Anak ada ekzema, ini list sayur dan buah kena elak makan. Ada 13 sayur dan buah yang bahaya untuk ekzema. Maknanya jika dimakan oleh penderita ekzema, ekzema boleh flare up.
Anak Ada Ekzema, Ini List Sayur & Buah Kena Elak Makan
Siapa sangka ada sayur dan buah yang walaupun sihat dan bagus dimakan orang lain, namun tidak untuk penderita ekzema.
Sayur dan buah yang tidak pas untuk ekzema di bawah ini bukanlah selama-lamanya harus dijauhi.
Tapi cuba off sementara ekzema belum baik. Dan anda sudah penat berhabis duit beli krim dan tak tidur malam lihat anak bergaru setiap malam.
Sayur dan buah di bawah ni antara lists yang saya sebagai Eczema Health Coach larang klien saya makan sementara waktu hingga ekzema mereka pulih dengan mudah tanpa ubat dengan izin Allah #tipsekzemaMizhana
Mari lihat apakah sayur dan buah itu yang suka buat onar pada ekzema anak anda di gambar di bawah dan saya terangkan sekali kenapa :
Tomato sangat bagus dimakan penghidap kanser, tapi bukan penderita ekzema kerana ia sangat tinggi histamine dan sebabkan gatal.
Jagung antara makanan yang sangat digemari semua orang. Malang sekali jagung boleh trigger ekzema kalau tak pulih lagi.
Brokoli yang menyihatkan ini harus avoid at all cost kerana ia mengandungi MSG dan sulfites yang sangat sensitif untuk usus penderita ekzema. Kalau makan, sama ada ekzema teruk atau lambat baik.
Cendawan ini basic sayur yang kena hindari kalau sakit kulit. Ibu ibu yang ada anak ekzema kalau tak tahu cendawan tak boleh makan, kesian anak tu. Cendawan tinggi histamine dan sebabkan gatal.
Ads
Bell peppers sayur yang enak namun ia tinggi GMO dan tinggi alkaloid dan solanine yang sebabkan keradangan kulit bertambah parah (kalau radang ekzema dan baik insyaAllah tak ada masalah nak makan sayur ni)
Pineapple atau nenas ni antara citrus fruits yang kena elak bila ekzema susah nak baik kerana citrus can trigger eczema.
Kubis antara sayur yang tinggi histamine dan sebabkan gatal.
Anggur ni tolong tolong jangan dekati selagi ada ekzema. Anggur ni sangat bahaya untuk ekzema.
Ads
Buah mata kucing kena elak juga walaupun ia enak namun bad for eczema healing.
Kiwi sama macam anggur. Kena pasak dalam kepala kiwi buah yang bahaya untuk kulit ekzema.
Berries tak kisahlah strawberry ke ,blueberry ke raspberry ke adalah tinggi histamine jadi boleh sebabkan gatal.
Buah kering seperti aprikot kering, kismis, figs atau teen, prunes atau kurma walaupun bagus untuk kesihatan tapi bila ada ekzema adalah BIG NO sebab ia tinggi gula tersembunyi dan tinggi sulfites sekitar 500 ke 2, 500, lebih tinggi dari arak dan sulfites dalam buah buahan kering ni boleh sebabkan ekzema gatal dan radang.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Seorang wanita hamil 38 minggu pergi ke hospital swasta. Dia telah dimaklumkan oleh hospital kerajaan bahawa dia perlu melalui kelahiran secara pembedahan, kerana bayi dalam kandungannya berkedudukan melintang.
Wanita tersebut tidak bersetuju, dan `lari’ ke hospital swasta dengan harapan doktor swasta akan membenarkan dia bersalin secara normal. Malangnya untuk wanita tersebut, doktor di hospital swasta juga menyarankan bersalin secara pembedahan. Hanya itu cara untuk mempastikan keselamatan ibu dan bayi, ujar doktor tersebut.
Wanita itu masih enggan menerima hakikat pembedahan. Dia pulang ke rumah. Dua minggu kemudian, dia muncul di labour room hospital swasta, mengadu mengalami kontraksi dan air ketubannya telah pecah. Doktor memeriksa dirinya dan mendapati kedudukan bayi masih melintang, pintu rahimnya telah buka sebesar 6cm, dan tangan bayi telah terjulur keluar menerusi pintu rahim. Emergency!!!! Hand prolapse!!!!! Nasib baik tali pusat tidak terjulur keluar!
Wanita itu dibawa segera ke dewan bedah untuk pembedahan caesarean. Doktor bius memberi suntikan bius `spinal’ dan pembedahan dimulakan. Potongan dikulit dilakukan di bahagian bawah abdomen. Potongan di rahim juga dibuat di bahagian bawah rahim (low transverse incision). Potongan-potongan begini adalah kebiasaan untuk pembedahan caesarean.
Akan tetapi, disebabkan wanita itu sudah mengalami kontraksi kuat (yang menghimpit dan `mencengkam’ bayi), air ketuban sudah pun pecah, dan kedudukan bayi yang melintang, doktor mengalami kesukaran untuk mengeluarkan bayi daripada potongan transverse di rahim.
Kaki bayi sudah ada dalam genggaman doktor. Tetapi walaupun di tarik, kaki sebelah lagi dan badan bayi tidak turun dek cengkaman kontraksi rahim. Kalau ditarik lebih kuat, nanti kaki patah pula. Doktor O&G meminta bantuan daripada doktor bius, `Boleh tak awak beri patient ubat untuk kurangkan kontraksi, supaya lebih mudah untuk saya keluarkan bayi?’ Doktor bius menjawab, `Tak boleh doktor. Kalau nak, saya terpaksa bagi patient bius penuh terdahulu. Tetapi patient ni baru sahaja makan 2 keping roti canai (??♀️) sebelum datang hospital. Nanti dia mati tersedak kalau saya bagi dia bius penuh.’
Doktor O&G tiada pilihan lain. Dia melakukan potongan tambahan pada rahim wanita itu, untuk membesarkan ruang supaya bayi boleh ditarik keluar. Potongan tambahan ini diistilahkan `T-incision’ kerana rupanya seakan huruf T. Alhamdulillah bayi berjaya ditarik keluar, tanpa patah tulang kaki mahupun tangan. Potongan `T’ itu dijahit sebaik mungkin, dan alhamdulillah sekali lagi, tiada pertumpahan darah berlaku.
********************************
`Transverse lie’ atau `bayi melintang’ kerap berlaku sebelum usia kandungan 37 minggu. Selepas 37 minggu kehamilan, kebanyakkan bayi melintang telah pun berpusing dan kepalanya menghala ke bawah. Hanya 0.3% daripada kehamilan akan terus melintang selepas 37 minggu. Bayi melintang mesti dilahirkan melalui pembedahan kerana secara fizikalnya, badan berukuran 30cm tidak akan dapat melalui pembukaan pintu rahim sebesar 10cm. Bayi melintang tidak sama dengan bayi songsang. Bayi songsang masih boleh bersalin secara normal kerana diameter punggung kurang daripada 10cm.
Selain dari itu, jika air ketuban pecah, risiko untuk `cord prolapse’ atau tali pusat terjulur keluar adalah sangat tinggi. Cord prolapse boleh menyebabkan kematian bayi dalam sekelip mata.
Wanita tersebut sangat bernasib baik kerana tidak mengalami komplikasi berikut:
1. Cord prolapse.
2. Bayi patah tangan atau kaki.
3. Bayi lemas atau mati.
4. Tumpah darah.
5. Pembedahan buang Rahim (Post partum hysterectomy)
6. Koyak pada pundi kencing (Bladder injury)
7. Aspiration pneumonia
Komplikasi yang beliau alami ialah `T-incision’ di mana beliau harus melalui kelahiran pembedahan untuk setiap kandungan yang akan datang. Jika beliau cuba bersalin biasa, risiko rahim pecah melebihi 5%.
Janganlah kerana anda takut atau tidak suka melalui pembedahan, anda sanggup menjejaskan nyawa anda sendiri dan nyawa bayi. Dengarlah nasihat doktor pakar.
PS. Sesedap mana roti canai, janganlah makan berat-berat sewaktu hendak bersalin.?
Penyakit ain adalah satu kategori penyakit bersifat ghaib. Ianya adalah satu pandangan manusia yang penuh dengan rasa takjub dan cemburu sehingga ia boleh memberikan kesan buruk kepada individu yang dipandang.
Hadis nabi ada menyebut, “Penyakit ain tersebut benar-benar ada, seandainya ada sesuatu yang boleh mendahului takdir, ainlah yang dapat melakukannya.” (HR Muslim).
Penyakit ain terjadi apabila ada individu lain yang memandang kita dengan perasaan cemburu dan takjub sehingga menyebabkan kita jatuh sakit.
Adakah penyakit ain boleh mempengaruhi bayi?
Menjadi kebiasaan kepada kita sebagai ibu bapa yang begitu teruja dengan kelahiran bayi baharu, berkongsikan kehadiran cahaya mata melalui cara memuatnaik gambar bayi kita ke platform-platform media sosial.
Apabila kita memuatnaik gambar gambar bayi tersebut dengan niat berkongsi perasan, kita tidak mengetahui kemungkinan ada individu yang menatap gambar tersebut dengan perasaan cemburu dan iri hati.
Kita risau sekiranya bayi kita akan mendapat penyakit ain dan seharusnya, cuba elakkan memuatnaik gambar-gambar bayi ke platform media sosial. Ia boleh berlaku melalui penglihatan secara fizikal atau melalui gambar.
Apakah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk mengelakkan penyakit ain kepada bayi?
Bagi individu yang berpotensi untuk memberikan penyakit ain kepada orang lain, adalah sebaiknya bagi individu tersebut untuk mendoakan keberkatan kepada individu lain yang dilihatnya sebagai pengganti kepada penglihatan secara cemburu dan iri hati yang boleh memberi kesan buruk kepada individu lain yang dilihatnya.
Bagi kedua ibu bapa, usahakan untuk melindungi cahaya mata anda dengan membaca doa seperti yang dibacakan oleh Nabi kepada kedua cucunya, Hasan dan Husin yang bermaksud “ Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada godaan syaitan, binatang berbisa dan daripada pandangan mata yang bersifat dengki.” (HR Bukhari). Ucapan dan doa mudah seperti istiazah juga digalakkan untuk dibaca bagi melindungi bayi dari sebarang penyakit ain
Adalah penting bagi ibu bapa untuk mengelakkan daripada melakukan sebarang perkara syirik yang bertentangan dengan ajaran agama Islam untuk melindungi bayi daripada penyakit ain seperti meletakkan gunting atau memakaikan tangkal pada bayi.
_______
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Tinggal lagi 6 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini. Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anda melahirkan anak melalui pembedahan caesaraen selepas dua tahun dan menerima suntikan bius pada tulang belakang dan anda sering mengalami sakit belakang terutamanya di bahagian bawah berhampiran punggung membuatkan anda tertanya-tanya adakah disebabkan oleh suntikan bius.
Anda juga tidak boleh berdiri lama dan mengangkat berat. Sakit akan berlarutan dua hingga tiga hari sehingga perlu berbaring dan berehat untuk melegakannya. Mungkin anda tertanya-tanya adakah sakit belakang yang anda alami ini berpunca daripada suntikan bius tersebut? Penerangan ini mungkin boleh membantu anda.
Masalah sakit belakang yang anda alami berlaku dua tahun selepas pembedahan caesarean kemungkinan besar tidak disebabkan oleh prosedur bius semasa bersalin.
Terdapat dua jenis bius yang melibatkan suntikan di tulang belakang bagi pesakit yang bersalin melalui prosedur ini iaitu spinal anaesthesia dan epidural anaesthesia.
Spinal anaesthesia lebih kerap digunakan dalam kes-kes pembedahan caesarean. Teknik memberi bius melalui spinal anaesthesia menggunakan jarum yang amat halus iaitu pencilpoint spinal needles meninggalkan kesan yang amat minimum kepada pesakit.
Bagi teknik epidural anaesthesia pula, garis pusat jarum lebih besar tetapi sakit belakang itu akan berlaku sejurus selepas pembedahan, bukannya dua tahun kemudian.
Tempat jarum spinal dan jarum epidural disuntik adalah lebih jauh iaitu atas daripada paras punggung! Jika anda mengalami masalah sakit di bahagian bawah berhampiran punggung tetapi kawasan ini tidak pernah digunakan untuk prosedur bius bagi mana-mana pesakit yang melahirkan menerusi pembedahan caesarean.
Masalah sakit belakang atau low back pain yang dialami perlu pemeriksaan dan rawatan pakar ortopedik. Kebanyakannya disebabkan oleh masalah otot. Sesetengahnya akibat prolapsed intervertebral disc di mana kesakitan dari belakang akan menjalar ke kaki (sciatica). Jika masalah ini berlarutan tiga hingga empat minggu, segera dapatkan rawatan.
Ia sering berlaku apabila:
Mengangkat barang yang berat.
Selepas bekerja atau bersenam kuat.
Duduk lama di kerusi yang tidak sesuai.
Menyandang beg tangan yang berat.
Duduk dengan postur badan yang salah.
Sekiranya mendapatkan rawatan, imbasan sinar X akan dilakukan. Rawatan fisioterapi adalah langkah pertama sebelum ubat-ubatan diberi. Langkah-langkah lain seperti yoga juga pernah digunakan untuk menguatkan otot dan kawasan tulang belakang. Pembedahan hanya dilakukan adalah untuk kes-kes tertentu. Berbincanglah dengan doktor sebelum memberi kebenaran untuk pembedahan.
3 cara atasi sakit belakang
Mengurangkan berat badan jika obes.
Membetulkan postur ketika duduk.
Mengurangkan beban ketika bekerja.
Menuam kawasan yang sakit menggunakan hot pack atau botol air panas.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.