Masalah anak tonsil selalu dipandang masalah ringan yang tidak terlalu memudaratkan anak kita. Hakikatnya anak-anak amatlah rasa tak selesa bila setiap kali sakit. Jika anak anda ada tonsil dan mempunyai ciri-ciri yang diberikan ini, ada baiknya buat pembedahan.
Menurut Dr Ezairy M Sallih, doktor Otorinolaringologi (telinga, hidung & tekak), jika anak-anak mempunyai ciri-ciri yang disebut di bawah ini, anak-anak perlu menjalani pembedahan segera. Dalam erti kata lain perlulah dibuang. Kesian anak kita.
Ada beberapa keadaan di mana masalah tonsil anak anda itu perlukan pembedahan. Maknanya tonsil itu perlu dibuang.
Bagaimana? Lihatlah keadaan-keadaan ini :
Ads
1. Serangan tonsillitis yang berulang.
Anak anda mengalaminya sekurang-kurangnya tujuh kali dalam setahun. Lima kali dalam setahun untuk dua tahun berturut. Atau tiga kali dalam setahun untuk tiga tahun berturut-turut.
2. Serangan tonsillitis dan kemudian anak anda alami jangkitan pada peritonsillar area ‘peritonsillar abscess’. Nanah berkumpul di kawasan itu.
Ads
3. Masalah tonsil besar sehingga mengakibatkan kesukaran bernafas, mengalami ‘obstructive sleep apnea’ dan mengganggu tumbesaran pesakit, kerap tidak hadir ke sekolah.
4. Serangan tonsil secara berulang kali sehingga menyebabkan serangan sawan.
5. Pembesaran tonsil akibat ‘kemungkinan kanser’. Ini perlu kepada pemeriksaan klinikal oleh doktor di hospital.
Ads
Doktor pun tak akan sebarang lakukan pembedahan. Setiap pembedahan itu juga ada risiko. Untuk usia kanak-kanak lebih-lebih lagi.
Jika anda ragu-ragu, bawalah mereka berjumpa kami. Anda akan dibantu.
Semoga bermanfaat!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Makin kerap pula kes-kes sakit kulit berlaku kepada ibu selepas bersalin. Kebiasaannya ibu akan mula mengalami masalah kegatalan melampau diikuti dengan timbulnya bintik-bintik merah yang gatal di kawasan badan, leher, pelipat-pelipat lengan dan kaki.
Dari sudut perubatan moden ia digelar postpartum hives di mana ia dikatakan berlaku akibat perubahan hormon ibu selepas bersalin.
Manakala dari sudut perbidanan Melayu pula ianya digelar meroyan kulit yang disebabkan oleh ketidaklawasan darah kotor selepas bersalin (darah nifas) yang meracun sistem dalaman tubuh ibu.
Untuk ibu-ibu yang sedang mengalami masalah kulit sebegini, apa kata cuba petua bidan-bidan lama ni untuk melegakan ketidakselesaan yang dialami.
MANDI AIR REBUSAN HERBA KHAS
– Bahan-bahan air rebusan terdiri dari daun mambu, kunyit, inai dan sireh. Rebus dan
bahagikan 2 bahagian. Satu bahagian dibiarkan sejuk suhu bilik. Satu lagi suam panas.
Yang sejuk dipupur basuh kulit kepala muka dan leher. Yang suam dimandikan dari bahu
sampai kaki.
PUPUR BEDAK BERUBAT
– Blender kunyit hidup bersama-sama daun mambu. Dicampur dengan bedak sejuk. Dan
diratakan seperti bedak sejuk ke seluruh tubuh setiap hari selepas mandi.
PANTANG LARANG
– JANGAN guna lulur
– TAK PERLU berbengkung jika tak selesa
– Makan hanya sayur ulam. Ulam yang boleh dalam pantang ialah ulam raja, pegaga,
tenggek burung, daun selum, pucuk mengkudu dan cekur.
– Untuk ikan pula, pilih SEJENIS sahaja jenis ikan untuk dimakana dalam pantang samada
merah, jenahak atau selar
– Boleh makan DAGING
– ELAKKAN benda berperam seperti kicap dan bahan perasa
– Masak makanan cara rebus dan stim sahaja.
– ELAKKAN masak secara tumis dan bergoreng.
Semoga petua-petua bidan lama ini dapat membantu melegakan kegatalan ibu selepas bersalin.
Selamat berpantang!
Credit:
Datin Sh Anisah Barakbah, penulis Ensiklopedia Perbidanan Melayu
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Ramai ibu baru melahirkan kehairanan mengapa bayi lelaki yang baru lahir lebih kerap menyusu. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan si ibu keletihan bagi memenuhi keperluannya yang mahu menyusu dalam tempoh yang singkat.
Menurut Pakar Laktasi bertauliah di MilkWithLove Breastfeeding Centre, Ratzuraini Rahim, anda tidak perlu risau jika bayi bangun menyusu dengan kerap kerana ia adalah keadaan normal bagi bayi yang menyusu dengan susu ibu. Jangan membandingkan keadaan ini dengan bayi yang menyusu susu formula yang rata-ratanya tidur nyenyak dan lebih lama.
Apakah bezanya? Teliti fakta ini. Susu ibu lebih mudah dicernakan berbanding susu formula. Ia diserap dan melalui sistem pencernaan bayi dengan lebih cepat, sekali gus menyebabkan bayi kerap berasa lapar. Ia juga disebabkan amaun susu ibu yang dihisap bersesuaian dengan keperluan perut bayi yang masih kecil.
Kebanyakan bayi baru lahir akan menyusu sekurang-kurangnya lapan hingga 12 kali dalam sehari. Kekerapan itu akan membantu merangsang pengeluaran susu ibu yang lebih banyak dalam minggu-minggu pertama kehidupan bayi.
Menjelang usia satu hingga dua bulan, kekerapannya berkurang kepada tujuh hingga sembilan kali sehari. Jadi, anda hanya perlu menyusu mengikut permintaan. Kebanyakannya dalam sela masa satu setengah hingga tiga jam setiap kali.
Jangan sesekali membiarkan bayi baru lahir tidak menyusu melebihi empat jam terutamanya pada waktu malam. Waktu malam adalah masa yang sangat baik untuk menyusu dengan kerap bagi merangsang pengeluaran susu yang lebih banyak. Pada ketika inilah hormon prolaktin berada pada tahap yang paling tinggi.
Enam hingga lapan minggu pertama adalah masa di mana ibu dan bayi membina hubungan. Ada kalanya bayi kerap menyusu disebabkan mahu berada dekat dengan ibu kerana berasa selesa dan selamat.
Kekerapan bayi menyusu sebenarnya baik, bagi mengelakkan masalah payudara bengkak di awal kelahiran. Apabila payudara dikosongkan dengan kerap, ia akan menghantar signal ke otak agar menghasilkan susu yang lebih banyak. Bayi juga berkemungkinan lebih kerap menyusu apabila berada dalam keadaan tidak sihat untuk mendapat lebih banyak antibodi bagi melawan penyakit ketika itu.
Ada kalanya bayi akan mengalami fasa growth spurt di mana keperluan untuk menyusu lebih daripada kebiasaannya. Ia disebabkan oleh perkembangan fizikal seperti mula mengesot, mengiring, meniarap atau berjalan. Ia juga boleh disebabkan oleh perkembangan organ dan mental bayi. Apabila melalui fasa ini, bayi akan lebih kerap menyusu untuk mendapatkan khasiat daripada susu ibu.
Sementara itu pastikan yang lekapan di payudara semasa bayi menyusu adalah betul dalam usaha memastikan kekerapan bayi menyusu bukan disebabkan oleh masalah pengeluaran susu ibu. Jika lekapan mulut bayi tidak betul, ia akan mengakibatkan susu tidak dapat dikeluarkan dengan efisien lalu menyebabkan bayi tidak mendapat susu secukupnya.
Jika berat meningkat secara normal, bilangan lampin basah sekurang-kurangnya enam kali sehari dan bayi ceria dan sihat, tidak perlu risau tentang kadar pengeluaran susu. Ia adalah satu tanda yang bayi menyusu secukupnya.
Di awal kelahiran, anda mungkin berasa letih untuk memenuhi keperluan penyusuan bayi disebabkan keadaan fizikal selepas bersalin dan masih berusaha menyesuaikan diri dengan rutin harian sebagai ibu menyusu. Cuba untuk ambil masa berehat atau tidur seketika ketika bayi tidur.
Jangan sibuk dengan kerja rumah. Anda perlukan rehat secukupnya supaya kekal sihat untuk menyusukan bayi. Jika ada kerja-kerja rumah yang perlu diselesaikan, minta bantuan suami atau keluarga. Tidur bersama bayi lebih memudahkan anda menyusukan dia. Sentiasa menyusu dalam keadaan tenang tanpa rasa tertekan. Semat dalam minda yang ia adalah perkara normal.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi kanak-kanak yang selalu mengalami selesema dan kerap bersin di waktu pagi, ini bermakna mereka mengalami gejala penyakit yang dikenali sebagai allergic rhinitis.
Dalam keadaan ini, kanak-kanak selalunya akan mengalami hidung tersumbat dan kerap bersin terutamanya di waktu pagi dan ianya akan berkurangan di sebelah tengah hari atau petang.
Anak seawal usia 6 bulan sudah boleh mengalami keadaan ini. Penyakit-penyakit seperti asma, ekzema dan allergic rhinitis ini selalunya lebih kerap berlaku jika terdapat sejarah keluarga mengalami masalah yang sama iaitu faktor keturunan.
Tidak seperti jangkitan selesema atau batuk biasa, allergic rhinitis ini tidak berjangkit melalui cecair badan. Penyakit ini selalunya akan menjadi ketara oleh beberapa faktor seperti perubahan cuaca, perubahan suhu iaitu dari tempat panas ke tempat sejuk boleh menyebabkan hidung tersumbat dan berair.
Habuk adalah salah satu faktor penting . Bulu haiwan dan sesetengah jenis makanan adalah antara penyebab timbulnya gejala penyakit ini. Penyakit ini susah untuk sembuh. Doktor selalunya akan hanya memberi ubat untuk mengurangkan simptom dan gejalanya.
Ibu bapa seharusnya memainkan peranan untuk mengurangkan gejala dan simptom penyakit anak. Pastikan tiada habuk atau kurangkan habuk di persekitaran terutamanya bilik tidur. Sebaik baiknya elakkan hamparan permaidani. Cadar mesti ditukar sekerap mungkin.
Jauhkan anak daripada bermain dengan binatang peliharaan dan perlu juga membuat pemerhatian makanan yang diambil si manja bagi memastikan makanan yang diambil tidak boleh menyebabkan alergi ini. Pemeriksaan secara rapi harus dilakukan dengan membawa anak berjumpa pakar telinga, hidung dan mulut (ENT).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!