
Sumber: ig Tomok
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tular di media sosial sebuah video menyentuh hati memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang lumpuh separuh badan berjalan dengan penuh semangat dan laju, hingga meraih...