Ada ibu bapa mengambil jalan mudah dengan membiarkan anak bersama gajet selama berjam-jam. Melalui gajet anak akan leka menonton video atau bermain game.
Kasihanilah anak itu, kerana gajet boleh menyebabkan anak menjadi ketagih dan berisiko membantutkan perkembangan mereka.
Tidak dinafikan tugasan harian yang banyak menyebabkan ibu bapa terpaksa memilih jalan mudah ini supaya anak-anak tidak mengganggu mereka. Tapi adakah ini pilihan yang terbaik? Sanggupkah kita letakkan anak kita dalam risiko ketagih gajet.
Ads
Anak akan belajar perkara baru
Bermain ialah satu medan pembelajaran yang sangat baik untuk anak. Dengan bermainlah anak-anak akan belajar banyak perkara baru. Baik dari input perkataan-perkataan baru hinggalah kemahiran dalam permainan yang kita ajar. Bagus untuk tingkatkan daya keyakinan mereka.
Kemahiran motor anak dipertingkatkan
Kemahiran motor terbahagi kepada motor halus dan kasar. Perkembangan dari sudut kekuatan, koordinasi dan sensori ialah antara perkara penting yang perlu ibu bapa beri perhatian. Dengan bermainlah, ibu bapa boleh secara tidak langsung merangsang perkembangan motor anak.
Ads
Kemahiran komunikasi dapat dibentuk
Intonasi dan emosi ialah dua perkara penting yang perlu bergerak seiring bagi memastikan kelestarian teknik komunikasi anak-anak. Dengan bermain dengan anaklah kesinambungan intonasi dan emosi ini dapat kita ajar secara tidak langsung.
Peluang untuk kenal personaliti anak
Sebagai ibu bapa kita perlu tahu kecenderungan anak kita ke arah yang mana. Melalui aktiviti bermain dengan anak, kita dapat tahu dan dengan mudah lebih memahami minat dan kecenderungan anak. Ini juga membantu ibu bapa untuk beri panduan yang tepat mengikut minat dan seterusnya pandu anak-anak menuju cita-cita mereka.
Cipta masa berkualiti dengan anak
Jika masa yang sedikit terluang ini kita tidak dapat manfaatkan sebaiknya dengan anak. Rugilah. Kerana kita semua pastinya sibuk dengan kerja, dan peluang seperti ini tidak datang selalu. Jadi ambil setiap peluang masa yang ada untuk bermain dengan anak.
Ads
p/s : Hargai masa yang ada untuk bermain bersama anak. Ingatlah, bahawa anak kita tak akan kecil selama-lamanya.
Setiap saat mahu diluangkan untuk keluarga tercinta, demikianlah yang digambarkan oleh Datuk Sri Siti Nurhaliza. Tidak mahu melepaskan detik indah tumbesaran anaknya Siti Aafiyah.
Siti Aafiyah, 9 bulan yang digelar Si Pipi Merah lahir setelah 11 tahun perkahwinan Datuk Sri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa. Justeru, kehadiran anak kecil ini amat dinantikan. Sudah tentu sebagai ibu dan ayah, Datuk Sri Siti Nurhaliza dan suami tidak mahu terlepas setiap detik perkembangannya.
Terkini Aafiyah, ibu dan ayahnya berada di Dubai. Sememang waktu bercuti begini adalah peluang bonding yang baik antara ibu ayah dan keluarga.
Beliau telah memuatnaik beberapa gambarnya di Instagram bersama Aafiyah dan suami beserta kapsyen yang menyatakan kasih sayang dan perhatiannya kepada Aafiyah serta mendoakan agar Aafiyah keselamatan dan keperibadian yang solehah dan menghormati orang lain.
ctdk Alhamdullillah, setiap saat , minit &jam akan ibu ayah abadikan bersamamu Aafiyah..Semoga Allah SWT pelihara anakku Aafiyah dari segala kejahatan & Aafiyah menjadi anak yang soleha serta menghormati orang lain .. aamin ya rabb..
Ibu yang penyayang, Datuk Sri Siti Nurhaliza tidak lupa memberikan susu yang terbaik untuk Aafiyah iaitu susu ibu. Namun apa yang menarik perhatian netizen ialah cara Datuk Sri Khalid menutup muka Aafiyah yang sedang menyusu ketika berfoto dengan buah kelapa.
Netizen turut memahami detik indah yang sedang dilalui penyanyi kesayangan mereka ini menikmati hubungan ibu dan anak dan mendoakan Aafiyah.
Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor berkongsi pengalaman baru yang baru dipelajarinya setelah bergelar ibu kepada cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal.
Menurutnya, dia sanggup menuntut ilmu dan masuk kelas melatih tidur bayi sendiri untuk melatih Bilal tidur sendiri seawal usia 5 bulan.
“Harini first day Muhammad Bilal Sleep train, ni bilal sedang nesting for about 15 mins. Sebelum saya letak dalam basinet ni, dah bagi susu, gelapkan bilik dan bonding session 15 min jugak.”
Tambahnya lagi, ilmu sleep training sangat berguna dan boleh membantu bayi tidur sendiri.
“Gigih tau ummi bilal ambil class, actually ilmu sleep training ni sangatlah berguna”
“Dari nesting lagi Ummi Bilal asyik menyorok tak nak bagi dia nampak kita.
“Masa ni Bilal dah tutup mata tapi masih gosok-gosok muka to fall asleep,”
Neelofa juga berharap agar anaknya boleh tidur dengan sendiri tanpa kehadiranya kelak.
“Allah mudahkan sleep train untuk hari pertama, moga esok dan seterusnya lebih mudah. Moga anak soleh ni boleh dilatih menjadi independent sleeper dan membesar dengan baik.”
Perkongsian Neelofa turut menarik perhatian pengikutnya bertanya tentang waktu tidur Bilal.
“Alhamdulillah, dia akan tidur paling lewat 7.30 malam sampai lah subuh.. Tapi akan mintak susu dua ke tiga kali sepanjang 7 malam ke 7 pagi tu. Tapi mata tutup, mulut je bukak minum susu,” jelasnya.
‘Sleep train’ atau latihan tidur sendiri untuk bayi banyak kelebihannya. Bagi yang baru bergelar ibu, boleh cuba mempraktikkan kaedah ini yang pasti menguntungkan si kecil dan anda.
Mendedahkan kaedah itu kepada anak-anak yang masih kecil sebenarnya membantu mereka untuk mendapatkan tidur yang baik dan teratur.
Oleh itu, alangkah baiknya jika para ibu mengambil perhatian mengenai latihan tidur untuk anak masing-masing. Berikut kelebihannya yang perlu diketahui:
1. Latihan tidur membantu melatih bayi untuk tidur dengan sendiri.
2. Bayi tidak memerlukan sebarang alatan atau perhatian seseorang untuk tidur.
3. Anak dan ibu akan dapat tidur mencukupi.
4. Pendedahan kepada latihan tidur sendiri sewaktu usia bayi membuatkan mereka terbiasa dengan rutin tidur harian. Ia akan membantu mereka mendapat tidur yang mencukupi walaupun sudah meningkat remaja.
5. Ibu-ibu mempunyai lebih banyak masa untuk melakukan apa sahaja kerja rumah tanpa gangguan.
6. Terdapat kajian mengatakan ibu yang mendapat tidur yang cukup, kurang berhadapan dengan masalah kemurungan.
7. ‘Sleep train’ juga akan melatih anak-anak berdikari dan membantu mereka mengawal diri sendiri.
8. Tidur memberi manfaat kepada perkembangan otak dan fizikal bayi. Ia juga membantu otak membesar dengan matang dan menguatkan ingatan.
9. Membantu perkembangan tubuh bayi yang sihat. Kanak-kanak tidak mendapat tidur yang cukup berkemungkinan mengalami obesiti. Oleh itu, tidur mencukupi akan melindungi daripada penyakit dan akan meningkatkan sistem imun.
10. Bayi yang tidur cukup akan berkelakuan lebih menyenangkan,
Justeru, pendedahan latihan tidur kepada anak-anak perlu didedahkan dengan lebih awal agar mereka mendapat tidur yang cukup dan berupaya mengawal diri.
Kata orang, sejuk perut ibu mengandung jika anak-anak mempunyai keperibadian yang baik. Seawal usia yang masih kecil, ibu ayah perlu mendidik mereka untuk menjadi anak yang baik.
Seperti yang dikongsikan ibu ini, Ija Juhari, dia bersyukur kerana anaknya tidak perlu disuruh untuk menunaikan solat. Katanya lagi, pendidikan solat bermula sejak anak masih bayi. Apakah kaedah yang digunakan oleh ibu ini?
“Mummy, dah pukul berapa?”
“Dah pukul 9, jom tidur.”
“Tapi Eesa tak solat lagi. Sekejap ya Eesa solat dulu.”
Begitulah setiap hari. Kalau di kejut bangun Subuh terus bingkas bangun. Tak pernah bertanya apa-apa sebab dia dah tahu masuk waktu solat.
Perut ibu mana tak sejuk kalau setiap kali anak yang ingatkan kita dia tak solat lagi. Hati ibu mana tak tersentuh bila dia bangun terus siapkan katil dan dia yang kejutkan kita untuk solat.
Bukan mudah untuk menjaga bayi berumur 4 bulan seorang diri tanpa seorang ayah. Tambahan apabila waktu-waktu genting seperti nak solat atau ‘nature call’. Tapi kekurangan itu membuatkan kita lebih kuat.
Orang selalu tanya bagaimana nak ajar anak solat sejak kecil?
Sebenarnya pendidikan solat untuk anak-anak bermula sejak bayi. Solat perlu diterapkan kerana ia adalah ibadah wajib bagi seorang muslim. Ia adalah tanggungjawab yang berat untuk kedua-dua ibubapa.
Umur 0-7 tahun adalah peringkat usia yang paling mudah untuk dibentuk. InsyaAllah di bawah ini adalah tips-tips yang saya amalkan kepada Eesa Putra sejak kecil.
Semasa Mengandung
1.Haramkan diri dari mendengar musik selama 2 tahun. Tiada lagu dari radio atau tv. Masuk kereta hanya pasang CD Al-Quran. Balik rumah hanya dengar alunan Al-Quran.
2.Banyakkan membaca Al-Quran. Waktunya adalah selepas subuh ketika menunggu masuk Syuruk. Sebelum Dhuha (jika waktu cuti). Selepas maghrib menunggu waktu Isyak dan selepas Isyak sebelum tidur.
3.Banyakkan membaca terjemahan Al-Quran untuk memahami kalam Allah. Bercerita dengan anak dalam perut dan sentiasa berdoa dengan doa-doa dari Al-Quran.
4.Banyakkan baca doa untuk anak-anak dan keturunan yang soleh. InsyaAllah berkesan.
Umur 0-7 tahun
1.Deria Mendengar dan Melihat Ibu bapa adalah role model anak-anak. Anak akan lebih mudah mengikut apa yang mereka selalu lihat dan dengar. Sewaktu masih bayi dan berumur 0-2 tahun mereka banyak mendengar selepas umur 3-4 tahun itu mereka banyak melihat.
Umur 5-6 tahun mereka akan meniru. Dengar dan lihat adalah dua deria yang utama sewaktu mereka kecil. Pertumbuhan kanak-kanak paling cepat adalah umur 0-7 tahun. Sebab itulah kita perlu memupuk kebaikan, disiplin dan sifat-sifat yang baik sewaktu mereka masih kecil.
2.Waktu Azan dan Masuk Waktu Solat Ajari mereka tentang Azan dan beritahu mereka bunyi azan menandakan masuk waktu solat. Ibubapa mesti sentiasa peka dengan Azan dan bersegera untuk menunaikan solat. Dari situ anak-anak akan faham tentang azan dan masuknya waktu solat. Nampak mudah tapi sangat berat sebab dari sinilah anak-anak akan mula melihat sifat ambil berat tentang waktu solat.
3.Sentiasa Solat Di Hadapan Anak-anak Bakat meniru anak-anak ini kadang-kala menggelikan hati. Tapi itulah salah satu dari didikan untuk kita mengajar mereka tentang rukun solat. Solatlah di hadapan mereka supaya mereka dapat meniru dan mengajuk kita. Kemudian terangkan apa yang mereka lakukan.
4.Puji dan Didik Memang susah nak khusyuk dengan anak-anak yang mengganggu solat kita. Tapi jangan jadikan ia sebagai satu halangan. Galakkan mereka untuk berdamping rapat dengan kita. Ajar mereka untuk solat di sebelah walaupun mereka hanya ikut untuk satu rakaat. Pujilah apa yang mereka lakukan walaupun ia salah. Jangan terlalu keras kerana kita mahukan mereka seronok bukan terpaksa.
5.Bawa Mereka Pergi Masjid & Surau Dekatkan mereka dengan suasana masjid dan surau supaya mereka sentiasa ingin solat pada waktunya. Sentiasa ajar mereka adab dalam masjid. Cari masjid yang children friendly. InsyaAllah mereka akan suka ke masjid.
6.Ajar Mereka Mengenal Allah dan Tuntutan Solat Ajar anak kewajipan solat dan kepada siapa kita bersujud. Ceritakan tentang kekuasaan Allah dna keindahan kehidupan di alam yang kekal. Sentiasa cerita yang benar tentang dunia.
7.Baca Al-Quran dan Berzikir Dekatkan anak dengan Al-Quran dan baca bersama mereka untuk memberikan kefahaman tentang suruhan dan larangan Allah. Sentiasa ingatkan tentang hukuman yang Allah sediakan untuk orang-orang yang melanggar suruhanNya.
Tiada apa yang lebih penting dari solat. Solat sahaja yang dapat menghalang dari pekara keji dan maksiat.
Tiada apa yang lebih penting untuk kita selain dari doa anak-anak yang soleh. Salah kita jika selepas mati mereka tidak tahu untuk berdoa untuk kita apatah lagi solat.
Solat itu tiang agama.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cara kenalkan telur kepada bayi dengan selamat, langkah demi langkah dari minggu ke minggu. Ketahui bila boleh mula, tanda alergi dan tip penting untuk elak risiko pada si manja.