Hanya mampu merenung jenazah ibunya seolah-olah faham ibu dah meninggal buatkan ramai yang menitiskan air mata melihat gelagat anak kecil berusia 8 bulan di sisi jenazah ibunya.

Nurfaradhila Zulkifli Amin, 32, yang bertarung nyawa selama 52 hari selepas diragut telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas koma 4 Januari lalu.

Anak 8 Bulan Usap Wajah Ibu Kali Terakhir Selepas 52 Hari Bertarung Nyawa Akibat Diragut

Diragut ketika hendak pergi ke tempat kerja

Arwah Nurfaradhila diragut di kawasan perumahan di Pesiaran Jenahak 2 Seberang Jaya pada 23 November lalu ketika hendak pergi bekerja.

IKLAN

Pada hari kejadian arwah telah menunggang sebuah motosikal di kawasan perumahan dan telah di ragut oleh seorang peragut lelaki yang berusia sekitar 30 tahun menyebabkannya mengalami kecederaan parah.

Anak 8 Bulan Usap Wajah Ibu Kali Terakhir Selepas 52 Hari Bertarung Nyawa Akibat Diragut

Selepas kejadian itu, arwah telah di bawa ke Hospital Seberang Jaya namun dipindahkan ke Hospital Besar Pulau Pinang setelah kecederaan yang di alaminya parah di bahagian leher.

IKLAN

Empat hari selepas kejadian berlaku, Nurfaradhila telah di bedah untuk kecederaan patah tulang leher selain kecederaan di bahagian mulut dan bibirnya.

Anak 8 Bulan Usap Wajah Ibu Kali Terakhir Selepas 52 Hari Bertarung Nyawa Akibat Diragut

IKLAN

Mula koma pada 4 Januari 

Menurut suaminya, Muhamad Ridzuan Tan 48, arwah Nurfaradhila di katakan mula mengalami koma pada hari Sabtu 4 Januari sehingga menghembuskan nafas akhirnya dan meninggalkan anak lelaki mereka yang baru berusia 8 bulan.

Suspek yang meragut mangsa telah berjaya di berkas oleh pihak polis di Jalan Mengkuang Butterworth setelah 22 hari dari tarikh kejadian dan telah di dakwa di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam.

Sumber: Wat Kamal Abas
Media BSKH

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI