Anak-anak yang mempunyai alahan seperti ekzema dan sebagainya paling teruk terkesan dengan jenis pemakanan yang tidak bersesuaian dengan mereka. Bagi anak yang mempunyai alahan dengan pengambilan mentega atau butter, tak usah bimbang kerana mama boleh gantikan butter dengan minyak sapi.
Bukan hanya sihat malah minyak sapi tinggi khasiat dan kaya dengan omega 3 yang baik untuk perkembangan minda anak. Dr Mazliana Mazlan berkongsi tip pemakanan dan khasiat minyak sapi ini untuk anak.
Saya suka letak minyak sapi dalam makanan anak. Minyak sapi, kaya dengan omega 3, bagus untuk akal dan minda anak-anak.
Bantu pertumbuhan dan fungsi otak anak berjalan dengan baik. Anak mudah nak belajar, anak cepat ingat sesuatu.
Korang pun boleh cuba guna minyak sapi dalam makanan anak, sebagai ganti kepada minyak sawit atau butter.
Minyak sapi ni lebih mesra dengan anak-anak yang ada alahan dengan butter, insyaAllah.
Seawal anak umur 6 bulan korang boleh guna. Nak masak bubur, tumis dulu sikit bebawang dengan minyak sapi. Nak grill sayur, goreng telur tak perlu guna minyak biasa atau butter, ganti je dengan minyak sapi.
Masuk dalam air coklat anak pun sedap sangat. Minyak sapi, asalnya dari butter. Produk tenusu jugak.
Tapi bila dipanaskan butter pada suhu tertentu, akan terurai lemak, pepejal susu dan air.
Lemak yang tinggal, itulah namanya minyak sapi. Yang best lagi, minyak sapi takde laktosa dan takde protein kasein tau.
Laktosa dan protein kasein lah yang selalu bagi kesan alahan atau alergik bila anak ambil produk tenusu.
Kalau anak-anak yang ada alahan macam asma dan eczema, yang mana kalau diorang makan butter akan terukkan keadaan mereka, korang boleh cuba ganti dengan minyak sapi. InsyaAllah alahan mungkin takde, atau kurang.
Tinggi omega 3, takde laktosa dan protein kasein. Tinggi lemak baik, kurangkan radang dalam badan. Antara pilihan terbaik untuk makanan anak kecil.
Kalau nak beli minyak sapi, korang kena jugak tengok belek label bahan ramuan tau. Sebab ada jugak minyak sapi yang datang dari minyak sawit. Itu bukan minyak sapi yang sebenar tau.
Minyak sapi yang asli, hanya datang dari 1 bahan je. Lemak susu. Ini je bahan minyak sapi tau. Kalau ada banyak sangat bahan, nama pelik pulak tu, korang jangan bagi anak ok.
Menarik:Anak Batuk Lambat Sembuh, Cuba Rendaman Kembang Semangkuk Ikut Teknik Ibu Ni, Membantu!
Dengar cerita ada yang tak nak balik sebab seronok sangat main air. Faiz Dickie sempat tunjuk bakat terjun sampai perut mengandung pun hilang. Nak tahu siapa juara challenge kali ini, kenalah tengok sampai habis.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!